TIANJIN, China, 27 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Perdebatan mengenai MSC, sel stroma mesenkima berbanding sel stem mesenkima, yang berterusan selama lebih daripada dua dekad lamanya (sejak tahun 2006), merupakan halangan utama untuk kajian dan penggunaan klinikal MSC. Isu utama memfokuskan pada sel stem mesenkima tidak boleh diluluskan untuk penggunaan klinikal tanpa ujian yang menyeluruh atas isu keselamatan (contoh pembentukan tumor), namun semua kajian praklinikal membuktikan bahawa MSC yang disediakan dan digunakan pada masa ini selamat tanpa kebimbangan yang berkaitan dengan sel stem, kerana ia merupakan sel stroma mesenkima dan bukannya sel stem. Walau bagaimanapun, apakah status kelulusannya?
Penerbitan baru-baru ini dalam HELIYON menamatkan perdebatan ini. Kajian yang dibentangkan oleh Pusat Penyelidikan Perubatan Regeneratif di Hospital China Barat dan Makmal Biologi Sel Stem Tasly, "Unveiling Distinctions Between Mesenchymal Stromal Cells and Stem Cells by Single-Cell Transcriptomic Analysis" menghentikan momentum kekeliruan dalam pembangunan terapi MSC baik dari segi asas mahupun praktikal.
Menggunakan penjujukan RNA sel tunggal lanjutan (scRNA-seq) dan analisis trajektori pseudomasa, kumpulan penyelidik mengenal pasti bahawa sel stem menunjukkan keupayaan pembaharuan kendiri dan pembezaan yang mantap, sel stroma mesenkima (MSC) tidak mempunyai ekspresi gen stem yang kritikal ini. Gen ini termasuk SOX2, NANOG, POU5F1, SFRP2, DPPA4, SALL4, ZFP42 dan MYCN. Sebaliknya, terdapat lima gen fungsian sel stroma yang kritikal, TMEM119, FBLN5, KCNK2, CLDN11 dan DKK1 yang hanya diekspresikan dalam sel stroma mesenkima dan bukannya dalam sel stem.
Kajian berkenaan mengenal pasti bahawa MSC yang digunakan secara meluas pada masa ini daripada tisu berbeza merupakan sel stroma mesenkima. Namun begitu, sel ini (MSC) telah lama disalahgunakan sebagai sel stem dalam banyak kes. Walaupun isu keselamatan diabaikan lantaran sifat MSC, keberkesanan terapeutik sel ini menjadi suatu kelemahan yang besar ekoran kekeliruan mengenai mekanisme tindakannya. Mekanisme tindakan sel stem dimediasi oleh kapasiti pembezaannya untuk menggantikan sel fungsian yang rosak, namun sel stroma dimediasi dengan 'homing' dan fungsi kumuh yang membawa kepada rejuvenasi persekitaran mikro. Sememangnya kedua-dua jenis sel yang berbeza ini harus digunakan secara berbeza untuk fungsi pembezanya di dalam hos.
Justeru itu, pencapaian baharu ini bukan sahaja menamatkan perdebatan tentang MSC, tetapi juga dan yang penting, membantu mengorientasikan semula usaha kami ke arah penggunaan MSC yang berkesan dalam amalan klinikal.