omniture

Vantage Labuh Tirai Makan Malam Gala APAC Mengagumkan di Vietnam, Rai Kecemerlangan Serantau dan Wawasan Berani bagi 2026

Vantage
2025-12-17 10:31 6

PORT VILA, Vanuatu, 15 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Vantage dengan bangganya melabuhkan tirai Majlis Makan Malam Gala APAC 2025 yang menyaksikan detik penting apabila sambutan tahunan yang istimewa ini dianjurkan di Vietnam buat julung kalinya. Acara ini menghimpunkan beratus-ratus rakan kongsi, IB, pelanggan VIP dan pemimpin industri yang terkemuka dari seluruh rantau ini bagi mempersembahkan malam yang tidak dapat dilupakan yang memaparkan cita-cita, inovasi dan momentum Vantage yang semakin pantas di Asia-Pasifik.

Vantage Celebrating Regional Excellence and a Bold Vision for 2026
Vantage Celebrating Regional Excellence and a Bold Vision for 2026

Gala ini dimulakan dengan perjalanan sambutan elegan yang melaluinya para tetamu disambut dengan pemasangan cahaya imersif dan pengalaman perangkaian premium. Tatkala para hadirin memasuki dewan besar, sebuah persembahan pembukaan yang dinamik dan ucapan mesra oleh pengacara acara ini mencetuskan suasana malam yang dikhususkan untuk kecemerlangan dan wawasan ke hadapan. Ikhtisar Perniagaan khas & Video Prospek 2026 menonjolkan trajektori pertumbuhan Vantage yang kukuh dan mengesahkan sekali lagi komitmen syarikat untuk memperdalam pelaburan di rantau APAC.

Acara malam beralih dengan lancar menjadi majlis minum ucap selamat istiadat dan juga makan malam, diikuti dengan beberapa persembahan koreografi yang menggabungkan seni, cahaya serta muzik. Persembahan pertama, Luminous Fusion Symphony, menawan hati penonton menerusi saling tindakan yang bertenaga antara pencahayaan dan bunyi yang melambangkan tonggak teras Vantage iaitu kelajuan, ketepatan dan kecanggihan. Pada sebelah malam selanjutnya, Heritage of Prosperity, iaitu karya gabungan budaya yang membangkitkan kenangan, memberi penghormatan kepada kepelbagaian rantau ini serta dedikasi Vantage dalam membentuk peluang untuk sebuah ekosistem kewangan yang berkembang maju di APAC.

Salah satu sorotan utama majlis gala ini ialah pengiktirafan terhadap rakan kongsi yang cemerlang di seluruh Asia-Pasifik. Anugerah-anugerah disampaikan sepanjang malam bagi meraikan sumbangan yang luar biasa, termasuk Rakan Kongsi Terbaik Tahunan, Penyedia Pendidikan Terbaik, Rakan Kongsi Berkembang Paling Pantas, Anugerah Pembangunan EA Terbaik, Anugerah Pengaruh Terbaik serta Anugerah Kecemerlangan Speed-win. Setiap penyampaian anugerah disambut dengan tepukan gemuruh, lantas menggambarkan rasa bangga dan semangat keakraban yang dikongsi bersama dalam komuniti rakan kongsi Vantage. Para pemenang turut menikmati detik-detik bergambar khusus di Honor Backdrop bagi mengabadikan pencapaian mereka dalam suasana premium yang tidak dapat dilupakan.

Memperlihatkan nilai-nilai kukuh syarikat ini yang melangkaui bidang perniagaan, Vantage turut berkongsi Hasil CSR dan Amal dengan mengetengahkan inisiatif-inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat di seluruh rantau ini. Segmen ini menonjolkan kepercayaan Vantage bahawa pertumbuhan mampan harus digandingkan dengan sumbangan yang bermakna.

Keterujaan dan jangkaan memenuhi dewan sepanjang malam, terutamanya semasa tiga pusingan cabutan bertuah, apabila para tetamu meraikan pengumuman pemenang hadiah ketiga, kedua dan juga pertama. Semangat keraian diteruskan dengan Video Penutup khas yang menawarkan pandangan yang memberi inspirasi menuju tahun 2026 dan mewujudkan suasana untuk tahun yang ditakrifkan oleh inovasi, pertumbuhan serta perpaduan.

Majlis gala ini diakhiri dengan suasana yang begitu meriah apabila DJ Mie naik ke pentas dan mentransformasikan dewan menjadi pesta pasca acara yang bertenaga. Para tetamu berdansa, berinteraksi dan meraikannya sehingga lewat malam, lalu mengakhiri acara dengan tenaga dan keterujaan yang sama yang mentakrifkan malam itu sedari awal.

Vantage APAC Gala Concluded on a Vibrant high as DJ Mie took the Stage
Vantage APAC Gala Concluded on a Vibrant high as DJ Mie took the Stage

Majlis Makan Malam Gala APAC Vantage 2025 merupakan peristiwa penting dalam perjalanan serantau syarikat ini. Acara ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada pengaruhnya yang semakin meningkat dalam sektor kewangan, bahkan turut memperlihatkan komitmen Vantage yang semakin mendalam terhadap rantau APAC. Tatkala syarikat ini melangkah ke tahun 2026 dengan tujuan yang diperbaharui, acara ini menjadi permulaan bagi babak baharu yang menarik untuk Vantage dan rakan kongsinya di seluruh Asia-Pasifik.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang diletakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko pembaca sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards New products/services Financial Technology