omniture

forge lebih pintar dengan forge SDK terbaharu - sedia untuk dimuat turun hari ini

Acision
2015-03-17 03:39 101

READING, England, 17 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Versi baharu forge SDK membolehkan sembang berkumpulan, kemampuan rakaman video dan audio, di samping pemberitahuan tekan serta penyepaduan dengan perkhidmatan pengesahan terkemuka 

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan pelibatan mudah alih dan juga penginovasi dalam teknologi WebRTC, hari ini dengan sukacitanya mengumumkan versi terbaharu bagi forge SDK. Dapat diakses melalui gerbang forge by Acision sejak pagi tadi, keluaran terbaharu forge SDK itu kini membolehkan pembangun memasukkan ciri penghantaran mesej berkumpulan dalam aplikasi mudah alih dan web mereka, serta merakam dan juga menyimpan pesanan, suara, sesi video, dan kemas kini kehadiran. Penyepaduan dengan perkhidmatan pengesahan terkenal seperti Facebook, Office 365, LinkedIn, Google Plus, GitHub dan Janrain, juga dimudahkan. Tambahan lagi, satu komponen teras forge SDK adalah tahap berbeza untuk penghantaran mesej hujung ke hujung yang selamat, yang penting bagi mana-mana aplikasi perniagaan serta dibuat berdasarkan kepakaran Acision dalam penghantaran pesanan gred pembawa.

Sebagai gerbang pembangun layan diri, forge by Acision menyediakan akses serta-merta kepada API dan SDK komunikasi beraneka terbaharu Acision, membenarkan pembangun menyepadukan dengan mudah ke dalam aplikasi mereka ciri seperti SMS, penghantaran pesanan IP, pemberitahuan tekan, sembang video dan suara, serta penghalaan pintar, pemindahan fail media beraneka, rakaman, dan juga kehadiran. Dengan hanya mendaftarkan nama, mengaktifkan akaun, dan menyertai komuniti forge di http://developer.forge.acision.com, pembangun boleh mempertingkat pengalaman aplikasi mereka atau merintis perkhidmatan baharu, sambil mengembangkan dan mengurus peluang pelibatan dengan melaksanakan komunikasi serta panggilan berkumpulan seorang pada sesama rakan setara dan semua pada masa sebenar yang selamat.

Contohnya, pembangun yang membina aplikasi untuk pasaran permainan atau sosial, kini boleh memasang ciri sembang berkumpulan kepada mana-mana perkhidmatan atau permainan baharu atau sedia ada, tanpa perlu membinanya daripada asas. Dengan menggunakan forge SDK, pembangun juga dengan mudahnya boleh menambah kemampuan komunikasi pintar, termasuk rakaman dan kehadiran, yang menunjukkan apabila rakan hubungan sedang melayari komputer, bermakna pengguna boleh menyuai khusus sesi untuk sembang berkumpulan, serta mencatat kemas kini kehadiran, sembang, perbualan audio dan video, yang sangat berguna dalam persekitaran sosial atau permainan. Fungsi ini paling jelas dilihat dalam versi terkini fuseMe by Acision v.4.0, aplikasi sosial semua dalam satu, label putih pintar syarikat itu, yang dibina berdasarkan forge SDK serta merupakan pelanggan rujukan berfungsi penuh yang menunjukkan semua ciri beraneka yang ada dalam SDK itu hari ini.

Eric Bilange, Ketua Divisyen Perkhidmatan Pelibatan Beraneka Acision berkata: "Gerbang forge by Acision memang dibina agar dapat memberi mana-mana pembangun dengan kehebatan untuk memasukkan ciri komunikasi pintar ke dalam mana-mana aplikasi (Web, iOS dan Android), perkhidmatan serta laman web, semuanya daripada awan. Sebagai kerangka kerja komunikasi yang fleksibel dan mudah digunakan, hampir semua orang boleh memanfaatkan kelebihan kit alat kami yang terkini dan terhebat ini bagi mencipta komunikasi berkonteks dalam aplikasi mereka. Dengan sokongan ringkas, mudah, dan andal untuk perkhidmatan WebRTC dan IP, serta menyediakan akses kepada API SMS forge, pelibatan ke dalam ekosistem forge ini adalah peluang keemasan untuk pembangun membawakan kemampuan interaksi tercanggih ke dalam mana-mana aplikasi perusahaan atau pengguna, daripada perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, peruncitan, serta hiburan sehinggalah kepada permainan dan lebih banyak lagi, tanpa perlu menghabiskan masa pada pembangunan yang rumit dan juga menyokong pelbagai platform."

Semua akaun forge akan diberi akses kepada ciri forge SDK dan SMS terbaharu Acision, dengan akaun ujian/pembangunan percuma serta 90 hari akses percuma kepada akaun pengeluaran. Semua akaun disediakan dengan berkas minit video dan suara, pesanan IP serta kehadiran, ditambah kepada kredit percuma bernilai $5.00 untuk menghantar pesanan SMS. Dibina dengan pengebilan tersepadu dan ringkas, pembelian perkhidmatan, minit, dan pesanan tambahan menjadi cepat serta mudah, lalu memecutkan lagi masa ke pasaran perkhidmatan.

Versi 2.0 untuk forge SDK akan dikeluarkan kemudian pada suku tahun kedua 2015, dan akan memberikan pembangun dengan akses kepada set yang lebih luas untuk kemampuan persidangan suara serta video, dan juga telefon. Lebih banyak keluaran lagi dirancang sepanjang tahun ini dengan ciri baharu yang mengujakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang forge by Acision atau untuk melihat salah satu daripada demonstrasi kami yang memenangi anugerah secara langsung, (dibina berasaskan forge SDK), hubungi kami atau sertai kami semasa Pameran Perdagangan Interaktif SXSW, Austin, Texas, mulai 13-18 Mac, tapak pameran 1235. Untuk menempah sesi pertemuan, taklimat media, atau jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi events@acision.com atau capai kami melalui Twitter, Facebook, LinkedIn atau Google+.

Acision akan turut menyertai Comcast NBCUniversal Hackathon, pada 28 dan 29 Mac, di Hotel Portofino Bay, Universal Orlando, Florida, yang mana forge SDK boleh didapati oleh pembangun yang membangun dalam ruang hiburan dan permainan.

Latar Belakang Acision 

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali antara platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna lalu mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

SUMBER  Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services