omniture

WWE(R) Kembali ke Singapura Julai Ini

Dainty Group
2015-03-19 02:41 359

SINGAPURA, 19 Mac 2015 /PRNewswire/ -- WWE LIVE™ akan kembali ke Stadium Tertutup Singapura di Singapore Sports Hub pada 2 Julai. Tiket akan mula dijual bermula hari Khamis 26 Mac pada pukul 9 pagi SGT di www.sportshubtix.sg, di Sports Hub Tix Box Office, dengan menghubungi talian Sports Hub Tix Hotline pada talian +65-3158-7888 atau di semua lokasi Sports Hub Tix Outlet SingPost. Harga tiket adalah antara S$488 hingga S$48.

WWE® KEMBALI KE SINGAPURA JULAI INI, MENAMPILKAN SUPERSTAR JOHN CENA
WWE® KEMBALI KE SINGAPURA JULAI INI, MENAMPILKAN SUPERSTAR JOHN CENA

Para peminat yang menghadiri WWE LIVE bakal melihat Superstar kegemaran mereka termasuk John Cena®, Daniel Bryan™, Juara Amerika Syarikat Rusev™, Dean Ambrose™, Juara Antara Benua Bad News Barrett™, Dolph Ziggler™ dan Kane®.*

"WWE teruja dapat kembali ke Singapura, memberi para peminat peluang untuk bertemu Superstar dan Diva kegemaran mereka dalam acara hiburan meriah serta penuh bertenaga," kata Chris Marsh, Naib Presiden dan Pengurus Besar WWE Asia Pasifik. "WWE LIVE membawakan aksi tanpa henti serta keseronokan seisi keluarga yang sudah sedia dikenali dan digemari para peminat kami daripada program TV melalui saluran StarHub dan WWE Network."

"Saya gembira dapat membawa kembali WWE LIVE ke Singapura," kata Paul Dainty, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Dainty Group. "Pertunjukan satu malam sahaja ini merupakan acara yang wajib dihadiri semua keluarga."

Rancangan WWE, termasuk Monday NightRaw®SmackDown®, Main Event, NXT™, WWE Superstars™, Vintage™, BottomLine™,AfterBurn, WWE Experience™, This Week™ dan Total Divas, disiarkan setiap minggu melalui saluran StarHub. WWE Network menawarkan sajian rancangan unik termasuk kesemua 12 acara berbayar dan tonton WWE SECARA LANGSUNG tanpa bayaran tambahan, di samping cerita bersiri asli yang memecah kebiasaan, rancangan realiti, dokumentari, pertarungan klasik, liputan eksklusif untuk acara istimewa serta pustaka video mengikut permintaan yang lengkap dengan lebih 3,000 jam tersedia untuk para pelanggan.

*

Barisan bakat tertakluk kepada perubahan.

Latar Belakang WWE

WWE, syarikat dagangan awam (NYSE: WWE), merupakan organisasi media tersepadu dan peneraju teriktiraf dalam hiburan global. Syarikat itu terdiri daripada portfolio perniagaan yang menghasilkan dan menyediakan bahan asli 52 minggu setahun kepada penonton sedunia. WWE komited kepada hiburan mesra keluarga dalam sajian rancangan televisyen mereka, rancangan bayar dan tonton, media digital, dan platform penerbitan. Program WWE mencapai lebih 650 juta kediaman seluruh dunia dalam 35 bahasa. WWE Network, rangkaian premium melebihi keperluan 24/7 yang pertama seumpamanya, mempunyai kesemua 12 rancangan bayar dan tonton langsung, rancangan saluran tetap serta pustaka video mengikut permintaan yang sangat besar, kini boleh didapati di lebih 170 buah negara. Syarikat itu beribu pejabat di Stamford, Connecticut, dengan beberapa cawangan di New York, Los Angeles, London, Kota Raya Mexico, Mumbai, Shanghai, Singapura, Dubai, Munich dan Tokyo.

Maklumat tambahan tentang WWE (NYSE: WWE) boleh didapati di wwe.com dan corporate.wwe.com. Untuk maklumat tentang aktiviti global kami, sila ke http://www.wwe.com/worldwide/.

Tanda dagang: Semua rancangan, nama bakat, imej, kemiripan, slogan, aksi gusti, tanda dagang, logo, dan hak cipta WWE merupakan harta eksklusif WWE serta anak syarikatnya. Semua tanda dagang, logo, dan hak cipta lain merupakan harta pemilik masing-masing.

Kenyataan Pandang ke Hadapan: Hebahan berita ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan menurut peruntukan perlindungan selamat Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti 1995, yang tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian. Risiko dan ketidakpastian ini termasuklah, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan: WWE Network; persetujuan pengedaran utama; keperluan kami untuk terus membangunkan program dan acara kreatif serta menghiburkan; kemerosotan dalam populariti jenama hiburan sukan kami; kepentingan berterusan penghibur utama dan perkhidmatan Vincent K. McMahon; perubahan yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam persekitaran kawal selia dan inisiatif sektor swasta berkaitan; sifat yang sangat bersaing sengit, berubah pantas, dan semakin menyerpih bagi pasaran tempat kami beroperasi dan sumber kewangan lebih tinggi atau kehadiran pasaran bagi banyak pesaing kami; ketidakpastian yang berkaitan dengan pasaran antarabangsa; kesukaran atau ketidakmampuan kami untuk mempromosi atau mengendalikan acara langsung kami dan/atau perniagaan lain jika kami tidak mematuhi peraturan berkaitan; kebergantungan kami terhadap hak harta intelek kami, keperluan kami untuk melindungi hak itu, dan risiko pelanggaran kami untuk hak harta intelek pihak lain; kerumitan persetujuan hak kami merentasi mekanisme pengedaran dan kawasan geografi; liabiliti besar berpotensi sekiranya berlakunya kecelakaan atau kecederaan yang berlaku semasa acara kami yang mencabar daripada segi fizikal termasuklah, tanpa had, tuntutan berkaitan CTE; acara langsung besar-besaran serta perjalanan dari dan ke acara tersebut; perniagaan filem panggung wayang kami; perluasan kami ke dalam perniagaan baharu atau pelengkap dan/atau pelaburan strategik; sistem komputer dan pengendalian dalam talian kami; kemerosotan berkemungkinan dalam keadaan ekonomi umum dan gangguan dalam pasaran kewangan; akaun belum terima kami; kemudahan kredit pusingan kami; litigasi; kegagalan berkemungkinan kami dalam memenuhi jangkaan pasaran bagi prestasi kewangan kami yang boleh memberi kesan buruk kepada saham kami; Vincent K. McMahon melaksanakan kawalan ke atas hal ehwal kami, dan jika kepentingan beliau mungkin bercanggah dengan pemegang saham biasa Kelas A kami; bilangan syer yang banyak yang layak dijual oleh keluarga McMahon dan jualan, atau tanggapan jualan berkemungkinan, bagi syer tersebut boleh menurunkan harga saham kami; dan "apungan" awam yang kecil bagi saham biasa Kelas A kami. Tambahan lagi, dividen kami bergantung kepada beberapa faktor, termasuk, antara lainnya, kecairan dan aliran tunai kami, pelan strategik (termasuk penggunaan modal alternatif), hasil dan keadaan kewangan kami, larangan berkontrak dan mengikut undang-undang terhadap pembayaran dividen (termasuk di bawah kemudahan kredit pusingan kami), keadaan ekonomi dan persaingan umum, dan faktor lain yang mungkin dianggap relevan oleh Lembaga Pengarah kami. Kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat oleh Syarikat ini hanya benar setakat tarikh ia dibuat, dan tertakluk kepada perubahan tanpa Syarikat menanggung tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula kenyataan berikut, dan kebergantungan tidak berasas tidak patut diletakkan ke atas kenyataan ini.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150317/8521501673

Source: Dainty Group
Related Stocks:
NYSE:WWE
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports New products/services