CHANGSHA, China, 16 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Pada 13 Mac, satu majlis telah diadakan di Taman Perindustrian Quantang Zoomlion untuk 50 kren beroda QY75V yang ditempah oleh Indian Reliance Industries Limited. Pesanan tersebut, bernilai lebih 10 juta dolar, merupakan pesanan luar negara terbesar yang diterima Zoomlion pada 2015.
En Pan Zhenyang, timbalan pengurus besar eksekutif Zoomlion Overseas Branch Company, En. Su Ming, timbalan pengurus besar Zoomlion Lifting Machinery Company, dan En. Jena, pengurus besar Reliance Industries Limited menghadiri majlis keberangkatan itu.
Reliance Industries Limited, salah sebuah syarikat komersial terbesar India, dengan perniagaannya merangkumi sektor petrokimia, pembinaan infrastruktur, telekomunikasi dan tenaga serta pelbagai sektor lain. Reliance Industries Limited mempunyai permintaan tinggi bagi prestasi kelengkapan dan jentera. Menurut En. Jena, Reliance Industries Limited telah melakukan perbandingan keseluruhan ke atas beberapa pengeluar jentera utama dunia. Ketika membandingkan harga, prestasi, dan perkhidmatan semasa pembidaan, kren Zoomlion QY75V telah terpilih kerana teknologinya yang maju, kebolehsuaiannya yang tersuai dan perkhidmatan yang bersesuaian.
"Kren beroda QY75V yang dieksport ke India telah direka khusus untuk keperluan pasaran India dan mempunyai banyak perubahan kesesuaian tempatan," kata Su Ming, timbalan pengurus besar Zoomlion Lifting Machinery Company. " Jenama-jenama antarabangsa telah digunakan bagi komponen penting seperti pengehad detik dan pam primer, yang memenuhi pelbagai syarat kerja kompleks di India."
Disokong oleh Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang kukuh, pasukan teknikal Zoomlion telah membangunkan barisan luas produk yang laris terjual dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mengambil kira keadaan operasi dan cuaca negara setempat. Popular di kalangan pelanggan luar negara, jumlah eksportnya telah meningkat secara berterusan tahun demi tahun.
Statistik menunjukkan Zoomlion telah menjadi pengeksport terbesar bagi produk kren pembinaan dalam pasaran India selama bertahun-tahun.
Su Min berkata pertumbuhan pesat perniagaan luar negara Zoomlion telah menerima manfaat daripada sikap Zoomlion yang mengamalkan "Semangat Karyawan" dan meningkatkan agihan sumber global.
En. Zhan Chunxin, Pengerusi Zoomlion telah mentakrifkan "Semangat Karyawan," sebagai sikap cermat dan dedikasi yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan semasa pengeluaran. Pakar-pakar kami menganggap produk kami sebagai hasil seni, menunjukkan rasa hormat sambil mengikuti perubahan inovatif yang perlu untuk mengekalkan standard kami.
Dengan semangat karyawan yang mencari kesempurnaan, Zoomlion membangunkan trak pam boom gentian karbon 101 meter itu, yang terpanjang di dunia. Trak bomba platform itu juga merupakan yang tertinggi di dunia, mampu naik setinggi 113 meter, mempunyai kren menaik sendiri dengan jib mendatar.Kren beroda QY75V, yang dieksport ke India, merupakan salah satu ciptaan hebat yang menunjukkan semangat karyawan di Zoomlion.
Zoomlion telah menubuhkan platform jualan dan perkhidmatan di hampir 80 buah negara di lima benua.
Pan Zhenyang, timbalan pengurus besar Zoomlion Overseas Branch Company, berkata dalam ucapannya bahawa "Hasil pasaran untuk Zoomlion sentiasa menggerakkan kami untuk menjadi lebih antarabangsa dan lebih setempat. Prinsip strategik ini merupakan sebahagian daripada globalisasi, yang akan membantu kami terus mengembangkan pengaruh dan kelengkapan kami dalam pasaran domestik dan antarabangsa."
Zhan Chunxin, pengerusi Zoomlion, telah menyatakan, "Perusahaan China yang ingin menjadi global sepenuhnya perlu menjalankan perluasan antarabangsa dan penyetempatan terlebih dahulu. Ia juga bermakna mereka mesti menyepadukan diri ke dalam budaya dan atmosfera setempat, meninjau pasaran, sera mengikuti semua polisi dan juga undang-undang antarabangsa. Ini akan membolehkan mereka memanfaatkan bakat, sumber dan model operasi tempatan. Dengan itu hasil yang menguntungkan semua pasti tercapai."
"Zoomlion bersedia untuk berkembang ke luar negara, hasil kami daripada pasaran luar negara akan meningkat kepada 30-40% dalam tiga hingga lima tahun. Kami bersedia untuk bersaing dengan gergasi industri dalam pasaran tempatan mereka di Eropah dan Amerika," kata En. Zhang Jianguo, presiden kanan dan pengurus besar Zoomlion Overseas Branch Company.
En. Zhang yakin pelaksanaan strategi "Satu Lingkaran dan Satu Jalan" di China membawakan peluang baharu bagi banyak syarikat pengeluar kelengkapan canggih, seperti Zoomlion, untuk mengembangkan pasaran luar negara mereka dalam cara yang lebih cepat dan lebih baik.