LONDON dan ZURICH, 18 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Pakar paling dihormati dunia dalam bidang perancangan kediaman dan kerakyatan bakal berkumpul di Hotel Dolder Grand, Zurich pada 5-6 Mei 2015 untuk Forum Henley & Partners 2015.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151317/735427 )
Direka bagi memberi sorotan kepada pembangunan penting dalam bidang ini, program Forum itu termasuklah ucapan daripada, dan perbincangan panel bersama, penyedia perkhidmatan antarabangsa terkemuka dan para pegawai kerajaan kanan seperti Yang Berhormat Dr. Joseph Muscat, Perdana Menteri Malta. Acara kemuncaknya adalah majlis makan malam dengan ucapan ringkas daripada Profesor Dr. h.c. mult. Claude Nicollier, mantan Angkasawan ESA Switzerland dalam Misi Pesawat Angkasa, yang bakal bercakap tentang pengalaman dan pendapat beliau tentang Kerakyatan Global.
Kata Eric Major, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, perintis industri yang menganjurkan Forum itu: "Memandangkan bidang perancangan kediaman dan kerakyatan berkembang dengan sangat pesat, sudah menjadi semakin penting untuk mengikuti ikutan serta perubahan. Mungkin apa yang lebih penting adalah membina rangkaian yang dipercayai dengan tokoh terkemuka dalam industri ini. Inilah yang kami ingin ciptakan melalui acara kami, platform untuk melaksanakannya."
Peserta bakal mendengar sendiri ucapan para profesional paling dihormati dunia dalam bidang ini, dan daripada wakil kerajaan serta pemimpin pemikiran yang benar-benar penting, dan juga bertemu pegawai kerajaan kanan negara yang relevan dari seluruh dunia.
Penyampai Utama termasuklah:
Sorotan Program:
Semua pengunjung akan menerima salinan percuma Buku Panduan Perniagaan & Pelaburan Switzerland serta laporan Program Kediaman dan Kerakyatan Global 2015 yang baharu.
Lawati https://www.henleyglobal.com/zurich2015 untuk maklumat lanjut.
Latar Belakang Henley & Partners
Henley & Partners merupakan peneraju global dalam perancangan kediaman dan kerakyatan. Setiap tahun, ratusan individu, keluarga kaya serta para penasihat mereka bergantung kepada kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang ini.
Konsep perancangan kediaman dan kerakyatan telah dicipta oleh Henley & Partners dalam tahun 1990an. Ketika pensejagatan menjadi lebih meluas, kediaman dan kerakyatan telah menjadi topik menarik yang semakin menarik minat banyak usahawan bergerak antarabangsa serta pelabur yang bekerja dengan Henley & Partners.
Firma itu turut mengendalikan firma khidmat nasihat kerajaan, dan telah terlibat dalam rundingan strategik serta rekaan, penubuhan, dan juga pengendalian beberapa program kediaman dan kerakyatan paling berjaya di dunia, yang telah mengaut lebih USD4 bilion dalam pelaburan langsung asing setakat ini.
Foto Akhbar
Untuk melihat dan memuat turut pilihan imej yang berkaitan dengan Henley & Partners, sila ke: https://www.henleyglobal.com/press-images/
Sumber: Henley & Partners