omniture

Huawei Lancarkan Empat Penyelesaian ICT Baharu di CeBIT 2015

Huawei
2015-03-18 11:05 111

HANNOVER, Jerman, 18 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Huawei pada hari ini berkongsi wawasannya iaitu "ICT Inovatif, Membina Dunia Terhubung Lebih Baik" dan memperkenalkan penyelesaian ICT inovatif terbaharunya di CeBIT 205 di Hannover, Jerman. Huawei percaya ICT inovatif merupakan asas penting dalam membina dunia yang terhubung lebih baik dan berusaha menjadi rakan ICT terbaik untuk perusahaan dengan menyediakan produk dan penyelesaian infrastruktur ICT yang inovatif, berbeza, canggih dan mudah disepadukan.

Semasa sidang akhbar tersebut, Huawei menayangkan Penyelesaian Trunking Jalur Lebar eLTE,  Penyelesaian Rangkaian Kawasan Luas (WAN) Tangkas, OceanStor 9000, dan Penyelesaian Anti-Penafian Perkhidmatan Tersebar (DDoS). Kesemua penyelesaian ini telah dibangunkan untuk menangani impak pembangunan ICT yang pesat, terutamanya model perniagaan yang berubah dalam industri utama seperti sektor kuasa elektrik, media dan kewangan bagi memacu pembangunan kota raya pintar, grid pintar, pelbagai media serta pelbagai perkhidmatan kewangan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/182425

"Empat teknologi ICT inovatif utama, termasuklah jalur lebar mudah alih, perangkaian didefinasikan perisian (SDN), pengkomputeran awan dan data besar, sedang membentuk semula semua industri tradisional," kata En. Ryan Ding, Pengarah Eksekutif dan Presiden Produk & Penyelesaian, Huawei. "Infrastruktur ICT telah berubah daripada menjadi sistem sokongan sesebuah perusahaan kepada sebahagian sistem pengeluaran penambahan nilai. Ia telah menjadi jentera berkuasa yang memudahkan transformasi untuk perniagaan dalam industri-industri berbeza. Dengan pendekatan inovatif kami dan fokus terhadap infrastruktur ICT, Huawei secara terbuka bekerjasama dengan rakan kongsi serta para pelanggan untuk menggalakkan transformasi perniagaan dan juga pembangunan dunia yang terhubung dengan lebih baik," tambah beliau.

Lebih banyak maklumat disediakan di bawah:

Trunking Jalur Lebar eLTE: Membolehkan Saling Hubungan Antara Industri dan Bandar Pintar

Penyelesaian Trunking Jalur Lebar eLTE Huawei adalah berasaskan teknologi 4G. Ia menyokong trunking suara, data dan video dalam satu rangkaian, yang membolehkan visualisasi penghantaran. Bagi memenuhi keperluan industri utama, Penyelesaian Trunking Jalur Lebar eLTE Huawei menyokong lebih banyak jalur frekuensi, menawarkan fleksibiliti hebat dalam perangkaian, dan menyediakan beberapa pilihan terminal. Selain frekuensi biasa 400MHz, 800MHz, 1.4GHz, 1.8GHz dan 2.3GHz, penyelesaian tersebut juga menyokong komunikasi trunking jalur lebar dalam frekuensi 3.5GHz. Selain Handset Trunking Jalur Lebar EP820 dan Hotspot Mudah Alih Gred Industri EM720, Huawei turut bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk membangunkan lebih banyak peranti bagi memenuhi keperluan khusus industri. Penyelesaian tersebut menyokong sambungan kepada sistem video pintar, Kehadiran jarak jauh, pusat panggilan IP dan aplikasi pihak ketiga, yang membantu meningkatkan kecekapan kolaborasi antara jabatan serta tindak balas kecemasan kerajaan secara keseluruhan.

WAN Tangkas: WAN 3.0, Menghasilkan Pengalaman Terbaik

Sebagai jambatan yang menghubungkan dunia, Rangkaian Kawasan Luas semakin menjadi sekatan bagi perusahaan yang ingin menyediakan pengalaman pengguna yang baik, manakala meningkatkan kemampuan WAN merupakan trend masa kini. Penyelesaian WAN Tangkas Huawei, melalui penyepaduan WAN SDN, teknologi paip keras protokol Internet (IP), penghala atom, aliran data tinggi, mudah alih eSight dan lain-lain teknologi utama, membantu perusahaan untuk kekal berdaya saing dengan menyediakan sambungan rangkaian yang andal untuk memastikan pengalaman berkualiti tinggi.

OceanStor 9000: Storan Boleh Skala Terpantas, Membuka Era 4K

Dengan kebangkitan era definisi lampau tinggi (UHD) 4K, Huawei melancarkan OceanStor 9000 – sistem storan terpantas dunia dengan kebolehskalaan mendatar berskala besar – untuk memenuhi keperluan industri media yang meningkat. Dengan protokol komunikasi eTurbo yang unik, OceanStor 9000 merupakan sistem storan berpaut rangkaian (NAS) pertama yang memenuhi keperluan penerbitan dan penyuntingan dengan program UHD 4K enam lapisan. Dengan reka bentuk sistem berketumpatan tinggi dan menjimatkan tenaga, OceanStor 9000 membolehkan organisasi media menjimatkan kos operasi dengan mengurangkan ruang bilik jentera sebanyak 200 peratus dan penggunaan tenaga sebanyak 32 peratus. Ia turut membantu meningkatkan kecekapan keseluruhan dengan membolehkan pengurusan keseluruhan penerbitan program termasuk pelaporan, penyuntingan, penyiaran, pengurusan dan penstoran, dalam sistem storan tunggal.

Anti-DDoS Generasi Seterusnya: Melindungi Operasi Perniagaan dengan Cara yang Lebih Baik

Penyelesaian Anti-DDoS Generasi Seterusnya daripada Huawei menggunakan teknologi data besar untuk membina model trafik dalam lebih 60 dimensi untuk menghalang ratusan serangan DDoS tanpa menyekat permintaan yang sah secara tidak disengajakan. Teknologi reputasi IP yang berkuasa dan paling terkini oleh Huawei dapat mengenal pasti hos zombi sambil mempertingkat pengalaman akses Internet pengguna yang sah.

-Tamat-

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) utama global. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei secara dalam talian di www.huawei.com

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news