omniture

Tinjauan Sun Life Mendedahkan Wanita di Asia Lebih Terjamin Dari Segi Kewangan Berbanding Sebelum Ini, Tetapi Cabaran Masih Wujud


Sun Life Asia
Sun Life Financial Inc.
2025-02-27 21:10 121
  • Hampir dua pertiga daripada bilangan wanita merasakan keterjaminan kewangan mereka menjadi bertambah baik berbanding generasi ibu mereka.
  • 67% memetik masalah kesihatan sebagai peristiwa kehidupan terbesar yang mendorong keputusan kewangan penting.
  • 72% telah meninggalkan rawatan perubatan mereka sendiri untuk menyumbang kepada kos penjagaan anak-anak mereka atau saudara-mara yang sudah tua.
  • Matlamat jaminan kewangan utama (70%) ialah mempunyai simpanan mencukupi untuk membayar perbelanjaan yang tidak dijangkakan.
  • 44% daripada bilangan ibu melaporkan mengalami tekanan terhadap keperluan kewangan anak-anak mereka dan ibu bapa yang sudah tua.
  • 65% melaporkan cabaran mencari produk kewangan yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

HONG KONG, 27 Februari 2025 /PRNewswire / -- Wanita di Asia telah berjaya mencapai kemajuan yang ketara ke arah pemerkasaan kewangan walaupun halangan masih wujud, menurut penyelidikan baharu oleh Sun Life Asia.

Penyelidikan tersebut, bertajuk Women's Wealth in Focus: Building Confidence and Security (Kekayaan Wanita yang Menjadi Tumpuan: Membina Keyakinan dan Keterjaminan), menemu bual lebih 3,000 responden wanita untuk memahami sikap, tingkah laku dan cabaran kewangan wanita di seluruh Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Perancangan kewangan di Asia Pasifik telah mengalami perubahan positif yang ketara dari segi memajukan pemerkasaan ekonomi untuk semua wanita. Walau bagaimanapun, apabila menguruskan kekayaan mereka, wanita terus menghadapi cabaran yang bersangkut-paut dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi mereka. Dengan melengkapkan diri mereka bersama nasihat kewangan yang betul untuk peringkat hidup dan matlamat masing-masing, mereka dapat membina keyakinan dan keterjaminan kewangan yang lebih besar.

Kemajuan generasi tetapi generasi sandwic merasakan tekanan  
Di seluruh rantau ini, wanita merasakan keterjaminan kewangan mereka menjadi bertambah baik berbanding generasi sebelumnya dengan hampir dua pertiga (65%) mengatakan kewangan mereka menjadi bertambah baik berbanding ketika ibu mereka seusia mereka. Walau bagaimanapun, dinamik dan tanggungjawab keluarga tradisional yang dikendalikan oleh wanita di rumah menghalang ramai daripada mencapai kestabilan kewangan.

44% daripada bilangan ibu melaporkan mengalami tekanan daripada memenuhi keperluan anak-anak dan ibu bapa mereka, menunjukkan tanggungjawab berbilang generasi yang dibawa oleh ramai wanita. Menariknya, walaupun 61% daripada bilangan wanita menabung untuk penjagaan warga emas pada masa ini atau masa depan ibu bapa mereka, hanya 16% daripada bilangan wanita dengan anak-anak menjangkakan akan menerima sokongan penuh daripada anak-anak mereka apabila mereka meningkat usia. Ini mungkin menunjukkan keinginan yang semakin meningkat dalam kalangan wanita untuk memupuk kebingkasan kewangan mereka sendiri, memilih untuk menyediakan keperluan penjagaan pada masa depan mereka sendiri dan bukannya bergantung sepenuhnya pada anak-anak mereka.  

Mengatasi halangan untuk mencapai aspirasi kewangan
Peruntukan penjagaan kesihatan telah muncul sebagai faktor kritikal dalam pembuatan keputusan kewangan, seramai 67% daripada bilangan wanita mengenal pasti masalah kesihatan sebagai pemangkin utama untuk membuat keputusan besar dalam kehidupan, diikuti dengan membeli rumah (40%) dan mengalami perubahan ketara dalam pendapatan (39%).

Walau bagaimanapun, kos penjagaan kesihatan ialah penghalang utama kepada keterjaminan kewangan, menurut lebih daripada separuh responden (57%). Ini diikuti dengan akses terhad kepada peluang pelaburan dan kurang pendidikan kewangan (kedua-duanya 41%).

Apabila ditanya maksud keterjaminan kewangan, majoriti wanita mengatakan mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangkakan (70%), mempunyai pendapatan pasif yang stabil dan mencukupi (54%) dan bebas hutang (53%).

Bagi para ibu, aspirasi kewangan terutamanya tertumpu kepada memastikan keterjaminan jangka panjang. Objektif yang paling biasa termasuk menabung untuk pendidikan anak-anak mereka (56%), membina dana kecemasan untuk menyediakan mereka dengan jaringan keselamatan kewangan (49%) dan menyampaikan konsep celik kewangan dan pelaburan (47%).

Jane Lam, Penasihat Kanan Sun Life di Sun Life Hong Kong, berkata: "Wanita hari ini berjaya mencapai kemajuan luar biasa dalam menguruskan kewangan keluarga dan kebebasan ekonomi berbanding generasi sebelumnya. Untuk membina berdasarkan momentum ini, amat penting bagi wanita untuk mengambil langkah proaktif ke arah pemerkasaan kewangan yang termasuk mendidik diri mereka sendiri mengenai kewangan peribadi, menetapkan matlamat yang jelas dan mempertimbang pilihan pelaburan yang pelbagai. Setiap langkah kecil, sama ada meningkatkan simpanan, meneroka peluang pelaburan baharu, atau merancang untuk persaraan, menyumbang kepada masa depan kewangan yang lebih terjamin. Dengan menjaga kesejahteraan kewangan mereka, wanita bukan sahaja berjaya meningkatkan kehidupan mereka sendiri tetapi juga memberikan inspirasi kepada generasi akan datang."

"Memandangkan wanita terus maju dalam perjalanan keterjaminan dan kebebasan kewangan mereka, amat penting untuk mempunyai sokongan yang betul. Di Sun Life, kami komited untuk memastikan wanita di seluruh Asia mempunyai akses kepada sumber yang betul dengan menyediakan produk insurans dan pelaburan yang disesuaikan bagi memenuhi peringkat hidup dan tanggungjawab unik yang mereka hadapi," kata Lam.

Berusaha untuk kesejahteraan dan kestabilan kewangan walaupun wanita berhadapan keputusan yang sukar 
Wanita di Asia terus menghadapi cabaran apabila mengimbangi keutamaan yang bersaing. Lebih separuh daripada bilangan mereka (59%) secara rutin meletakkan keperluan kewangan ahli keluarga mereka, seperti saudara-mara yang sudah tua dan anak-anak, di atas keperluan mereka sendiri. Malah, 72% daripada bilangan wanita telah meninggalkan rawatan perubatan mereka sendiri, termasuk rawatan rutin seperti pemeriksaan pergigian dan tahunan, dalam usaha untuk menyumbang kepada kos penjagaan anak-anak mereka atau saudara-mara yang sudah tua.

Merapatkan jurang pengetahuan dalam celik kewangan wanita
Memandangkan celik kewangan masih menjadi masalah di seluruh Asia, majoriti daripada wanita (59%) menilai pengetahuan mereka tentang produk kewangan dan pelaburan berada pada tahap asas atau baharu. Apabila diminta untuk memberikan anggaran mengenai ilmu pengetahuan kewangan utama, majoriti dapat berkongsi kadar pertukaran antara mata wang tempatan mereka dan dolar Amerika Syarikat (67%), baki semasa hutang kad kredit (66%) dan baki pencen semasa (63%). Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa jurang dalam celik kewangan kerana 50% daripada mereka yang mempunyai gadai janji tidak dapat menganggarkan baki mereka dan 45% tidak dapat berkongsi purata pulangan tahunan pelaburan mereka. 

Dua pertiga daripada bilangan wanita menghadapi cabaran dalam mencari produk kewangan yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Apabila bercakap tentang nasihat kewangan, hampir dua pertiga (63%) akan memilih untuk merujuk kepada penasihat kewangan wanita dan bukannya lelaki.

David Lim, Ketua Pegawai Agensi di Sun Life, berkata: "Tinjauan ini menyerlahkan tumpuan wanita yang semakin meningkat kepada simpanan dan kebebasan kewangan. Walau bagaimanapun, kebimbangan utama mereka tentang kos penjagaan kesihatan menegaskan keperluan kritikal untuk mendapatkan nasihat kewangan profesional. Rancangan kewangan yang berstruktur dengan baik, dibangunkan dengan bantuan ahli profesional, boleh menggabungkan strategi pengurusan risiko yang berkesan berupaya memastikan kejadian yang tidak dijangkakan seperti penyakit atau kehilangan pekerjaan tidak menggagalkan matlamat kewangan anda. Pendekatan ini bukan sahaja membantu melindungi daripada kos yang tidak dijangkakan tetapi juga memastikan wanita dapat mengekalkan gaya hidup yang mereka inginkan sambil berusaha ke arah keterjaminan kewangan jangka panjang."

Catatan kepada Editor
Dapatan dalam tinjauan ini telah dianalisis dan ditentukan melalui sejumlah 3,023 temu bual yang dikendalikan secara dalam talian pada bulan Disember 2024 di seluruh Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam. Majoriti responden diambil daripada latar belakang yang berpendapatan sederhana hingga tinggi, dengan beberapa perwakilan daripada kumpulan yang berpendapatan rendah, dengan umur minimum 30 tahun.

Ringkasan eksekutif boleh didapati di sini.

Maklumat Tentang Sun Life
Sun Life ialah organisasi perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka yang menyediakan penyelesaian pengurusan aset, kekayaan, insurans dan kesihatan kepada Pelanggan individu dan institusi. Sun Life beroperasi di beberapa pasaran di seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Hong Kong, Filipina, Jepun, Indonesia, India, China, Australia, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Bermuda. Setakat 31 Disember 2024, Sun Life mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak $1.54 trilion. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sunlife.com.

Sun Life Financial Inc. didagangkan di Bursa Saham Toronto (TSX), Bursa Saham New York (NYSE) dan Bursa Saham Filipina (PSE) di bawah simbol singkatan SLF.

Catatan kepada editor: Semua angka dalam dolar Kanada

Butiran Hubungan Media:
Iris Ng
Pengarah Akaun, Sandpiper
T: +85298383501
Iris.ng@sandpipercomms.com 

Becky Marshall 
Pengarah, Komunikasi, Sun Life Asia 
T: +8526170312
Becky.marshall@sunlife.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2628116/Sun_Life_Asia_Sun_Life_Survey_Reveals_Women_in_Asia_Are_More_Fin.jpg?p=medium600

Source:
Sun Life Asia
Sun Life Financial Inc.
Related Stocks:
Manila:SLF NYSE:SLF Toronto:SLF
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Insurance Survey, Polls & Research Women-related news