omniture

Astreya Berjaya Mencapai Setahun di Hyderabad: Pencapaian Penting dalam Inovasi, Pertumbuhan dan Impak Global

Astreya
2025-02-21 10:56 105

HYDERABAD, India, 21 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Astreya, peneraju global dalam perkhidmatan terurus IT dan transformasi digital, dengan bangganya meraikan ulang tahun yang pertama kemudahan syarikat tersebut di Hyderabad. Sepanjang tahun yang lalu, hab strategik ini telah memacu kejayaan dalam pengkomputeran awan, automasi dan penyelesaian IT perusahaan, mengukuhkan komitmen Astreya terhadap inovasi, kecemerlangan operasi dan pembangunan bakat.

Tahun Pertumbuhan yang Tiada Tandingannya

Hanya dalam tempoh 12 bulan ini, pejabat Hyderabad telah mengukuhkan kedudukan sebagai pusat kecemerlangan, menyampaikan penyelesaian IT generasi akan datang sambil memupuk persekitaran kerja bertaraf dunia. Pencapaian utama termasuk:

  • Hab Inovasi Canggih – Diperakui sebagai Pusat Pembangunan Luar Pesisir (ODC), kemudahan Hyderabad memenuhi standard global untuk keselamatan, kebolehskalaan dan operasi IT yang lancar.
  • Keselamatan Lanjutan & Kesejahteraan Pekerja – Infrastruktur keselamatan 24/7, ruang kerja ergonomik dan kemudahan yang mengutamakan pekerja memastikan tempat kerja yang dinamik, selamat dan berprestasi tinggi.
  • Perkongsian Global & Kepimpinan Industri – Memperkukuh kerjasama dengan gergasi teknologi, meletakkan Astreya di barisan hadapan dalam perkhidmatan IT yang dipacu AI.
  • Memperkasa Bakat Terbaik – Inisiatif pertumbuhan kerjaya, latihan kepimpinan dan budaya tempat kerja yang berakar umbi dalam inovasi, keterangkuman dan pembelajaran berterusan.
  • Memperluas Peluang untuk Semua – Peningkatan kebolehcapaian, dasar fleksibel dan program keterlibatan yang menyokong persekitaran kerja yang bekerjasama dan berpandangan jauh.

Visi untuk Masa Depan

Memandangkan Astreya terus memperluas jangkauan global dan jejak teknologi syarikat itu, kemudahan Hyderabad kekal menjadi asas strategi pertumbuhan.

Romil Bahl, Ketua Pegawai Eksekutif Astreya, merenungkan pencapaian penting ini:

"Pasukan Hyderabad kami tidak kurang hebatnya. Semangat, inovasi dan kepakaran teknikal di sini terus menyemarakkan kejayaan global kami. Kemudahan ini merupakan enjin untuk transformasi digital, automasi dan kecemerlangan IT perusahaan. Seiring dengan kemajuan syarikat, kami menggandakan komitmen terhadap bakat, teknologi dan masa depan perkhidmatan IT."

Meraikan Impak dalam Setahun

Bagi memperingati pencapaian ini, Astreya menganjurkan acara ulang tahun selama dua hari iaitu pada 17-18 Februari 2025, yang menampilkan:

  • Dialog Awam Kepimpinan – Eksekutif berkongsi cerapan mengenai trajektori pertumbuhan Astreya dan rancangan inovasi masa depan.
  • Pengiktirafan Pekerja & Pembinaan Pasukan – Memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berprestasi tinggi melalui anugerah, bengkel berinteraktif dan sesi rangkaian.
  • Kerjasama Silang Pasukan – Mengukuhkan sinergi merentasi pasukan global, mempercepat AI dan kemajuan IT yang dipacu awan.

Maklumat Tentang Astreya

Astreya ialah penyedia perkhidmatan terurus IT global, menyampaikan penyelesaian teknologi yang membantu mengembangkan perniagaan, memacu inovasi dan memperkemas operasi. Ditubuhkan pada tahun 2001 dan beribu pejabat di San Jose, California, beroperasi di lebih 35 negara, memberikan perkhidmatan kepada beberapa syarikat yang paling diiktiraf di dunia. Astreya menyediakan penyelesaian merentasi awan awam, swasta dan hibrid, pusat data, serta tempat kerja moden sambil memanfaatkan automasi AI merentasi kesemuanya. Misi kami ialah untuk memperkasa organisasi menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam landskap digital yang sentiasa berubah-ubah dengan menukar cara organisasi tersebut memanfaatkan teknologi untuk membantu pelanggan, memperkasa pekerja dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Ketahui lebih lanjut di www.astreya.com dan ikuti kami di LinkedIn.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2350736/Astreya_Logo_fullcolor.jpg?p=medium600

Source: Astreya
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things