omniture

Telepizza Mengukuhkan Strategi Perluasan Dengan Melantik Giorgio Minardi sebagai Presiden Antarabangsa

-- Syarikat itu, pemain bukan Amerika pertama dalam sektor ini dan keempat dalam dunia, mencatat lebih 30% jualan luar negara
-- Dengan pengalaman luas dalam industri perkhidmatan makanan (Dunkin' Brands, McDonald's, Burger King atau Autogrill), Minardi akan merangsang pertumbuhan global dan memimpin perniagaan pemfrancaisan antarabangsa)
Telepizza
2015-03-18 15:06 193

MADRID, 18 Mac 2015 /PRNewswire/ --Telepizza mengorak selangkah lebih maju dalam strategi perluasan antarabangsanya dengan melantik Giorgio Minardi sebagai Presiden Antarabangsa baharu.

Minardi menyertai pasukan pengurusan syarikat itu untuk memimpin perniagaan pemfrancaisan antarabangsa dan merangsang pertumbuhan firma itu di luar negara, yang kini mewakili lebih 30% daripada jumlah jualan daripada 14 buah negara di Eropah, Amerika dan Afrika.

Dengan menyertai pasaran baharu yang tidak pernah ditempatinya sebelum ini - sebahagian besarnya beberapa negara Amerika Latin dan Eropah Tengah, memanfaatkan kelebihan habnya di Poland – merupakan kunci kepada rancangan perluasan Telepizza, sama ada secara langsung atau melalui francais utama. Tambahan lagi, syarikat itu akan memperluaskan lagi kehadirannya di negara-negara lain di mana ia sedang beroperasi.

"Pelantikan Giorgio Minardi mengukuhkan lagi strategi perluasan Telepizza. Kami yakin pengalaman beliau yang luas, digabungkan dengan pengalaman mendalam kami tentang dinamik antarabangsa dan rancangan perluasan global kami yang bercita-cita tinggi, akan membenarkan kami menyatukan kepimpinan kami dalam sektor ini seluruh dunia," jelas Pablo Juantegui, Ketua Pegawai Eksekutif Telepizza.

Bagi Giorgio Minardi, menjadi sebahagian daripada pasukan Telepizza adalah cabaran yang mengujakan: "Ini merupakan salah satu daripada syarikat yang paling terkenal dalam sektor ini di seluruh dunia. Saya gembira dapat menyertai pasukan bertaraf dunia yang begitu berkemahiran tinggi ini dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja bersama bagi menyatukan peluang pertumbuhan antarabangsanya."

Ketua baharu bidang Antarabangsa ini merupakan seorang Eksekutif yang sangat berpengalaman dalam industri perkhidmatan makanan dan minuman. Beliau pernah memegang jawatan pengurusan perkembangan dan jenama teratas dalam syarikat terkemuka sektor ini seperti Dunkin' Brands, McDonald's, Burger King dan Autogrill.

Sehingga hari ini, Minardi telah bekerja dengan Dunkin' Brands di Boston (AS) sebagai Presiden Antarabangsa, yang mana beliau menjalankan rancangan kemajuan yang bercita-cita tinggi – membuka lebih 450 cawangan baharu setiap tahun dan berkembang ke 8 buah negara baharu. Sebelum ini, Minardi bekerja dengan Autogrill serta Burger King dan telah menghabiskan masa selama 16 tahun dengan McDonald's, terakhir sekali berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran untuk Rantau Besar China.

Latar Belakang Telepizza

Telepizza merupakan syarikat multinasional Sepanyol terkemuka dalam segmen penghantaran makanan siap dan merupakan yang keempat dalam dunia.

Syarikat rintis dalam perkhidmatan penghantaran makanan di Sepanyol, Telepizza telah mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan sebagai syarikat dengan bilangan cawangan terbanyak dan liputan geografi terbaik: buat masa kini, syarikat itu hadir dalam lebih satu dozen negara di Eropah, Amerika dan Afrika.

Dengan perkongsian pasaran lebih lima kali ganda berbanding jenama kedua paling terkenal di Sepanyol, syarikat itu mempunyai lebih 1,300 tempat jualan dan 25,000 kakitangan seluruh dunia.

Maklumat lanjut:
Kreab - T. +34-917027170
Susana Sanjuán / ssanjuan@kreab.com B. +34-677-946-805
Francisco Calderón / fcalderon@kreab.com / B. +34-654-642-160
Luis Meseguer / lmeseguer@kreab.com

http://www.telepizza.com 
https://www.facebook.com/telepizza 
https://twitter.com/telepizza_es

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-b

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Personnel announcements