omniture

CGTN:Bagaimana China perkukuh industri khusus desa bagi memacu pemulihan desa

CGTN
2026-02-13 17:06 10

CGTN menerbitkan sebuah artikel yang meninjau usaha China memperkukuh industri-industri khusus desa sebagai sebahagian daripada strategi pemulihan desa yang lebih menyeluruh. Artikel ini menyoroti sejauh mana pendekatan setempat yang disesuaikan dan kemajuan teknologi, seperti AI dan integrasi Internet Benda, memacu inovasi dan meningkatkan pendapatan petani, sekali gus meletakkan sektor pertanian sebagai salah satu sektor tonggak moden dalam pembangunan masa depan China.

BEIJING, 13 Februari 2026 /PRNewswire/ -- Di timur China, sayur-sayuran ditanam di rumah hijau yang dikawal sensor. Di barat laut, ikan diternak di dalam kolam yang dibentuk daripada pasir gurun. Lebih jauh ke selatan, biji kopi dinaik taraf menjadi jenama-jenama premium. Sementara itu, di padang rumput bahagian utara, lembu daging yang berkualiti tinggi menunjangi rantaian bekalan moden. Industri-industri desa ini kini dikaitkan dengan usaha yang lebih luas bagi memodenkan pertanian China.

Tatkala China memasuki tahun pertama Rancangan Lima-Tahun ke-15 (2026-2030), Presiden China Xi Jinping menekankan bahawa usaha berkaitan pertanian, kawasan desa dan petani adalah "amat penting." China perlu berusaha membangunkan pertanian menjadi sektor moden utama dan menjamin taraf hidup moden di kawasan luar bandar supaya petani dapat menikmati kehidupan yang lebih makmur, kata Xi di persidangan kerja luar bandar pusat tahunan Disember yang lalu.

Hala tuju dasar dinyatakan dengan tepat dan jelas. Cadangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China untuk Merumuskan Rancangan Lima-Tahun ke-15 menggesa pembangunan terselaras dalam pertanian pacuan teknologi, mesra alam, berfokuskan kualiti dan berorientasikan jenama, dengan matlamat menjadikannya sektor tonggak moden. Keutamaan-keutamaan ini diperincikan lagi dalam dokumen pusat No. 1 bagi tahun 2026 yang menggariskan langkah-langkah untuk memajukan pemodenan pertanian dan desa serta menggalakkan penggiatan semula luar bandar yang menyeluruh.

Disesuaikan mengikut keadaan setempat

Di Pergunungan Dabie, Bandar Lu'an, Wilayah Anhui di timur China, rupa bumi yang curam sebelum ini mengehadkan aktiviti pertanian. Kini, lembah-lembah tersebut menggunakan model penanaman ekologi bagi Dendrobium officinale, sejenis herba perubatan yang bernilai tinggi. Dengan sokongan perusahaan-perusahaan yang terkemuka, kawasan penanaman menjangkau keluasan lebih 23,600 mu (kira-kira 1,573 hektar), melahirkan lebih 2,600 entiti perniagaan dan mewujudkan lebih 22,000 peluang pekerjaan.

Di Bandar Wuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di selatan China, tanah berbukit ditransformasikan menjadi ladang teh berskala besar. Dengan kelebihan geografi dan iklim, kawasan penanaman teh kini melebihi 400,000 mu, dengan output tahunan melebihi 40,000 tan dan nilai output komprehensif yang dijangka melebihi 30 bilion yuan ($4.3 bilion) pada tahun 2025.

Contoh-contoh ini mencerminkan arah aliran yang lebih luas di China. Sepanjang tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025), China menyokong pembangunan 210 kluster industri khusus, 250 taman industri pertanian moden dan 1,098 bandar pertanian yang kukuh. Di peringkat nasional, perusahaan-perusahaan terkemuka dalam bidang pertanian peringkat daerah telah mencapai 94,000, termasuk 2,250 di peringkat kebangsaan.

"Industri-industri peringkat daerah yang meningkatkan pendapatan penduduk tempatan merupakan wahana yang utama bagi petani untuk meningkatkan pendapatan di kawasan setempat," kata Zhong Yu, seorang penyelidik di Chinese Academy of Agricultural Sciences. Beliau menyatakan bahawa mekanisme seperti pembelian berasaskan pesanan, dividen ekuiti dan guna tenaga tempatan membantu petani berkongsi pertumbuhan industri secara saksama.

Teknologi sebagai kejayaan cemerlang

Di Daerah Yi, Wilayah Hebei, utara China, buah pisang kaki tempatan hanya dijual mengikut musim. Melalui kolaborasi bersama universiti-universiti pertanian, perusahaan-perusahaan membangunkan teknik-teknik seperti "kaedah pendinginan berperingkat" yang memanjangkan hayat simpanan daripada hanya beberapa hari hingga hampir setahun, lalu mengupayakan bekalan sepanjang tahun. Di Daerah Wenjiang, Chengdu, ibu kota Wilayah Sichuan, barat daya China, kilang strawberi dipacu AI dan Internet Benda (IoT) menggunakan ratusan sensor bagi mengurus pengeluaran, sekali gus meningkatkan hasil dengan ketara.

Perubahan peringkat mikro ini menggambarkan perubahan dasar yang lebih luas. Dokumen pusat No. 1 bagi tahun 2026 menggesa peningkatan keberkesanan inovasi sains dan teknologi pertanian dan, buat julung kalinya, benar-benar menggalakkan penggunaan lebih meluas dron, IoT dan robot pertanian.

Presiden Xi berulang kali menegaskan bahawa kunci kepada pemodenan pertanian terletak pada kemajuan dan inovasi sains dan teknologi. China telah membangunkan sistem inovasi pertanian yang agak komprehensif yang terdiri daripada lebih 800 institusi penyelidikan, lebih 120,000 penyelidik serta sekitar 400,000 juruteknik pertanian di peringkat akar umbi.

Bagi Li Jianjun, seorang profesor China Agricultural University, tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-15 adalah kritikal bagi meletakkan asas dalam mencapai realisasi asas pemodenan sosialis. Mempercepat integrasi inovasi teknologi dengan inovasi industri pertanian merupakan usaha yang penting bagi menangani kelemahan yang wujud sejak dahulu lagi dalam pembangunan luar bandar. Beliau menambah bahawa, sekiranya dilaksanakan dengan baik, langkah ini mampu mengubah bidang pertanian menjadi sebuah industri tonggak moden – yang lebih bingkas, berdaya saing dan lestari.

https://news.cgtn.com/news/2026-02-12/How-China-boosts-rural-specialty-industries-for-rural-revitalization-1KHEJBTNux2/p.html

 

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Food/Beverages Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion