omniture

BRIAN MAY DAN STARMUS MERAIKAN 10 TAHUN PINGAT SAINS STEPHEN HAWKING DENGAN PELANCARAN PINGAT BUMI JANE GOODALL

Starmus
2025-12-20 04:59 18

LONDON, 19 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Minggu ini di Royal Society London, ahli lembaga pengarah pesta sains dan muzik terkemuka dunia STARMUS—Garik Israelian, Sir Brian May, Peter Gabriel, Lord Michael Hintze dan Lord Martin Rees—telah disertai oleh ahli keluarga Jane Goodall dan Mary Lewis, Naib Presiden Institut Jane Goodall, bertujuan mengumumkan STARMUS VIII dan pelancaran Pingat Bumi Jane Goodall.

Garik Israel, Peter Gabriel, Mary Lewis, Sir Brian May, Nick Van-Lawick, Merlin Van-Lawick, Angel Van-Lawick - cucu Jane Goodall.
Garik Israel, Peter Gabriel, Mary Lewis, Sir Brian May, Nick Van-Lawick, Merlin Van-Lawick, Angel Van-Lawick - cucu Jane Goodall.

Pingat berkenaan akan dianugerahkan buat kali pertama di STARMUS VIII, yang akan dianjurkan di Tenerife dan La Palma pada tahun 2026.

Pengumuman itu dibuat tepat sepuluh tahun selepas STARMUS dan Profesor Stephen Hawking berada bersama di Royal Society bertujuan melancarkan Pingat Stephen Hawking untuk Komunikasi Sains, menandakan sedekad komitmen STARMUS untuk menyatukan sains, seni dan kemanusiaan.

Pengarah STARMUS dan Pengasas Bersama Garik Israelian berkata:
"Sepuluh tahun yang lalu, Stephen Hawking menyertai kami untuk melancarkan pingat yang memberikan inspirasi kepada jutaan individu untuk melihat ke bintang-bintang. Pada hari ini, dengan restu Jane Goodall dan keluarganya, kami melancarkan pingat yang menyeru kita semua untuk melindungi Bumi. STARMUS VIII akan menyatukan kedua-dua visi ini — kosmik dan keplanetan — dalam pesta yang didedikasikan kepada pencarian kebenaran."

Stephen Hawking pernah berkata tentang STARMUS:
"Dalam dunia yang sering dilanda dengan begitu banyak masalah yang dahsyat, STARMUS menawarkan sinar harapan... ruang perdebatan unik untuk masa depan manusia."

Pada tahun 2026, STARMUS akan meraikan ulang tahun ke-10 Pingat Stephen Hawking, menghormati sedekad saintis, pengkarya, pemuzik, pembikin filem dan komunikator yang telah membawa visi Hawking ke hadapan—menggalakkan kemanusian untuk mempersoalkan dengan mendalam dan menghayati kuasa sains.

Pada masa yang sama, pesta ini akan menganugerahkan Pingat Bumi STARMUS Jane Goodall yang julung kali diadakan, penghormatan global yang mengiktiraf suara yang melindungi planet ini, mempertahankan biodiversiti dan mentakrifkan semula hubungan kemanusiaan dengan alam semula jadi. Diluluskan dan direstu oleh Dr. Jane Goodall, DBEdan keluarganya, pingat ini meluaskan misi STARMUS ke dalam tindakan alam sekitar dan kemanusiaan.

Jane Goodall memegang peranan yang dihargai dalam STARMUS sebagai Ahli Lembaga Penasihat, pemenang Pingat Hawking, penceramah utama dan sumber inspirasi—terutamanya bagi penduduk La Palma berikutan kejadian letusan gunung berapi. Dalam perbualan peribadi dengan Israelian dan Mary Lewis, beliau memberikan restu supaya pingat alam sekitar dan kemanusiaan tersebut menyandang namanya.

Merlin Van-Lawick, cucu Jane Goodall, berkata:"
"Kami amat berterima kasih kerana STARMUS memilih untuk memberikan penghormatan kepada nenek saya dengan cara ini. Kami menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan Jane telah merestuinya."

Pengasas Bersama STARMUS Sir Brian May menambah:
"Jane Goodall dan Stephen Hawking mengubah cara kita melihat dunia — satu dengan melihat bintang, yang lain pulan dengan mengingatkan kita untuk melindungi kehidupan di Bumi. Membawa warisan mereka bersama-sama merupakan perkara yang amat diperlukan untuk masa kita."

www.starmus.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2849730/Starmus_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2849729/Starmus_2.jpg?p=medium600

PPengasas bersama Starmus - Peter Gabriel, Garik Israelian, Sir Brian May
Pengasas bersama Starmus - Peter Gabriel, Garik Israelian, Sir Brian May
Source: Starmus
Keywords: Art Entertainment Environmental Products & Services Music New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)