omniture

Keutamaan Penumpang Kapal Terbang: Penjimatan Lebih Penting Berbanding Tayangan Filem, Makanan di Asia Pasifik

Expedia, Inc.
2015-03-16 09:00 192

-- Indeks Syarikat Penerbangan LCC 2015 Expedia Menunjukkan Sikap Penumpang Asia Pasifik Terhadap Pengangkut Berkos Rendah; Penumpang Asia Pasifik Lebih Berkemungkinan untuk Mengorbankan Kemudahan Bilik Air Berbanding Kemudahan Bagasi dalam Kabin.

SINGAPURA, 16 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini pasukan Jelajah & Pengangkutan Global kumpulan Expedia mengeluarkan keputusan terkini Indeks Syarikat Penerbangan Pengangkut Berkos Rendah (LCC), satu kajian yang dijalankan oleh Northstar yang mengkaji sikap pengembara Asia Pasifik terhadap LCC. Dirangsang oleh pertumbuhan LCC, bekalan di Asia Pasifik dijangka akan meningkat sebanyak 9.5% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya sewaktu bulan Mac 2015*, berita baik bagi 94% daripada pengembara yang sanggup mengorbankan kemudahan asalkan dapat menjimatkan wang, menurut kajian itu.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150123/170969LOGO

Indeks Syarikat Penerbangan LCC Asia Pasifik 2015 Expedia meninjau kira-kira 3,200 pengembara di Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Taiwan, lanjutan daripada Indeks Syarikat Penerbangan LCC Eropah Barat 2014 Expedia yang mengkaji keseimbangan antara tambang dan kemudahan tambahan. Kaji selidik itu mengkaji tanggapan berkenaan khidmat pelanggan dan kelebihan antara LCC serta pengangkut tradisional dan juga bertanyakan pengorbanan apa yang paling sanggup dibuat penumpang agar dapat menjimatkan wang. Apakah faktor yang paling berkemungkinan untuk dipertimbangkan oleh pengembara semasa memilih LCC? Dan apa yang dilakukan oleh pengembara itu dengan penjimatan yang dibuat? Menurut kajian itu, faktor penentu yang paling penting semasa memilih pengangkut adalah rekod prestasi keselamatan syarikat penerbangan itu.

Lelaki lebih sanggup mengorbankan kemudahan seperti bantal dan selimut, bagasi terdaftar percuma, dan kemudahan bilik air hanya untuk menjimatkan tambang. Selain jantina, penumpang lebih muda (bawah 35 tahun) lebih sanggup bersabar dengan ruang kaki lebih sempit dan tidak membawa bagasi dalam kabin manakala penumpang berusia lebih 55 tahun lebih sanggup mengorbankan perkhidmatan makanan agar dapat lebih berjimat.

Tidak Perlu Tayangan Filem

Lebih separuh (56%) pengembara Asia Pasifik lebih sanggup mengorbankan hiburan dalam penerbangan agar dapat menjimatkan wang, diikuti rapat dengan perkhidmatan makanan lengkap (49%) dan bantal serta selimut (48%). Pengembara Asia-Pasifik memeringkatkan ruang kaki, kemudahan bilik air, dan bagasi dalam kabin sebagai kemudahan paling berkemungkinan rendah untuk dikorbankan agar dapat menjimatkan wang.

Hiburan dalam Penerbangan

56%

Perkhidmatan Makanan Lengkap

49%

Bantal dan Selimut

48%

Kudapan dan Minuman

47%

Kebolehan Memilih Tempat Duduk Terlebih Dahulu

44%

Bagasi Terdaftar Percuma

22%

Ruang Kaki

21%

Kemudahan Bilik Air

19%

Bagasi dalam Kabin

17%

Bilik Air: Ya atau Tidak?

Senarai lengkap itu menunjukkan pengembara Asia Pasifik memeringkatkan bagasi dalam kabin mereka sebagai lebih penting daripada kemudahan bilik air. Golongan yang menyatakan kemudahan bilik air adalah paling tidak penting adalah pengembara Malaysia, dengan hampir separuh (47%) mengatakan mereka sanggup tidak pergi ke bilik air asalkan dapat berjimat. Pengembara Jepun paling mengutamakan kemudahan bilik air, dengan hanya 2% sanggup mengorbankannya asalkan dapat berjimat.

Penumpang Asia Pasifik (76%) sanggup menerima tahap khidmat pelanggan yang lebih rendah daripada syarikat penerbangan untuk menjimatkan wang. Penumpang di Thailand paling menerima tukar ganti ini (93%), diikuti rapat oleh mereka di Hong Kong (91%). Penumpang di Filipina paling berkemungkinan rendah untuk mengorbankan perkhidmatan bagi menjimatkan wang (56%), diikuti rapat oleh penumpang dari India (59%).

Lebih Singkat Lebih Bagus

Bukan ruang kaki sahaja yang penting – tempoh penerbangan juga penting kepada penumpang Asia Pasifik, sebahagian besar sanggup menggunakan LCC bagi percutian hujung minggu (51%). Penumpang Asia Pasifik paling berkemungkinan rendah untuk memilih LCC bagi penerbangan jarak jauh (lebih 6 jam) dan penerbangan bulan madu. Lebih sedikit daripada satu pertiga daripada mereka yang dikaji selidik menyatakan mereka akan mempertimbangkan LCC bagi penerbangan sehingga 3 jam. Bagi penerbangan hampir lima jam, angka itu turun menjadi 23%, dan terus merosot menjadi 7% bagi penerbangan sehingga lapan jam lamanya. Hanya 1% daripada mereka yang dikaji selidik berkata mereka sanggup menggunakan LCC untuk terbang sehingga 16 jam. Penumpang lebih muda lebih sanggup terbang lebih lama dengan LCC, dengan 35% daripada penumpang bawah 35 tahun sanggup terbang selama lebih tiga jam, berbanding hanya 27% daripada golongan 55 tahun dan ke atas.

Menukar Ganti Penjimatan Penerbangan untuk Perbelanjaan Hotel

Hampir separuh (46%) penumpang Asia Pasifik bersetuju, semasa menempah penerbangan bagi LCC, mereka berbelanja lebih ke atas hotel. Ini terutamanya benar untuk penumpang dari Taiwan (71%) dan Thailand (62%), serta mereka yang berusia kurang 35 tahun (53%). Merentasi Asia-Pasifik, penumpang Malaysia paling berkemungkinan tinggi untuk menggunakan LCC.

Kajian itu mendapati penumpang Asia-Pasifik sangat arif tentang cara untuk berjimat, dengan satu pertiga (32%) daripada yang dikaji selidik menyatakan mereka sering atau sentiasa menempah hotel dan penerbangan mereka bersama sebagai tempahan berpakej. Ini paling biasa dilihat dalam kalangan penumpang Taiwan (53%) dan Korea Selatan (45%). Satu lagi kajian oleh Expedia tentang trend harga syarikat penerbangan menunjukkan penumpang yang menempah penerbangan dan hotel atau kereta sewa secara serentak boleh menjimatkan sehingga $540 USD di semua destinasi.

Bagi keputusan terkhusus negara untuk Indeks Syarikat Penerbangan LCC Asia Pasifik 2015 Expedia, klik di sini.

Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan bagi pihak Expedia oleh Northstar, firma khidmat runding maklumat strategi tersepadu secara global. Kajian itu dijalankan antara 3,263 orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Taiwan yang telah menaiki kapal terbang dalam masa dua tahun lepas. Kaji selidik telah diisi dalam talian mulai 13 hingga 22 Februari 2015 menggunakan kumpulan panel tergabung GMI (Global Market Insite) milik Kantar dan Lightspeed Research. Kuota pensampelan dan pemberat digunakan bagi memastikan sampel itu mewakili negara Asia Pasifik yang dinyatakan dalam usia dan jantina. Dengan mengandaikan sampel kebarangkalian, batas ralat disebut sebagai +/-1.7 titik peratusan, 19 daripada 20 kali.

Latar Belakang kumpulan Expedia

Expedia, Inc. (NASDAQ: EXPE) merupakan salah sebuah syarikat pelancongan terbesar dunia, dengan portfolio jenama menyeluruh termasuklah jenama pelancongan dalam talian terkemuka, seperti:

  • Expedia.com®, agensi pelancongan dalam talian khidmat penuh terbesar dunia dengan laman setempat di 31 buah negara
  • Hotels.com®, pakar hotel dengan laman setempat di lebih 60 buah negara
  • Hotwire®, laman pelancongan diskaun terkemuka yang menawarkan tawaran legap dalam 12 buah negara di serata Amerika Utara, Eropah, dan Asia
  • Travelocity®, perintis dalam pelancongan dalam talian dan agensi pelancongan dalam talian terkemuka di AS serta Kanada
  • Egencia®, syarikat pengurusan pelancongan korporat kelima terbesar di dunia
  • eLong™, penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian dan mudah alih terkemuka di China
  • Venere.com™, pakar tempahan hotel dalam talian di Eropah
  • trivago®, syarikat pencarian meta hotel dalam talian terkemuka dengan laman di 49 buah negara
  • Wotif Group, pengendali terkemuka untuk jenama pelancongan dalam rantau Asia-Pasifik, termasuk Wotif.com®, lastminute.com.au®, travel.com.au, Asia Web Direct®, LateStays.com, GoDo.com.au dan Arnold Travel Technology
  • Expedia Local Expert®, penyedia khidmat rencam, aktiviti, pengalaman, dan pengangkutan darat dalam talian serta dalam pasaran di ratusan destinasi seluruh dunia
  • Classic Vacations®, pakar pelancongan mewah terkenal
  • Expedia® CruiseShipCenters®, penyedia nilai luar biasa dan nasihat pakar bagi pelancong yang menempah kapal persiaran serta percutian melalui rangkaian 180 lokasi francais merentasi Amerika Utara
  • CarRentals.com™, syarikat tempahan sewa kereta terunggul dalam web

Syarikat itu memberikan pengguna nilai dalam pelancongan riadah dan urusan rasmi, memacu permintaan tambahan dan tempahan terus kepada pembekal pelancongan, serta menyediakan pengiklan peluang untuk sampai kepada pelanggan bernilai tinggi bagi pengguna dalam pasaran melalui Expedia® Media Solutions. Expedia turut memperkasa tempahan untuk syarikat penerbangan dan hotel paling terkemuka di dunia, jenama pengguna terbaik, laman web dengan lalu lintas tinggi, dan ribuan rakan sekutu aktif melalui Expedia® Affiliate Network. Bagi berita dan pandangan korporat serta industri, lawati kami di www.expediainc.com atau ikuti kami di Twitter @expediainc.

Latar Belakang Jelajah & Pengangkutan Global Expedia

Pasukan Jelajah & Pengangkutan Global kumpulan Expedia menyokong strategi tersepadu global untuk produk pengangkutan udara, kereta, pakej, kereta api, kapal persiaran, dan produk insurans untuk Expedia, Travelocity, Wotif Group, Hotwire dan Expedia CruiseShipCenters. Tambahan lagi, pasukan itu mengurus hubungan Expedia dengan lebih 400 buah syarikat penerbangan dan rakan kongsi keterhubungan, serta pelbagai syarikat sewa kereta dan juga syarikat persiaran yang membantu mereka mencapai sasaran secara berkesan lebih 60 juta pengguna yang menggunakan khidmat portfolio jenama pelancongan Expedia yang dipercayai.

Latar Belakang Northstar

Northstar merupakan firma khidmat runding dan maklumat pemasaran strategik yang menjajarkan teknik penyelidikan tersuai khusus dan tercanggih bersama konteks budaya dengan kerangka kerja serta model pemasaran strategik terbukti bagi memacu maklumat untuk menghasilkan impak. Perkhidmatan Northstar berkait dengan unsur paling kritikal untuk jenama, pelanggan, dan strategi pemasaran, dengan kepakaran sektor dalam pengembaraan dan pelancongan, peruncitan, automotif, barangan terpakej pengguna (CPG), makanan &minuman, perkhidmatan kewangan, farmaseutikal/penjagaan kesihatan, pengangkutan, dan fesyen/gaya mewah. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.northstarhub.com.

Tanda dagang dan logo adalah milik pemilik masing-masing. © 2015 Expedia, Inc. Semua hak terpelihara. CST: 2029030-50

* Sumber: Goldman Sachs Analyst Report, Airlines In Pictures: Fundamentals to Focus on, February 26, 2015

Source: Expedia, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:EXPE
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Electronic Commerce Leisure/Travel/Hotels Multimedia/Online/Internet Passenger Aviation Travel Survey, Polls & Research