KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Peatix, platform pengedaran tiket dalam talian global, hari ini mengumumkan pelaburan AS$5 Juta daripada pelabur strategik SPH Media Fund, dana usaha niaga korporat Singapore Press Holdings Ltd.; ketua pelabur DG Incubation, anak syarikat pelaburan Digital Garage; dan syarikat media Jepun Sunny Side Up Inc.
Dengan lebih 1.2 juta tiket dijual bagi lebih 50,000 acara, Peatix mengolah semula pengedaran tiket acara dengan teknologi mudah alih yang menunggu paten serta model perniagaan inovatif yang tidak bergantung kepada bayaran tempahan tiket pembeli. Pada 2014, jualan tiket Peatix bertambah lebih dua kali ganda berbanding tahun lepas. Pertumbuhan pesat dan kejayaan ini disemarakkan oleh penekanan kuat ke atas pendekatan setempat untuk pembinaan masyarakat, dan menjadi teknologi pengedaran tiket yang mesra pengguna serta mampu milik bagi syarikat besar dan juga penganjur baharu berskala kecil.
"Kami rasa rendah diri dengan pertumbuhan Peatix yang sangat pesat dalam pasaran Asia. Dengan rakan kongsi strategik baharu kami SPH Media Fund dan Sunny Side Up kami tidak sabar-sabar lagi untuk memperluas perniagaan ini lebih lanjut lagi dan mencapai pelanggan baharu serta yang belum diterokai lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Peatix CEO Taku Harada.
SPH Media Fund turut sama teruja, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Chua Boon Ping berkata, "Kami setuju dengan wawasan Peatix untuk membina komuniti berasaskan acara dan percaya dalam kemampuan para pengasasnya serta pasukannya untuk memperluas platform ini merentasi pelbagai pasaran berbeza."
Ketua Pelabur Digital Garage, bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kaoru Hayashi turut berkata, "Kami merupakan pelabur awal dalam Peatix, dan membuat keputusan untuk mengambil selangkah ke hadapan dengan menyertai pusingan ini. Perkhidmatan mereka bukan setakat untuk membuatkan pengurusan acara lebih cekap; ia ada banyak kemungkinan termasuk pengiklanan bersasaran dengan data kelakuan. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu menyokong Peatix, dan aspirasi mereka untuk bertumbuh bukan sahaja di Jepun, tetapi di seluruh dunia."
Pembiayaan baharu ini akan membantu Peatix mempertingkat teknologi mudah alih dan penemuan acara mereka. Peatix akan menggunakan pembiayaan ini untuk memperbaiki cara penaja mencapai pengunjung acara, dan memperluas serta mengukuhkan kehadiran tempatan dalam pasaran baharu.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Peatix, klik di sini atau salin dan tampal URL ini ke dalam pelayar anda: https://www.dropbox.com/sh/zmhxoflsghia132/AABccNlgUzLZju1Qu3kaLnGfa?dl=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150316/8521501646LOGO