omniture

Pameran Penyumberan Global Vietnam 2025 - Lebih Banyak Pembekal, Lebih Banyak Peluang, Lebih Banyak Perniagaan

Global Sourcing Fair Vietnam
2025-02-27 12:29 137

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 27 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Global Sources, Pameran Penyumberan Global Vietnam 2025 kembali untuk edisi ketiganya mulai 24 hingga 26 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC), Bandar Raya Ho Chi Minh. Sebagai pameran perdagangan B2B terulung, acara ini akan mengalu-alukan lebih 10,000 pembeli global dan menampilkan lebih daripada 500 pengilang disahkan dari Vietnam dan Asia daripada industri-industri utama, termasuk Fesyen & Aksesori, Kediaman & Hadiah serta Barangan Elektronik & Perkakas Rumah.

Global Sourcing Fair Vietnam 2025 will take place from April 24–26, 2025 at Saigon Exhibition and Convention Center (SECC), Ho Chi Minh City, Vietnam.
Global Sourcing Fair Vietnam 2025 will take place from April 24–26, 2025 at Saigon Exhibition and Convention Center (SECC), Ho Chi Minh City, Vietnam.

Vietnam semakin muncul sebagai destinasi penyumberan terkemuka yang terkenal dengan produk berkesan kos, berkualiti tinggi dan sedia dieksport. Tujuh puluh peratus peserta pameran merupakan pengeluar Vietnam, memberikan pembeli dengan akses langsung kepada penyelesaian Buatan Vietnam. 30% selebihnya termasuk pembekal dari Tanah Besar China, Hong Kong SAR, kawasan Taiwan, India, Bangladesh dan Korea Selatan bagi memastikan kumpulan pembekal yang pelbagai dan lengkap.

Dengan akses kepada lebih 30,000 produk sedia dieksport, pembeli boleh berhubung dengan pengilang OEM, ODM dan OBM, menemui inovasi terkini dan membina perkongsian yang berkekalan dengan pembekal yang menawarkan harga kompetitif serta keupayaan pengeluaran yang fleksibel.

Kategori Penyumberan Utama & Trend Industri

Pameran ini mempamerkan kategori-kategori produk yang mendapat permintaan tinggi, termasuk Pakaian Fesyen, Aksesori Fesyen & Kasut, Perabot & Hiasan Rumah, Bekalan Rumah, Bekalan Fabrik & Tekstil, Beg & Bagasi, Hadiah & Alat Tulis, Pembungkusan, Hadiah Festival & Hadiah Sesekali, Bekalan Seni & Kraf serta Kediaman & Barang Rumah.

Peserta pameran dari Vietnam dan Asia menawarkan pelbagai produk sohor kini, mampan dan mendapat permintaan tinggi, memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli untuk memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang. Bermula daripada hiasan rumah mesra alam dan barangan fesyen yang diperoleh secara beretika hinggalah barangan keperluan isi rumah yang inovatif, para hadirin boleh kekal mendahului trend pasaran dan mendapat akses eksklusif kepada produk terkini yang membentuk landskap penyumberan global.

Perkemas Perjalanan Penyumberan Anda dengan Pemadanan Perniagaan Bersemuka

Selain daripada penemuan produk, acara ini meningkatkan pengalaman pembeli melalui Program Pemadanan Perniagaannya yang eksklusif. Program ini membolehkan pembeli menjadualkan pertemuan secara bersemuka yang diatur terlebih dahulu dengan pembekal terkemuka dan dalam masa yang sama menikmati faedah eksklusif, seterusnya memastikan pengalaman penyumberan yang lancar dan cekap.

Diiktiraf oleh jenama-jenama antarabangsa yang terkemuka, acara ini mengalu-alukan hadirin terdahulu seperti Forcast, El Corte Inglés, Enchanté Accessories, Target, Mars, Walmart Sourcing, Sam's Club, Li & Fung, Adidas, ACFC, Maison Corporation, Kingfisher dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada Pameran Penyumberan Global Vietnam 2025 – berhubung dengan pembekal terkemuka, temui beribu-ribu produk sedia dieksport dan dapatkan kelebihan daya saing dalam penyumberan global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://sourcingfairvn.globalsources.com/ atau hubungi kami di gsfvietnam@globalsources.com.

Source: Global Sourcing Fair Vietnam
Keywords: Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events