![]() |
Orang ramai berpusu-pusu ke ADNEC di Abu Dhabi ketika berjuta-juta lagi menonton di seluruh dunia, mengukuhkan daya tarikan global acara phygital sporting itu
ABU DHABI, UAE, 24 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) Abu Dhabi 2025 yang dikuasakan oleh ADNOC telah berakhir secara rasmi, berikutan enam hari persaingan bertenaga tinggi dan penuh aksi yang tidak dapat dilupakan, serta menganjak sempadan sukan, teknologi dan hiburan. Acara ini menandakan detik penentu bagi pergerakan phygital yang berkembang pesat, memperkukuh peranan pergerakan berkenaan dalam membentuk masa depan sukan.
Berlangsung dari 18-23 Disember di Pusat ADNEC Abu Dhabi, lebih daripada 850 peserta dari lebih 60 negara bertanding dalam 11 disiplin yang merangkumi sukan phygital, sukan teknologi dan e-sukan. Juara dinobatkan di hadapan ribuan peminat di seluruh arena yang penuh sesak, dengan ratusan juta lagi menonton siaran, suapan media sosial dan penstriman di seluruh dunia. Pesaing berusia antara 13 hingga 72 tahun menegaskan keterangkuman dan daya tarikan rentas generasi yang mentakrifkan Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan).
Kejohanan ini menyampaikan detik yang menonjol secara berterusan, serta menggabungkan prestasi atlet elit dengan permainan strategik dan inovasi teknologi. Kegemaran penonton termasuk pameran teknologi berskala besar seperti Battle of Robots (Pertempuran Robot), yang menyaksikan 2.48 tan robot diterbangkan ke UAE untuk menyertai pertandingan itu. Terdapat juga pertandingan e-sukan yang popular di seluruh dunia termasuk kejohanan MOBA PC.Dota 2, Mobile Mobile.MLBB dan Battle Royale.Featuring Fortnite, di samping format phygital yang menggembirakan orang ramai seperti Phygital Football dikuasakan oleh ADNOC, Phygital Basketball. 3on3 FreeStyle dibawakan kepada anda oleh M42, Phygital Shooter. CS 2, Phygital Dancing.Just Dance dan Phygital Fighting. FATAL FURY: City of the Wolves.
Sukan berteknologi terkini termasuk Phygital Drone Racing, apabila rintisan ketepatan bertemu tumpuan atlet elit, menambahkan lagi keamatan, sementara acara itu juga menandakan pencapaian serantau dengan VR-Game.HADO Global Invitation dipertandingkan di Timur Tengah buat kali pertama.
Arena yang penuh sesak dan pengalaman peminat yang imersif menegaskan keupayaan unik kejohanan untuk menggabungkan sukan secara langsung dengan teknologi, mewujudkan format yang pantas, mudah diakses dan sangat menarik bagi generasi baharu khalayak global.
"Kejayaan Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025) ialah bukti kepada perkara yang boleh dicapai apabila inovasi, cita-cita dan kerjasama bersatu," kata Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International. " Pencapaian ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan cemerlang dan visi bersama Majlis Sukan Abu Dhabi, ASPIRE dan Ethara, yang komitmen masing-masing terhadap kecemerlangan terus meningkatkan profil kesukanan dan kepimpinan global Abu Dhabi dalam inovasi. Enam hari yang lalu telah memberikan gambaran tentang masa depan sukan, apabila prestasi fizikal, teknologi dan budaya digital bersatu untuk memberikan inspirasi kepada generasi baharu peminat dan atlet."
"Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025) berjaya menjangkau jutaan peminat di seluruh dunia, disiarkan secara langsung melalui platform OTT Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) baharu, disokong oleh 27 rakan penyiaran dan penstriman global yang menyampaikan liputan dalam lebih daripada 13 bahasa. Pengedaran yang meluas ini memastikan kebolehcapaian global yang belum pernah berlaku sebelum ini dan meletakkan acara berkenaan sebagai penanda aras untuk penyiaran sukan berbilang platform yang mengutamakan digital.
Kini, dengan Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025) sudah selesai, perhatian beralih kepada Astana, Kazakhstan, yang akan menjadi tuan rumah Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) pada musim panas akan datang. Menjelang acara tersebut, Astana juga akan mengadakan kejohanan Phygital Contenders pada bulan Jun, yang menampilkan pelbagai disiplin dan menghimpunkan peserta tempatan dan antarabangsa.
Sejajar dengan itu, Phygital International telah mengesahkan bahawa proses pembidaan untuk bandar-bandar tuan rumah yang akan datang, kini dibuka, mempelawa bakal pembida untuk memohon bagi menganjurkan kejohanan pada tahun 2028, 2029, atau 2030, memandangkan acara tersebut meneruskan pengembangan global.
"Penyerahan Phygital Flame kepada Astana mewakili lembaran menarik yang seterusnya untuk phygital movement dan Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan)," tambah Nis Hatt."Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) akan dibina di atas asas luar biasa yang diletakkan di sini di Abu Dhabi dan terus menganjak sempadan dengan perkara yang boleh dicapai oleh phygital sport di pentas global."
Untuk keputusan penuh dan maklumat lanjut daripada Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025, sila kunjungi gotfabudhabi.com.
Untuk semua sorotan dan memainkan semula aksi daripada Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025), sila kunjungi: tv.gofuture.games.
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur phygital sports pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://Phygitalinternational.com
Maklumat Tentang Games of the Future (GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang merupakan kemuncak phygital sport, yang menggabungkan dunia sukan fizikal dan digital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira phygital sporting generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 sudah dianjurkan di Abu Dhabi, UAE manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 akan diadakan di Astana, Kazakhstan.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
phygital@marylebonecommunications.com
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2851326/Phygital_1.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2851324/Phygital_2.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2851325/Phygital_3.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2851327/Phygital_4.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2745156/5694630/PhygitalInternational_GOTF_Logo.jpg?p=medium600