omniture

foodpanda Kini Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbesar di Malaysia

Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
2015-03-17 10:53 3063

Dengan pengambilalihan terkini Room Service Delivery – foodpanda bakal tambahkan lebih banyak rangkaian restoran termasuk Chilli's, Madam Kwan's, dan banyak lagi.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Mac 2015 /PRNewswite/ -- Dengan pembiayaan sebanyak USD 110 juta dan pengambilalihan Food Runner Group baru-baru ini – yang mengendalikan Room Service Delivery di Malaysia, foodpanda kini merupakan perkhidmatan penghantaran makanan terbesar di Malaysia.

Sidney Ng, Pengurus Negara foodpanda Malaysia: "Kami amat teruja kerana sinergi yang datang daripada perkongsian dengan Room Service di Malaysia. Pembiayaan yang telah kami terima merupakan tanda keyakinan pelabur terhadap model perniagaan dan platform kami."

Room Service telah berada dalam industri penghantaran makanan sejak 2003 dengan fokus utama terhadap penghantaran makanan restoran mewah di Lembah Klang. "Dengan kepakaran Room Service dalam sistem penghantaran dan pemasaran kukuh dalam talian foodpanda, kami yakin sinergi ini akan membawa lebih banyak kepelbagaian makanan dan kecekapan penghantaran yang lebih tinggi untuk terus menggembirakan pelanggan kami. Ini mengukuhkan komitmen kami untuk membawakan pengalaman restoran terbaik secara terus ke rumah-rumah di Malaysia," kata Sidney.

Ralf Wenzel, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda group: "Sepanjang beberapa bulan lalu kami telah menjadi pasaran penghantaran makanan dalam talian utama di pasaran membangun yang paling pesat dan berpotensi. Pembiayaan baharu ini membolehkan kami menumpukan sepenuhnya terhadap pengalaman pengguna dan perkhidmatan pelanggan dengan tujuan untuk mengubah sepenuhnya cara orang memesan makanan dengan menyediakan alternatif sebenar kepada risalah pizza serta panggilan telefon."

Latar Belakang foodpanda

foodpanda group merupakan pasaran penghantaran makanan dalam talian global utama, aktif di 39 buah negara di lima benua. Syarikat ini membolehkan restoran menjadi menonjol dalam dunia dalam talian dan mudah alih serta memberikan mereka teknologi dalam talian yang sentiasa berevolusi. Untuk pelanggan, foodpanda/hellofood menawarkan kemudahan memesan makanan dalam talian dan kepelbagaian gastronomi yang paling luas, membolehkan pengguna memilih makanan kegemaran mereka di laman sesawang atau melalui aplikasi.

Temui kami di:

Laman sesawang: www.foodpanda.my
Facebook: www.facebook.com/FoodpandaMalaysia

Untuk maklumat lanjut tentang hebahan berita ini, atau mengatur temubual dengan pengurusan syarikat, sila hubungi:

Sidney Ng
Pengurus Negara, Malaysia

Unit D-3A-08, Aras 3A, Blok D,
Pusat Komersial Southgate,
No.2 Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur

Tel: +6016-3062330
E-mel: s.ng@foodpanda.my

Trisha Ang
Pengurus Pemasaran

Unit D-3A-08, Aras 3A, Blok D,
Pusat Komersil Southgate,
No.2 Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur

Tel: +6016-7252996
E-mel: t.ang@foodpanda.my

Source: Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Acquisitions, mergers, takeovers Financing agreements