omniture

Agility: Ketika Risiko Semakin Hampir, Eksekutif Logistik Berkata Mereka Telah Menyusun Semula Rantaian Bekalan

Agility
2025-02-18 13:30 138

Industri berusaha melindungi diri daripada perang perdagangan, inflasi dan kemungkinan kemelesetan ekonomi

DUBAI, UAE, 18 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 62% profesional industri logistik menyatakan bahawa mereka telah merombak rantaian bekalan mereka untuk melindungi daripada inflasi, ancaman tarif perdagangan, kemungkinan kemelesetan ekonomi global, dan risiko utama lain.

 

According to the 2025 Agility Emerging Markets Logistics Index, the logistics industry is looking to protect itself from rising costs and a potential trade war ignited by expected U.S. tariff hikes and a flood of exports from China.
According to the 2025 Agility Emerging Markets Logistics Index, the logistics industry is looking to protect itself from rising costs and a potential trade war ignited by expected U.S. tariff hikes and a flood of exports from China.

 

Memasuki tahun 2025, industri logistik berusaha untuk melindungi diri daripada kenaikan kos dan kemungkinan perang perdagangan yang dicetuskan oleh jangkaan kenaikan tarif AS serta lambakan eksport dari China, menurut tinjauan terhadap 567 eksekutif untuk Indeks Logistik Pasaran Membangun Agility 2025.

Hampir 55% responden melihat kemelesetan ekonomi global sebagai berkemungkinan atau pasti. Hampir 82% menyatakan bahawa tarif dan langkah perlindungan perdagangan lain memberi kesan yang ketara terhadap rantaian bekalan mereka. Tujuh puluh dua peratus mengatakan risiko di pasaran membangun telah meningkat sepanjang tahun lalu.

"Terdapat kebimbangan dan ketidakpastian dalam kalangan pengirim, pengangkut, penghantar dan pihak lain berkenaan faktor geopolitik yang meningkatkan kos, mempengaruhi jumlah perdagangan, dan mengubah rantaian bekalan," kata Naib Pengerusi Agility , Tarek Sultan. "Syarikat yang menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa terus mengalihkan pengeluaran sambil menilai semula rancangan pelaburan dan mencari jalan pertumbuhan yang mampan."

Tinjauan dan Indeks itu ialah gambaran tahunan ke-16 Agility tentang sentimen industri dan kedudukan untuk 50 pasaran memuncul terkemuka di dunia. Indeks itu menyenaraikan negara-negara berkenaan untuk daya saing keseluruhan berdasarkan kekuatan logistik, iklim perniagaan dan ketersediaan digital dosmetik dan antarabangsa -- faktor yang menjadikan mereka menarik kepada penyedia logistik, penghantar barangan, pengangkut udara dan lautan, pengedar dan pelabur.

Indeks 2025 menampilkan analisis yang mendalam berkenaan ekonomi Teluk Arab. Secara individu dan sebagai sebuah kumpulan, enam negara Teluk sedang meletakkan diri mereka sebagai hab perdagangan global, dengan melabur secara besar-besaran dalam infrastruktur, kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga, dan pembangunan tenaga kerja. Menurut Indeks tersebut, risiko terhadap rantaian bekalan global semakin meningkat, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, dan negara-negara Teluk lain telah menjadi 'mercu tanda kestabilan' dan ketahanan.

Kestabilan di kedudukan teratas dalam senarai 50 negara disertai dengan ketidaktentuan dan perubahan di peringkat lebih bawah dalam Indeks. China, India, UAE, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia, Mexico, Qatar, Thailand dan Vietnam berada di kedudukan 1 hingga 10. Colombia (No. 21) melonjak dalam kedudukan; Nigeria (43), Bangladesh (39) dan Ukraine (40) merosot.

Keenam-enam negara Teluk semuanya adalah antara 11 negara teratas untuk keadaan perniagaan: UAE sekali lagi menduduki tangga teratas untuk iklim perniagaan terbaik; Arab Saudi di tempat ke-3; Qatar ke-5. Negara yang paling bersedia secara digital ialah China, UAE, Malaysia, Qatar dan Arab Saudi.

Dalam peluang logistik antarabangsa, China, India, Mexico, Indonesia dan Arab Saudi berada di kedudukan tertinggi. Dalam logistik domestik, peneraju utama ialah China, India, Indonesia, Arab Saudi dan UAE. 

Sorotan Indeks 2025

TINJAUAN

  • China – Sebanyak 54% merancang untuk memindahkan pengeluaran atau sumber bekalan keluar dari China dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan ketegangan perdagangan AS-China, kos buruh, dan peningkatan peraturan domestik sebagai faktor utama.
  • Afrika – W"Walaupun menghadapi risiko yang semakin meningkat di pasaran membangun, 35% merancang untuk meningkatkan pelaburan di Afrika pada tahun 2025 berbanding hanya 8% yang merancang untuk mengurangkannya."
  • Bersih-Sifar – Hampir 65% mengatakan syarikat mereka berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat bersih-sifar.

KEDUDUKAN NEGARA

  • Di TimurTengah dan Afrika Utara, kedudukan keseluruhan ialah: UAE (3); Arab Saudi (4); Qatar (8); Turki (11); Oman (14); Bahrain (16); Jordan (17); Kuwait (18); Mesir (24); Maghribi (26); Iran (32); Tunisia (36); Algeria (38); Lubnan (42); Libya (46).
  • Kedudukan di Sub-Sahara Afrika: Afrika Selatan (20); Kenya (22); Ghana (31); Tanzania (37); Uganda (41); Nigeria (43); Ethiopia (45); Angola (47); Mozambique (48).
  • Kedudukan di Asia: China (1); India (2); Malaysia (5); Indonesia (6); Thailand (9); Vietnam (10); Filipina (23); Kazakhstan (25); Sri Lanka (27); Kemboja (30); Pakistan (33); Bangladesh (39); Myanmar (49).
  • Kedudukan untuk Amerika Latin: Mexico (7); Chile (11); Brazil (13); Uruguay (19); Colombia (21); Peru (28); Argentina (29); Ecuador (34); Paraguay (35); Bolivia (44); Venezuela (50).
  • Di Eropah: Ukraine (40).

Transport Intelligence (Ti), firma analisis dan penyelidikan terkemuka untuk industri logistik, telah menyusun Indeks ini sejak dilancarkan pada 2009.

John Manners-Bell, Ketua Pegawai Eksekutif Ti, berkata: "Industri rantaian bekalan sedang memasuki era baharu di mana keupayaan untuk bertindak balas terhadap peristiwa makroekonomi dan geopolitik akan menjadi amat penting. Prospek tarif dan perang perdagangan yang semakin menghampiri akan memaksa pengirim untuk menilai semula ketahanan strategi pengeluaran, pemindahan luar pesisir, dan sumber bekalan mereka. Penyedia logistik perlu bertindak balas dengan tepat pada masanya dan berkesan."

Indeks Logistik Pasaran Membangun Agility 2025: agility.com/2025index

Maklumat tentang Agility

Agility ialah peneraju global dalam perkhidmatan rantaian bekalan, infrastruktur dan inovasi dengan 60,000+ pekerja di enam benua. Sebagai pengendali dan pelabur berbilang perniagaan, Agility pakar dalam mengembangkan dan meningkatkan perniagaan yang beroperasi. Agility memiliki beberapa syarikat termasuk syarikat perkhidmatan penerbangan terbesar di dunia (Menzies Aviation); perniagaan logistik bahan api global (Tristar); pemaju dan pengendali taman logistik terkemuka di seluruh Timur Tengah, Asia Selatan dan Afrika (Agility Logistics Parks); serta syarikat hartanah komersial yang membangunkan pusat beli-belah mega di Emiriah Arab Bersatu (UPAC). Syarikat-syarikat lain di bawah kumpulan Agility menawarkan perkhidmatan pendigitalan kastam, perkhidmatan infrastruktur luar bandar, perkhidmatan pertahanan dan kerajaan, serta kemudahan e-dagang dan logistik digital. Agility melabur dalam inovasi rantaian bekalan, kelestarian dan ketahanan serta memiliki pegangan minoriti dalam portofolio yang berkembang mengandungi syarikat yang tersenarai dan tidak tersenarai. 

Untuk maklumat lanjut tentang Agility, lawati:

Laman web: www.agility.com
Twitter: twitter.com/agility
LinkedIn: linkedin.com/company/agility 
YouTube: youtube.com/user/agilitycorp 

Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/2620419/Agility_Infographic.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2620506/Agility_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Agility
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Survey, Polls & Research Supply Chain/Logistics