omniture

Vantage Raikan Dwi Kemenangan di Finance Magnates Awards 2025 di Vietnam dan UK

Vantage
2025-12-23 10:54 174

PORT VILA, Vanuatu, 19 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Vantage meraikan kemenangan berganda di Finance Magnates Awards 2025 dengan membawa pulang anugerah Broker Berkembang Paling Pantas 2025 di Vietnam dan Broker Program Gabungan Terbaik 2025 di UK. Anugerah-anugerah ini disampaikan kepada jenama Vantage sebagai sebahagian daripada kategori anugerah peringkat wilayah dan kebangsaan acara ini.

Vantage Celebrates Dual Wins at the Finance Magnates Awards 2025 in Vietnam and the UK
Vantage Celebrates Dual Wins at the Finance Magnates Awards 2025 in Vietnam and the UK

Finance Magnates Awards kekal menjadi salah satu penanda aras yang paling disegani dalam industri ini, ditentukan melalui pengundian komuniti serta penilaian pakar. Pengiktirafan terhadap Vantage mengetengahkan inisiatif berterusan jenama ini merentas operasinya, disokong oleh sumber dan alatan pendidikan yang dipertingkat untuk pedagang baharu dan juga pedagang berpengalaman. Anugerah Broker Program Gabungan Terbaik menonjolkan kekuatan ekosistem rakan kongsi Vantage, yang dibina berasaskan penjejakan yang telus, komisen yang kompetitif serta sokongan pelanggan yang berdedikasi.

"Kemenangan kami di Vietnam dan UK meraikan dedikasi pasukan kami dan juga kepercayaan oleh pelanggan kami — kedua-duanya memacu kejayaan kami yang berterusan," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage. "Anugerah-anugerah ini mengesahkan usaha kami dalam memahami keperluan pelanggan dan meningkatkan pengalaman perdagangan dalam kesemua pasaran."

Anugerah-anugerah ini bersama-sama menggambarkan strategi Vantage untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, memperkukuh keupayaan dan menyediakan penyelesaian perdagangan yang dipacu inovasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vantage dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, kunjungi laman web Vantage. Kebolehsediaan perkhidmatan berbeza-beza mengikut bidang kuasa dan entiti.

Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETFs dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama 16 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Anugerah yang diterangkan merupakan pengiktirafan peringkat jenama dan tidak menunjukkan kebenaran pelesenan mana-mana entiti Vantage tertentu. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology