RIYADH, Arab Saudi, 12 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Tanggal 10 Januari 2026, CATL membuka kemudahan pascapasaran tenaga baharu yang pertama dan ketika ini merupakan yang terbesar di Timur Tengah di luar China—Pusat Pengalaman NING SERVICE di Riyadh—lalu memperkukuh kehadiran pascajualannya di Timur Tengah dan turut menyokong peralihan wilayah ini menuju sistem tenaga yang lebih bersih.
Pembukaan kemudahan ini dibuat tatkala Arab Saudi dan Timur Tengah yang lebih luas memajukan matlamat elektrifikasi dan penyahkarbonan yang bercita-cita tinggi di bawah Visi 2030 dan inisiatif nasional yang serupa. Menjadikan Arab Saudi sebagai contoh, Kerajaan ini menetapkan matlamat untuk menukar 30% daripada semua kenderaan di Riyadh kepada elektrik menjelang tahun 2030, sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih besar untuk mengurangkan emisi di ibu kota sebanyak 50%. Dasar-dasar kelestarian juga memacu peralihan kepada peralatan elektrik, seperti mempromosikan penggunaan forklift elektrik dan dalam masa yang sama menggalakkan penggunaan tenaga hijau di ladang-ladang di bawah Inisiatif Hijau Saudi. Walau bagaimanapun, kemajuan ini diimbangi oleh cabaran yang berterusan, termasuk ketergantungan minyak sejak dahulu lagi, permintaan elektrik yang melonjak, keadaan iklim yang ekstrem serta infrastruktur pengecasan dan perkhidmatan yang terhad.
Direka secara strategik untuk mengatasi halangan-halangan ini, kemudahan Riyadh menawarkan sokongan pascajualan kitaran hayat penuh yang komprehensif, memupuk bakat teknikal tempatan dan mempercepat pasang atur penyelesaian elektrifikasi dan storan tenaga termaju.
Meliputi keluasan lebih 7,000 meter persegi, pusat Riyadh ini menggabungkan kawasan pameran, zon diagnostik dan penyelenggaraan, kemudahan pembaikpulihan, ruang latihan dan ruang istirehat pelanggan. Ia direka untuk berfungsi bukan sahaja sebagai hab perkhidmatan setempat untuk wilayah ini dan memaparkan keupayaan peringkat sistem CATL merentas mobiliti elektrik, storan tenaga dan elektrifikasi pintar, tetapi juga sebagai platform yang menghubungkan pelbagai sumber, seterusnya memupuk sinergi industri dalam seluruh ekosistem.
Pendekatan kitaran hayat penuh terhadap perkhidmatan tenaga baharu
Dengan bergantung pada keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mendalam serta pembuatan yang ekstrem oleh CATL, Pusat Pengalaman NING SERVICE menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan kitaran hayat penuh yang merangkumkan diagnostik bateri, pembaikan, penyelenggaraan, kerja semula, latihan, kitar semula, logistik pascapasaran dan penggudangan. Perkhidmatannya mencakupi lebih tujuh kategori produk yang utama—bermula daripada kenderaan penumpang dan komersial hinggalah sistem storan tenaga—seiring bersama pelbagai senario pembaikan, lalu menetapkan penanda aras baharu bagi penyampaian perkhidmatan tenaga baharu di wilayah ini.
Dengan memanfaatkan kepakaran diagnostik dan pembaikan termaju CATL, di samping proses perkhidmatan yang mantap, perkhidmatan pascajualan yang komprehensif oleh pusat ini membantu pelanggan perusahaan mengurangkan masa henti, mengurangkan kos penyelenggaraan dan memanjangkan hayat aset, lantas memberikan kepastian yang lebih baik berkisarkan prestasi jangka panjang dan nilai sisa, seterusnya mengurangkan kos pemilikan jangka panjang dan menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan kos dan andal untuk pengguna akhir.
Memajukan operasi setempat dan pembinaan keupayaan
Pusat Riyadh ini berperanan sebagai platform yang utama untuk operasi setempat CATL di Timur Tengah, bagi menyokong pembangunan bakat dan penciptaan nilai tempatan dalam tempoh jangka panjang. Melalui kemudahan latihan khusus, CATL membina kepakaran pascajualan dan teknikal dalam sektor tenaga baharu, lantas menyumbang kepada guna tenaga mahir dan pemindahan ilmu pengetahuan di seluruh Timur Tengah. Pada peringkat global, NING SERVICE mengendalikan 10 pusat latihan yang keluasannya berjumlah 2,300 meter persegi dan memberi pentauliahan kepada lebih 9,700 ahli profesional pascajualan tenaga baharu melalui kerjasama bersama institusi-institusi vokasional.
Selain pembangunan bakat, CATL memperdalam strategi penyetempatannya dengan memperkukuh infrastruktur tempatan dan membina perkongsian ekosistem. CATL berbincang dengan penggiat industri tempatan peringkat tertinggi—termasuk pengendali rangkaian bahan api bagi menyediakan elektrik hijau dengan pantas untuk stesen-stesen minyak dan syarikat-syarikat infrastruktur yang utama bagi mengelektrifikasikan kumpulan pengangkutan trak mereka, serta syarikat-syarikat tenaga bagi memasang atur penyelesaian solar-tambah-storan.
Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja memantapkan keupayaan perkhidmatan tempatan dan keyakinan pasaran CATL, malah turut mengupayakan rakan-rakan kongsi utama untuk bersama-sama memacu penerimagunaan penyelesaian tenaga baharu yang komprehensif secara meluas di seluruh Timur Tengah.
"Sebagai sebuah syarikat tenaga yang terkemuka di Arab Saudi, kami melihat adanya peluang yang amat besar dalam transformasi tenaga. Sebagai contoh, kami merancang untuk memasang atur penyelesaian solar-tambah-storan di stesen minyak kami dan mengelektrifikasikan forklift bagi mengurangkan pergantungan pada minyak. Kami tidak sabar untuk berkolaborasi bersama penggiat terkemuka seperti CATL dalam memacu peralihan ini ke hadapan," kata Ahmed Ibrahim, Penolong Pengurus Besar Perolehan Al Drees, penyedia perkhidmatan petroleum dan logistik yang terkemuka di Arab Saudi.
"Pelancaran kemudahan andalan pascapasaran CATL di Riyadh ini menggariskan komitmen bersama kami dalam memacu peralihan tenaga global. Pencapaian penting ini bukan sahaja menggambarkan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian lestari di Arab Saudi bahkan turut merangkumkan visi kolektif kami demi masa depan dielektrikkan yang lebih bersih. Sebagai pelabur di sebalik pusat pengalaman ini, kami yakin perkongsian ini akan mempercepat elektrifikasi dan memantapkan peranan wilayah ini dalam memajukan peralihan tenaga," kata Lin Chaofan, Ketua Pegawai Eksekutif F4S.
Sebahagian daripada rangkaian global
Pembukaan kemudahan Arab Saudi ini dibuat berasaskan jejak perkhidmatan global CATL yang melibatkan lebih 1,200 stesen servis profesional di 76 negara dan 73 gudang alat ganti di seluruh dunia. CATL menduduki tempat No. 1 pada peringkat global bagi inventori alat ganti yang dibekalkan dengan 100% alat ganti tulen, dengan jumlah keluasan gudang berukuran lebih 370,000 meter persegi. Setakat ini, NING SERVICE menyokong lebih daripada enam juta kenderaan elektrik bagi menyediakan perkhidmatan pascajualan profesional untuk kenderaan penumpang, kenderaan komersial dan pelanggan storan tenaga.
Komitmen jangka panjang kepada Timur Tengah
Bruce Li, Presiden Sistem Kualiti, Perniagaan Pascapasaran, Jabatan Sistem Pengurusan Bateri di CATL, berkata pusat Riyadh ini menggambarkan pandangan strategik dalam tempoh jangka panjang wilayah ini.
"Keputusan kami untuk menubuhkan pusat ini di Riyadh bukan sahaja menjadi pilihan komersial, tetapi komitmen dalam tempoh jangka panjang," kata Li. "Sebagai Pusat Pengalaman NING SERVICE yang pertama di Timur Tengah, ia lebih daripada sekadar kemudahan perkhidmatan. Ia merupakan hab ekosistem pascapasaran tenaga baharu yang menggabungkan teknologi canggih, latihan profesional dan kolaborasi industri—yang menghubungkan banyak pihak berkepentingan dan sumber secara berkesan demi memupuk sinergi yang lebih mendalam serta pertumbuhan lestari di seluruh wilayah ini. Bermula dari sini, CATL akan terus memperluas rangkaian perkhidmatan pascajualannya di seluruh Timur Tengah yang benar-benar dijajarkan dengan Visi 2030 Arab Saudi dan menyokong peralihan tenaga wilayah ini melalui sistem perkhidmatan hujung-ke-hujung yang andal."
Tatkala Timur Tengah mempercepat peralihannya menuju penerimagunaan elektrifikasi dan storan tenaga, kehadiran NING SERVICE CATL yang diperluas bersedia untuk menyampaikan keandalan teknikal dan perkongsian berterusan yang penting untuk transformasi ini.