omniture

Huawei Menggalakkan Inovasi Terbuka dan Kolaborasi Sama Untung Semasa CeBIT 2015

Huawei
2015-03-17 23:11 215

- Membina Dunia Terhubung Lebih Baik dengan ICT Inovatif

HANNOVER, Jerman, 17 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Huawei memperlihatkan inovasi terbaharunya di CeBIT, pesta dagangan ICT terbesar dunia, yang berlangsung mulai 16 hingga 20 Mac 2015. Bertemakan "ICT Inovatif Bagi Membina Dunia yang Terhubung Lebih Baik", Huawei bakal menyertai pelbagai aktiviti semasa acara itu termasuk sesi ucapan dasar dan perbincangan panel bersama rakan kongsi dan rakan setara industri lain. Ia juga akan menganjurkan sidang akhbar, forum CIO, dan majlis menandatangani perjanjian dengan pelanggan serta rakan kongsi. Tapak pameran Huawei terletak di B30 di Dewan 2 dan satu zon pameran khusus boleh ditemui di astaka tengah China di Dewan 6.

Tahun ini, tema CeBIT 2015 adalah "d!conomy", yang memfokus kepada perubahan digital. Sebagai salah satu topik utama semasa CeBIT tahun ini, Industry 4.0 merupakan strategi berteknologi tinggi yang diusulkan oleh Kerajaan Jerman bagi menggalakkan perkembangan prasarana teknologi digital dan pertumbuhan ekonomi. Sejajar dengan fokus acara itu, Encik Yan Lida, Presiden Kumpulan Perniagaan Perusahaan Huawei telah menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "ICT Membolehkan Revolusi Perindustrian Baharu". Kata beliau, "Kemajuan teknologi inovatif termasuk jalur lebar mudah alih, rangkaian tertakrif perisian (SDN), pengkomputeran awan, data besar, dan Internet Perkara sedang mengubah industri tradisional, lalu mencetus revolusi perindustrian keempat. Industry 4.0 memerlukan prasarana ICT baharu berdasarkan rangkaian industri yang lebih pintar dan terhubung dengan lebih baik. Huawei, dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri ICT, membolehkan kami memperoleh kelebihan dalam teknologi dan inovasi, meletakkan kami dalam kedudukan sebagai salah satu rakan kongsi ICT terbaik bagi revolusi perindustrian keempat melalui inovasi serta kolaborasi terbuka."

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150316/182060

Membina Dunia yang Terhubung Lebih Baik dengan Inovasi Terbuka

  • Huawei memperlihatkan inovasi terbuka dengan melancarkan enam produk utama dan tujuh penyelesaian penting

    Huawei akan memperlihatkan enam produk utama dan tujuh penyelesaian penting untuk Kerajaan serta industri pengangkutan, tenaga, dan juga kewangan seluruh dunia, memperkukuhkan portfolio mereka sebagai penyedia penyelesaian ICT sehenti.

    • Enam produk utama itu termasuklah: Suis Tangkas S12700, Suis Pusat Data CloudEngine 12800, Penghala Teras NetEngine 40E, Fusion Server 9032, OceanStor 18800 dan OceanStor 9000.
    • Tujuh penyelesaian penting itu termasuklah: Penyelesaian Bandar Pintar, Penyelesaian OmniMedia, Penyelesaian Rangkaian Tangkas, Pusat Data Awan Teragih Dipacu Perkhidmatan (SD-DC2), Penyelesaian Kolaborasi Tangkas, Penyelesaian Saling Hubung Perindustrian, dan Perkhidmatan ICT Perusahaan.

      Penyelesaian ini akan dipamerkan sepanjang tempoh pameran di tapak pameran Huawei di Dewan 2.

 

  • Empat Penyelesaian Inovatif Dilancarkan Semasa Sidang Akhbar Huawei

    Encik Ryan Ding, Pengarah Eksekutif dan Presiden Produk dan Penyelesaian Huawei, akan menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Inovasi Terbuka bagi Membina Dunia yang Terhubung Lebih Baik" semasa sidang akhbar Huawei pada 17 Mac 2015. Huawei bakal mempamerkan empat penyelesaian ICT termasuk Penyelesaian Penyaluran Jalur Lebar eLTE, Penyelesaian WAN Tangkas, OceanStor 9000 dan Penyelesaian Anti-DDoS Generasi Seterusnya. Penyelesaian ini membantu industri utama membina bandar pintar, grid pintar, kemampuan OmniMedia, dan perkhidmatan kewangan omnisaluran.

    Tarikh: 17 Mac 2015
    Masa: 11:00 pagi -12:45 tengah hari
    Tempat: Bilik 004/005 NORD-LB Forum (Berhampiran Dewan 17)


  • Menandatangani Satu Siri Persetujuan Perkongsian Signifikan

    Huawei bakal memperlihatkan penyelesaian ICT inovatif bersama di CeBIT bersama 35 rakan kongsi, yang terdiri daripada rakan kongsi strategik termasuk SAP dan Accenture hinggalah rakan kongsi penyelesaian termasuk Hexagon, IBM, Sobey dan Honeywell; rakan kongsi pengendali telekomunikasi termasuk Vodafone serta Deutsche Telekom; dan juga rakan kongsi saluran termasuk Blue-consult, COMNET, WOHLER dan ARROW. Huawei akan turut menandatangani satu siri perjanjian perkongsian bersama rakan kongsi signifikan lain semasa CeBIT dalam bidang seperti Industry 4.0, prasarana IT, pengkomputeran awan dan kerjasama saluran, antara lainnya.


  • Menandatangani Kontrak Projek bersama Pelanggan Penting, Berusaha Menjadi Rakan Kongsi ICT Inovatif Terbaik untuk Pelanggan Industri Utama Melalui Kolaborasi Semua Untung

    Huawei telah membuat kemajuan signifikan dalam pasaran Eropah sebagai syarikat tempatan sejagat di Eropah. Sejajar dengan pendekatan ICT Inovatif Terpacu Perniagaan (BDII), Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi ICT inovatif terbaik untuk industri utama dengan mengusahakan inovasi bersama dan kolaborasi semua untung bersama para pelanggan serta rakan kongsinya. Semasa CeBIT, ia akan menandatangani beberapa kontrak projek bersama pelanggan signifikan dalam bidang bandar pintar, stadium pintar, dan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP).


  • Forum CIO Huawei Menggalakkan ICT Inovatif Terpacu Perniagaan bagi Membina Dunia yang Terhubung Lebih Baik

    Huawei akan menganjurkan forum CIO yang bertajuk "ICT Inovatif Terpacu Perniagaan, Membina Dunia yang Terhubung Lebih Baik", pada tengah hari 17 Mac. Acara ini akan menyediakan platform bagi Ketua Pegawai Maklumat terkenal seluruh dunia dan rakan setara industri untuk berbincang dan berkongsi pengetahuan tentang peluang baharu yang diwujudkan oleh perubahan inovatif perindustrian.

    Tarikh: 17 Mac 2015
    Masa: 2:30 petang -6:00 petang.
    Tempat: Bilik 004/005 NORD-LB Forum (Berhampiran Dewan 17)

Pada tahun 2014, Huawei telah mencapai pertumbuhan sekata dalam pasaran global. Dalam bidang bandar pintar, Penyelesaian Bandar Selamat Huawei telah diaturkan penggunaan secara meluas di lebih 100 buah bandar seluruh dunia setakat ini. Dalam sektor pengangkutan, Penyelesaian Landasan Kereta Api Digital Huawei merangkumi landasan kereta api sepanjang 87,000 kilometer seluruh dunia, bersamaan dengan dua kali pusingan mengelilingi bumi. Dalam bidang tenaga, Huawei berkhidmat kepada 14 daripada 20 syarikat tenaga terbesar di dunia, meliputi lebih 100,000 substesen dan saluran paip minyak dan gas sepanjang 38,000 kilometer. Dalam industri perkhidmatan kewangan, Penyelesaian Perbankan OmniSaluran Huawei telah diaturkan penggunaannya dalam lebih 300 organisasi perkhidmatan kewangan seluruh dunia, termasuk Standard Chartered dan Hang Seng Bank of Hong Kong, dan Sberbank of Russia, bank komersial terbesar dalam negara itu. Dalam bidang Internet, pendidikan, dan media, Huawei telah menyediakan prasarana ICT kepada beberapa pemain industri penting. Tambahan lagi, ia telah bekerjasama dengan lebih 20 pengendali terkemuka dunia termasuk Jabatan Perusahaan Global Vodafone, Deutsche Telekom dan Jabatan Perniagaan Global British Telecom, bagi menyediakan perkhidmatan ICT kepada pelanggan perusahaan.

Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan Huawei sekitar CeBIT 2015, sila lawati http://enterprise.huawei.com/topic/2015Cebit/

Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka. Matlamat kami adalah memperkaya kehidupan dan meningkatkan kecekapan melalui dunia yang terhubung lebih baik, bertindak sebagai warga korporat bertanggungjawab, pemboleh inovatif untuk masyarakat bermaklumat, dan penyumbang kolaboratif kepada industri. Dipacu oleh inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah menetapkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan dengan kelebihan daya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti, dan pengkomputeran awan. 170,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited untuk mencipta nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan, dan pengguna. Penyelesaian, produk, dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, berkhidmat kepada satu pertiga populasi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei merupakan syarikat swasta yang dimiliki penuh oleh kakitangan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian melalui www.huawei.com atau ikuti kami menerusi:

http://www.linkedin.com/company/huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Contracts Trade show news