Pada hari kedua terakhir pertandingan, pasukan daripada pelbagai disiplin berentap untuk merebut tempat ke peringkat akhir, manakala Phygital Drone Racing melahirkan seorang juara yang layak.
DUBAI, UAE, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Selepas lima hari pertandingan penuh mendebarkan yang menggabungkan sukan fizikal dan kehebatan digital, Games of the Future Abu Dhabi 2025 powered by ADNOC bakal mencapai kemuncaknya yang menakjubkan dengan hari terakhir pertandingan yang penuh aksi pada 23 Disember 2025.
Sejak pelancarannya yang gilang gemilang pada 18 Disember dan pertempuran sengit sepanjang lima hari berturut-turut, kejohanan terbesar dalam sukan phygital kini hampir melabuhkan tirainya. Hari kedua terakhir menyaksikan antara aksi paling sengit setakat ini apabila para hadirin membanjiri ADNEC dengan harapan untuk mendapatkan tempat duduk terbaik bagi menyaksikan peringkat akhir disiplin paling popular dalam sukan phygital.
Jadual hari ini menampilkan kepantasan dan kemahiran tiada tandingan merentas pelbagai sukan, seterusnya menyediakan landasan kepada hari penutup aksi yang tidak akan dilupakan. Kelab dan para pesaing kini membuat persiapan untuk bersaing merebut kejuaraan tertinggi dalam baki perlawanan akhir utama merentas Phygital Football powered by ADNOC, Phygital Basketball.3on3 Freestyle brought to you by M42, MOBA Mobile.MLBB, Phygital Fighting.FATAL FURY: City of the Wolves, VR-game.HADO Global Invitation..
Drone Racing One mencapai kemenangan dalam Phygital Drone Racing yang dipersembahkan oleh insurancemarket.ae
Phygital Drone Racing, yang terbukti sebagai salah satu tarikan paling popular di kejohanan tahun ini, penuh sesak apabila empat pasukan terakhir memasuki trek untuk perlawanan akhir yang penuh dramatik. Dalam perlumbaan 50 pusingan yang mendebarkan, Drone Racing One muncul sebagai pemenang, menamatkan perlumbaan hanya 21 saat di hadapan saingan terdekat mereka Team BDS untuk menjadi juara GOTF 2025.
Mereka menyertai senarai elit juara Games of the Future 2025 yang dinobatkan sepanjang beberapa hari pertandingan mendebarkan di Pusat ADNEC, Abu Dhabi.
Win menjadi juara disiplin pertama di GOTF 2025, memberikan kemenangan 2–0 ke atas Vikings di peringkat akhir MOBA PC.Dota 2. Keseluruhan pertandingan mempamerkan kerja berpasukan dan strategi bertaraf dunia, memukau peminat dengan permainan berintensiti tinggi.
Battle of Robots menghangatkan arena dengan aksi berani dan penuh sengit pada hari ketiga apabila Fierce Roc memenangi trofi juara bersama robot heavyweight mereka yang tiada tandingan, Deep-Sea Shark. Pertarungan satu lawan satu mereka yang mendebarkan menentang Team Cobalt menampilkan kekuatan mekanikal yang hebat serta penguasaan strategi pada saat genting.
Melengkapkan senarai juara, Phygital Dancing.Just Dance menyaksikan Ivan "myakekcya" Vlasov menjuarai pertandingan selepas tampil menonjol dalam kalangan peserta dari seluruh dunia, memberikan persembahan memukau dengan irama, ketepatan, dan daya tahan yang hebat.
Peringkat akhir mendebarkan akan berlangsung esok
Tumpuan kini beralih kepada perlawanan akhir yang masih berbaki, dengan barisan peserta terakhir telah disahkan merentas beberapa disiplin utama.
Dalam Phygital Football powered by ADNOC, pentas ini bakal berakhir dengan dramatik apabila Troncos FC menentang MEXICO QUETZALES - ARMADILLOS FC selepas perjalanan yang mengagumkan melalui peringkat kumpulan dan kalah mati. Kedua-dua pasukan telah memperlihatkan inovasi taktikal dan ketabahan atletik sepanjang minggu ini, dan pertembungan esok menjanjikan aksi yang memukau. Saksikan semua aksi secara langsung dari 20.30 GST.
Phygital Basketball.3on3 FreeStyle dibawa kepada anda oleh M42 pertandingan akan menyaksikane LIGA PRO TEAM dan Moscowsky bertembung untuk merebut hadiah tertinggi selepas mereka melayakkan diri melalui persembahan dinamik yang mempamerkan kerja berpasukan dan kemahiran di gelanggang serta dalam fasa digital. Dengan trofi di depan mata, perlawanan akhir ini tentunya akan memukau peminat dengan aksi pantas dan aksi-aksi tumpuan yang mengujakan. Liputan langsung bermula pada pukul 17.30 GST dengan perlawanan penentu tempat ketiga, diikuti oleh perlawanan akhir utama pada pukul 18.30.
Aurora Gaming dan ONIC juga berentap melalui separuh akhir MOBA Mobile.MLBB, hari ini untuk memastikan tempat mereka di perlawanan akhir, membuka laluan kepada pertarungan phygital mendebarkan yang akan menguji kedalaman strategi serta kelancaran pelaksanaan di bawah tekanan yang luar biasa. Third-Pkace Play-Off akan berlangsung pada 15:00 GST, diikuti oleh Grand Final pada 18:00 GST, di mana juara MOBA Mobile.MLBB di GOTF 2025 akan menjulang trofi.
Esok juga akan menyaksikan hari terakhir pertandingan merentasi Phygital Fighting.FATAL FURY – City of the Wolves, dan Phygital Shooter.CS2. Sementara itu VR-Game.HADO Global Invitation akan membawa kelab HADO terkemuka dunia ke Abu Dhabi untuk pertemuan satu hari yang penuh aksi.
Menjelang detik-detik terakhir Games of the Future Abu Dhabi 2025 powered by ADNOC, peminat di seluruh dunia boleh menonton dan menyaksikan setiap perlawanan akhir yang mendebarkan. Saksikan semua aksi secara langsung melalui platform OTT rasmi GOTF di tv.gofuture.games, di mana liputan menyeluruh, sorotan, dan kandungan eksklusif akan memastikan penonton di seluruh dunia dapat menyaksikan kemuncak kejohanan phygital yang menggegarkan ini.
Untuk jadual penuh, keputusan dan maklumat terkini, lawati gotfabudhabi.com.
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur sukan phygital pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://Phygitalinternational.com
Maklumat Tentang Games of the Future (GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future 2025 kini sedang berlangsung di Abu Dhabi, UAE, manakala Games of the Future 2026 akan diadakan di Astana, Kazakhstan.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
press@phygitalinternational.com
Video - https://mma.prnasia.com/media2/2850735/Phygital_International.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2850731/Phygital_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2850732/Phygital_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2850730/Phygital_3.jpg?p=medium600