omniture

Pepsi® Mencabar Kegelapan untuk Membawa Cahaya kepada Masyarakat yang Memerlukannya melalui Jelajah "Nyalakan Sinaran" Pepsi x Liter of Light

PepsiCo
2015-03-16 08:00 123

-- Cabaran Global & Hentian Jelajah Pertama Menampilkan Pameran Seni oleh Pereka Fesyen & Pengarah Kreatif Tersohor Nicola Formichetti di Hong Kong

PURCHASE, New York, 16 Mac 2015 /PRNewswire/ -- #PEPSICHALLENGE

Pepsi® hari ini mencabar orang ramai seluruh dunia untuk membawakan cahaya kepada mereka yang hidup dalam kegelapan. Sebagai inisiatif global pertama mereka dalam program Pepsi® Challenge™ mereka, jenama ikonik itu turut mengumumkan Jelajah "Nyalakan Sinaran" Pepsi x Liter of Light – kembara antarabangsa untuk pameran seni media bercampur dan berskala besar yang kreatif, dicipta oleh para karyawan seluruh dunia yang bakal menumpukan perhatian kepada komuniti yang ketiadaan bekalan elektrik serta penyelesaian pencahayaan asas.

Gambar – http://photos.prnewswire.com/prnh/20150315/181840

Dengan kerjasama bersama organisasi Liter of Light dengan pereka fesyen, pengarah kreatif, dan editor fesyen terkemuka dunia yang terkenal dengan kolaborasi bersama Diesel dan Lady Gaga, Nicola Formichetti, Pepsi memperkenalkan karya seni "Nyalakan Sinaran" yang pertama di Hong Kong. Didedahkan pada 15 Mac dan dibuka kepada orang awam untuk masa terhad di PMQ Courtyard, karya Formichetti yang bertajuk "Ao Dress" merupakan contoh fizikal bagi hubungan simbiotik antara cahaya dan bahan.

"Penting untuk industri fesyen serta seni untuk berganding bahu dan saling membantu, kerana kini dua dunia itu telah bertembung. Saya dilimpahi ilham daripada percampuran dunia seni dengan sudut fesyen saya, jadi memang mengujakan apabila dapat melibatkan diri dalam kedua-duanya melalui Jelajah "Nyalakan Sinaran" Pepsi x Liter of Light," kata Formichetti. "Untuk karya saya, "Ao Dress", saya mendapat ilham daripada alam semula jadi – zahirnya pembaharuan, kelahiran, dan cahaya kemungkinan tanpa batasan. Apa yang lebih baik selain menggunakan semula botol Pepsi menjadi sesuatu yang dapat membantu orang ramai yang terpaksa hidup dengan ketiadaan salah satu keperluan asas manusia, seperti tenaga elektrik dan cahaya. Secara harfiahnya, Pepsi membawa orang ramai keluar dari kegelapan dan ke dalam cahaya, dan itu adalah sesuatu yang saya sokong dengan sepenuh hati."

"Ao Dress" merupakan gaun yang lain daripada yang lain dengan seni bina badan dibina daripada cahaya dan botol Pepsi. Diilhamkan oleh "Ao", Dewi Cahaya, karya keindahan fesyen yang benar-benar sakti itu meraikan kecantikan sifat sinaran cahaya suria Liter of Light yang berbaur dengan cahaya lalu menghasilkan bebayang futuristik yang bertindak sebagai tarikan projek itu. Pasukan Formichetti berkolaborasi dengan syarikat fesyen dan teknologi Studio XO serta syarikat penerbitan Prettybird bagi menghidupkan wawasan beliau.

"Melalui Jelajah "Nyalakan Sinaran" bersama Liter of Light, kami menggabungkan keseronokan dan keterujaan Pepsi Challenge dengan matlamat tertumpu – membantu pengguna kami seluruh dunia mencapai keinginan mereka untuk menghasilkan impak," kata Kristin Patrick, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran PepsiCo Global Beverage Brands. "Usaha kami bersama Liter of Light merupakan penghubung sepanjang Pepsi Challenge ini dan kami mencabar diri sendiri, rakan kongsi seni kami, serta pengguna kami untuk menumpukan perhatian kepada keperluan penting ini. Agar bertindak dan membuat perbezaan sebenar."

Pepsi Challenge adalah seruan kepada generasi hari ini untuk menikmati kehidupan sepenuhnya dan menjadikan setiap saat – tidak kira besar atau kecil – epik. Sepanjang 2015, Pepsi Challenge mengendalikan pelbagai cabaran global dan tempatan bagi menggalakkan orang ramai mendesak kemampuan diri mereka, menyimpan impian yang lebih besar dan "Nikmati Kehidupan Kini". Cabaran akan dikeluarkan melalui saluran sosial Pepsi, PepsiChallenge.com dan melalui duta global serta tempatan.

Menguatkan dan menyatukan setiap satu #PepsiChallenge adalah cara untuk seluruh dunia melakukan impak. Melalui perkongsian dengan Liter of Light, Pepsi akan membawakan penyelesaian pencahayaan suria berkesan kos kepada komuniti yang memerlukannya sambil mengitar semula botol plastik. Setiap kali pengguna seluruh dunia menggunakan kata kunci #PepsiChallenge dalam profil Instagram, Facebook, Twitter atau YouTube awam mereka, Pepsi akan menderma $1 kepada Liter of Light bagi membantu membawakan cahaya yang mesra alam, tidak mahal, dan mudah dibuat kepada orang di seluruh dunia yang paling memerlukannya.

Sehingga kini, Liter of Light telah menyediakan penyelesaian pencahayaan yang mampan ekologi, termasuk penyelesaian pencahayaan waktu malam dan pencahayaan awam seperti lampu jalan, kepada lebih 18 buah negara termasuk Brazil, India, Kenya, Colombia, Indonesia, Mexico, Mesir, Pakistan dan Filipina. Dengan menggunakan botol plastik kitar semula yang kosong, air, dan klorin, Liter of Light mencipta "cahaya botol" yang inovatif – mentol suria 55 watt dengan sifar pembebasan karbon, yang menyerakkan cahaya matahari serta cukup berkuasa untuk menyinari sesebuah kediaman.

"Cahaya bukan sahaja satu keperluan penting, tetapi ia juga sumber ilham yang hebat kepada ramai orang," kata Illac Diaz, Pengasas Liter of Light. "Program Pepsi Challenge dan cabaran global "Nyalakan Sinaran" mereka menyinari misi hebat kami dalam cara yang penuh berinspirasi, indah, dan memukau pandangan – secara fizikal dengan pameran seni cahaya seluruh dunia, serta impak dan gerakan hebat yang dicetuskan melalui perkongsian kami dengan Pepsi."

Sebagai duta global untuk Pepsi Challenge, Formichetti telah mencabar pengkarya terpilih seluruh dunia bagi menyambut obor yang dihulurkan beliau dan mencipta karya seni "Nyalakan Sinaran" yang seterusnya. Sehingga lima karya seni "Nyalakan Sinaran" akan diperkenalkan sepanjang tahun ini di seluruh dunia. Lawati www.PepsiChallenge.com untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang PepsiCo
Produk PepsiCo dinikmati pengguna sebanyak satu bilion kali setiap hari di lebih 200 buah negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo menjana hasil bersih sebanyak lebih $66 bilion pada tahun 2014, dipacu portfolio makanan dan minuman saling melengkapi termasuklah Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker dan Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuklah rangkaian luas makanan dan minuman lazat, termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu dalam anggaran jualan runcit tahunan. Pada teras PepsiCo adalah Prestasi dengan Matlamat – kami ingin menyediakan prestasi kewangan paras teratas sambil menghasilkan pertumbuhan mampan dalam nilai pemegang saham. Daripada segi amalan, Prestasi dengan Matlamat bermakna menyediakan pelbagai makanan dan minuman, daripada kudapan sehingga makanan berkhasiat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar, dan mengurangkan kos pengendalian kami; menyediakan tempat kerja yang selamat serta melibatkan semua kakitangan kami seluruh dunia; dan juga menghormati, menyokong, dan melabur dalam komuniti tempatan tempat kami beroperasi. Untuk maklumat lanjut, lawati www.pepsico.com.

Source: PepsiCo
Related Links:
Keywords: Art Beverages Entertainment Non-Alcoholic Beverages Corporate Social Responsibility