omniture

Vantage Markets Diiktiraf di Global Brands Magazine Awards 2025

Vantage
2025-02-24 17:21 121

PORT VILA, Vanuatu, 24 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets berbesar hati untuk mengumumkan pengiktirafannya di Global Brands Magazine (GBM) Awards 2025, di mana ia telah diiktiraf untuk – "Broker CFD Terbaik, APAC 2025" dan "Program Gabungan Forex Terbaik, Global 2025".

Vantage Markets Recognized at the Global Brands Magazine Awards 2025
Vantage Markets Recognized at the Global Brands Magazine Awards 2025

Anugerah-anugerah ini menonjolkan komitmen Vantage untuk membangunkan penyelesaian inovatif dan memupuk perkongsian yang kukuh dalam pasaran kewangan.

Global Brands Magazine (GBM) ialah penerbitan terkemuka yang khusus untuk mengiktiraf kecemerlangan merentas industri. Kini memasuki edisi ke-13, GBM Awards meraikan jenama-jenama yang menunjukkan prestasi cemerlang, perkhidmatan luar biasa dan pendekatan berwawasan dalam sektor masing-masing.

Forex Awards, dilaksanakan setiap tahun oleh GBM, bertujuan untuk menonjolkan broker yang menyampaikan pengalaman perdagangan terbaik dalam kelasnya, kemajuan teknologi dan perkhidmatan pelanggan yang unggul. Pasukan penyelidik luar yang berdedikasi bertanggungjawab untuk menilai calon, dengan Vantage menonjol kerana komitmennya yang luar biasa terhadap kualiti, penjenamaan dan inovasi dalam bidang perdagangan forex dan CFD.

Pengiktirafan untuk "Broker CFD Terbaik, APAC 2025" menekankan usaha Vantage untuk meningkatkan persekitaran perdagangan, infrastruktur teknologi dan sumber pendidikannya bagi menyokong pedagang daripada semua peringkat.

Fokus Vantage pada pelaksanaan kependaman rendah, spread kompetitif, perdagangan berbilang aset dan sokongan pelanggan yang luar biasa menjadikannya broker yang diiktiraf, memberikan pengalaman perdagangan yang lancar, telus dan cekap.

Pengiktirafan untuk "Program Gabungan Forex Terbaik, Global 2025" mengetengahkan dedikasi Vantage untuk mewujudkan perkongsian yang membawa ganjaran dengan ahli gabungan. Melalui program gabungannya, Vantage menawarkan rakan kongsi:

  • Struktur komisen kompetitif yang bertujuan untuk mengoptimumkan potensi perolehan
  • Alat penjejakan dan pelaporan termaju untuk ketelusan penuh
  • Sokongan pemasaran yang kompehensif
  • Pasukan pengurusan gabungan berdedikasi yang menyokong rakan kongsi kami

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, berkongsi pandangannya berhubung pengiktirafan ini: "Pengiktirafan daripada Global Brands Magazine ini mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan, baik dalam perdagangan mahupun perkongsian. Kami berusaha untuk menawarkan pelanggan kami  persekitaran perdagangan yang berkualiti tinggi dan menyediakan  alatan dan sokongan yang berkesan kepada ahli gabungan kami untuk mengembangkan perniagaan mereka. Pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus menerobos sempadan inovasi dan perkhidmatan dalam pasaran kewangan."

Menerusi pengiktirafan baharu ini, Vantage mengesahkan sekali lagi dedikasinya untuk menyediakan pedagang dengan penyelesaian termaju, ketelusan dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan. Tatkala syarikat terus membangun di peringkat global, ia tetap memfokuskan untuk meningkatkan penawarannya, memupuk perkongsian yang kukuh dan mengekalkan standard yang tinggi dalam industri forex dan CFD.

Untuk butiran lanjut mengenai perkhidmatan memenangi anugerah dan program perkongsian Vantage, kunjungi Vantage Markets.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Aplikasi Vantage di App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

Notis Penting: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan tawaran atau permohonan terhadap perkhidmatan Vantage di mana-mana bidang kuasa, di tempat Vantage tidak diberi kebenaran untuk beroperasi. Perkhidmatan Vantage mungkin tidak tersedia di semua wilayah dan tertakluk pada keperluan kawal selia tempatan. Sebelum terlibat dengan perkhidmatan kami, sila rujuk peraturan tempatan anda untuk memastikan kelayakan.

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Survey, Polls & Research Financial Technology