omniture

JA Solar Sekali Lagi Bekalkan Modul untuk Ladang Solar Skala Besar di Amerika Tengah

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-03-16 07:07 92

SHANGHAI, 16 Mac 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk solar berprestasi tinggi, mengumumkan hari ini ia akan membekalkan 35.1 MW modul kepada fasa kedua sebuah ladang solar Guatemala.

Pemeteraian kontrak bagi fasa II projek tersebut untuk tambahan 35.1 MW modul hadir selepas JA berjaya menyerahkan sebanyak 59.7MW kepada fasa pertama ladang solar pada 2014. Sebagai ladang solar terbesar di Amerika Tengah dan yang kedua terbesar di rantau Amerika Latin, projek Guatemala itu memerlukan modul yang sangat andal, berkecekapan penukaran tinggi serta mempunyai output kuasa tinggi.

En. Jian Xie, presiden JA Solar, mengulas, "Kami berbangga pelanggan kami berpuas hati dengan modul berkecekapan tinggi JA dan telah memilih kami sekali lagi untuk fasa II projek tersebut. Panel yang mencukupi untuk menutupi ruang seluas 300 padang bola sepak bukan sahaja membekalkan tenaga bersih kepada rakyat Amerika Tengah, tetapi turut membuka jendela untuk kami dalam pasaran tempatan. Ia merupakan pencapaian baharu dalam usaha kami untuk berkembang di peringkat global ke pasaran baharu dan mencerminkan pengaruh global kami yang terus berkembang."

 

 

 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities