omniture

C&I GFM ESS Huawei Digital Power Lulus Ujian Cucuh Ekstrem

Huawei
2025-12-17 09:57 9

SHENZHEN, China, 17 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Sistem Storan Tenaga Pembentuk Grid Penyejuk Hibrid Komersial dan Industri (C&I GFM ESS) Huawei Digital Power berjaya lulus ujian cucuh ekstrem ketat yang disaksikan oleh TÜV Rheinland. Dijalankan di sebuah makmal keselamatan kebakaran utama kebangsaan, ujian ini merupakan penilaian kebakaran yang pertama dalam industri ini bagi ESS yang mematuhi piawaian UL 9540A:2025 yang terkini.

Huawei Digital Power's C&I GFM ESS Passes Extreme Ignition Test
Huawei Digital Power's C&I GFM ESS Passes Extreme Ignition Test

Cabaran Ekstrem: Persekitaran Ujian yang Ketat

Ujian ini dirangka untuk mewujudkan persekitaran pengesahan yang paling mencabar dalam industri ini bagi menilai prestasi keselamatan ESS dalam senario pencucuhan yang ekstrem. Kaedah cas berlebihan aras pek digunakan untuk mencetuskan larian terma secara serentak dalam 60 sel bateri. Dibandingkan dengan ujian yang melibatkan hanya satu atau beberapa sel, kadar keterukan penilaian ini meningkat secara eksponen.

Ketegasan selanjutnya dipastikan melalui keadaan yang berikut:

  1. Kaedah ujian pencucuhan pintu terbuka yang dinyatakan dalam UL 9540A:2025 digunakan untuk memaksimumkan ketersediaan oksigen.
  2. Semua pek dicas penuh kepada 100% SOC.
  3. Semua sistem pemadam kebakaran proaktif dan pasif dinyahdayakan semasa ujian yang memerlukan ESS bergantung sepenuhnya pada reka bentuk intrinsik untuk bertahan daripada pembakaran pada kapasiti tenaga penuh.

Kekuatan Terbukti: Sistem Perlindungan Lima Peringkat

Dalam keadaan ekstrem ini, C&I GFM ESS Huawei memperlihatkan prestasi keselamatan yang luar biasa, disokong oleh reka bentuk perlindungan lima peringkat yang inovatif.

  1. Pemencilan terma antara sel: Ia memperlahankan perambatan larian terma antara sel dengan berkesan, menyediakan pertahanan pertama untuk keselamatan sistem.
  2. Penutup pek logam penuh: Penutup mampu bertahan terhadap suhu lebih tinggi daripada 1500°C, mengekalkan integriti struktur walaupun dalam keadaan kebakaran yang dahsyat bagi meminimumkan kerosakan.
  3. Penyekat oksigen tekanan positif dan ekzos asap berarah: Reka bentuk inovatif ini mengalihkan bahan mudah terbakar, lalu mengurangkan kesan kebakaran dengan ketara.
  4. Reka bentuk labirin kalis api: Semua permukaan kedap ESS mempunyai struktur labirin untuk mencegah perebakan api dengan berkesan.
  5. Rintangan kebakaran kontena dipertingkat: Kontena diperlengkap dengan perisai bagi memberikan perlindungan kebakaran yang komprehensif.

Bukti Data: Penunjuk Utama Memperlihatkan Prestasi Cemerlang

Data ujian mengesahkan keselamatan dan keandalan C&I GFM ESS Huawei dengan mantap. Apabila suhu kebakaran mencapai 961°C, suhu sel tertinggi ESS yang bersebelahan hanya mencapai 45.3°C, jauh di bawah ambang untuk membuka injap kalis letupan sel. Sistem ini mematuhi sepenuhnya syarat-syarat UL 9540A:2025, tanpa perambatan api antara unit.

Kadar pelepasan haba puncak (HRR) yang direkodkan ialah 3 MW. Pembakaran keseluruhan berlangsung selama kurang daripada tiga jam sebelum padam sendiri. Dalam keadaan pembakaran pintu terbuka, sistem ini mengurus pelepasan haba dengan pantas, seterusnya menunjukkan keupayaan pengurusan terma yang unggul.

Source: Huawei
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services