omniture

Precision Aviation Group Peroleh Kelulusan CASA & EASA Bahagian 145 di Australia

Precision Aviation Group
2015-03-17 22:30 138

ATLANTA, 17 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Group, Inc. (PAG), penyedia utama produk dan perkhidmatan bernilai tambah kepada industri aeroangkasa dan pertahanan dunia mengumumkan hari ini syarikat itu telah memperoleh kelulusan Bahagian 145 daripada Pihak Berkuasa Perkhidmatan Penerbangan Awam (CASA) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) di Australia selepas bekerjasama rapat dengan para pegawai sepanjang 12 bulan lalu.

"PAG Australia telah memenuhi keperluan pelanggan kami di rantau Australia, Asia dan Pasifik Selatan selama lebih dua tahun daripada lokasi Brisbane, Australia, kami," kata David Mast, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PAG. "Syarikat kami terus mengembangkan dan membangunkan skop produk dan kemampuan MRO kami di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan pelanggan kami bukan sahaja di Australia, tetapi di seluruh dunia."

Chris Slade berkhidmat sebagai Pengarah Operasi untuk PAG Australia. "Dengan mendapat kelulusan CASA & EASA bagi kemampuan di Australia, syarikat kami dapat menyediakan harga berdaya saing, masa peralihan yang lebih baik dan keandalan berterusan serta sokongan teknikal bagi penjana pemula dan juga komponen hidraulik untuk pelanggan rotor dan sayap tetap," kata Slade. "Sokongan tempatan yang disediakan di Australia disokong oleh program Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemulihan Disokong Inventori (ISMRO) PAG untuk memastikan keandalan flit pengendali kekal tinggi dan kos operasi kekal rendah."

Kemudahan berkelulusan Bahagian 145 di Australia dapat mengurangkan masa rosak pesawat, menambah baik masa tindak balas dan membolehkan pelanggan memanfaatkan skop penuh perkhidmatan PAG secara tempatan di Asutralia. Ini bermakna penjimatan masa dan kos untuk pelanggan. Kemudahan berkeluasan 10,000 kaki persegi yang berlokasi strategik berhampiran Lapangan Terbang Brisbane, membolehkan kakitangan PAG Australia untuk memberikan perkhidmatan jualan, penukaran dan MRO kepada pengendali bermisi kritikal dalam "masa nyata".

"Pensijilan ini menekankan komitmen PAG kepada pelanggan kami dan menyediakan mereka dengan jenama yang dikenali serta diyakini dalam negara semasa mencari rakan kongsi MRO yang boleh diharapkan," kata Mast. "Australia mewakili pasaran penerbangan yang berkembang, dan kami akan terus membuat pelaburan modal di Australia dalam tahun-tahun mendatang."

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131516

Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)

Precision Aviation Group (PAG) merupakan penyedia utama produk dan perkhidmatan bernilai tambah kepada industri aeroangkasa dan pertahanan dunia. Dengan sembilan lokasi dan lebih 235,000 kaki persegi kemudahan jualan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, PAG menggunakan unit perniagaan tersendiri dan model perniagaan berfokus pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemulihan Disokong Inventori (ISMRO®) bertanda niaganya.

PAG menyediakan MRO dan Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat Bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com); Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la); Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG mempunyai kemampuan MRO bagi lebih 35,000 produk, termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, radas, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).

Source: Precision Aviation Group
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Transportation New products/services