BEIJING, 18 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Filem blokbuster animasi Cina yang terkini, Ne Zha II, telah meraih kejayaan pecah panggung global, melepasi 12 bilion yuan (kira-kira $1.66 bilion) setakat 17 Februari, menurut data yang terkini.
Pencapaian ini mendorong Ne Zha II mengatasi The Lion King, memperoleh tempat antara 10 filem teratas dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Ia khususnya menjadi satu-satunya produksi bukan Hollywood dalam barisan yang didominasi oleh filem-filem gergasi sinematik seperti Avatar, Titanic dan Star Wars: The Force Awakens.
Di China, filem ini mendominasi pasaran domestik, menguasai bahagian terbesar daripada hasil kutipan pecah panggung tahun ini sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah pawagam Cina.
Kejayaan filem ini turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Susulan pelancaran Amerika Utaranya pada 14 Februari, Ne Zha II memasuki senarai lima teratas dalam carta pecah panggung hujung minggu, menurut syarikat pengukuran dan analitis media global yang berpangkalan di A.S., Comscore.
"Saya berasa amat kagum dalam banyak aspek yang berbeza dengan pencapaian filem ini," kata juruanimasi A.S. Sheila Sofian selepas menontonnya di Los Angeles.
"Memandangkan saya sudahpun menonton filem yang sebelum ini, saya menjangkakan tahap yang sama, yang merupakan sesuatu yang sangat baik. Namun jangkaan ini menjadi semakin tinggi dari segi reka bentuk produksi, reka bentuk bunyi dan muzik. Ceritanya sendiri adalah sangat rumit dan segala penceritaan yang berliku-liku membuatkan saya meneka sepanjang masa. Jadi saya sangat terpaut, membuat saya cemas dan gusar sepanjang masa tontonan," tambahnya.
Di tengah-tengah kegilaan terhadap sensasi animasi Cina ini, kempen "Kembara China dengan Filem Cina" telahpun dilancarkan pada hari Isnin di Muzium Filem Nasional China di Beijing yang bertujuan untuk memanfaatkan kejayaan antarabangsa filem blokbuster Tahun Baharu Cina dengan beberapa dasar transit bebas visa baru-baru ini untuk menarik lebih ramai pengunjung luar negara ke China.
Dihoskan oleh Pentadbiran Filem China dan China Media Group (CMG) dan dianjurkan oleh China Global Television Network (CGTN) serta Pusat Program Saluran Filem, kempen ini memfokuskan untuk mempromosikan "filem + pelancongan" dengan mengintegrasikan tayangan filem Cina, festival filem antarabangsa dan festival filem Cina luar negara, mengundang penonton asing untuk merasai pengalaman China melalui penceritaan sinematik.
Dengan memupuk kolaborasi inovatif antara industri perfileman dan pelancongan, kempen ini bertujuan untuk membangunkan laluan perjalanan bertema yang menawarkan pengalaman imersif dalam budaya filem dan juga landskap semula jadi serta budaya China, lalu merapatkan pendedahan media dengan penglibatan pengguna.
Jiang Qiudi, ketua Biro Eropah CMG, menyatakan bahawa CMG akan memanfaatkan rangkaian global wartawan asing dan perkongsiannya dengan beratus-ratus outlet media antarabangsa serta platform sosial bagi mempromosikan kempen ini. CMG merancang untuk meluaskan jangkauan dan pengaruh kempen, memperkukuh kolaborasi dengan institusi perfileman antarabangsa serta mengadakan acara utama yang menonjolkan filem Cina yang cemerlang demi mengukuhkan lagi kehadiran global pawagam Cina.
Pembikin filem dan pasukan produksi di belakang tabir filem blokbuster Tahun Baharu pada tahun ini berkongsi perkembangan terkini mengenai prestasi filem pecah panggung di seluruh dunia.
Acara ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada CMG, Biro Filem Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, syarikat produksi dan pengedaran filem China utama, studio filem, agensi pelancongan dan Festival Filem Antarabangsa Jalan Sutera.