KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Extrovest Group, pemain utama Malaysia dalam industri peruncitan telefon bimbit, mengumumkan perasmian perkongsian dengan Zeromobiles.r.l., sebuah syarikat Itali untuk produk revolusioner baharunya, ChatSim. Mereka bergabung bagi membawakan kad SIM pertama dunia yang membolehkan pengguna bersembang secara percuma, menggunakan pemesejan segera global seluruh dunia tanpa Wi-Fi atau perbelanjaan perayauan.
"Lebih 3 bilion orang sedang menggunakan sistem pemesejan segera. Kami menyasarkan untuk menghubungkan mereka dengan satu SIM tunggal, walau di mana mereka berada," kata Manuel Zanella, pencipta ChatSim.
Extrovest Group telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama Zeromobiles.r.l. untuk ChatSim agar menjadi pengedar tunggalnya di Malaysia. DirectD Retail & Wholesale Sdn Bhd telah dilantik sebagai rakan kongsi runcit rasmi di Malaysia.
"Melalui kerjasama bersama Zeromobiles.r.l. untuk ChatSim, kami menyasarkan untuk membawakan keterhubungan pada kos minimum dan kemudahan maksimum kepada para pengguna," kata Esther Kwan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan untuk Extrovest & DirectD.
Latar Belakang ChatSim, Extrovest & DirectD
ChatSim merupakan buah fikiran pintar Manuel Zanella. Sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zeromobiles.r.l., beliau telah mencipta kad SIM revolusioner yang membenarkan pengguna terhubung secara global; hasil persetujuan bersama kebanyakan pengendali telekomunikasi yang terkenal seluruh dunia untuk mengenakan kadar sama rata. ChatSim direka untuk berhubung dengan sistem pemesejan paling popular di dunia walaupun tanpa Wi-Fi – satu-satunya SIM yang membenarkan anda bersembang 24 jam sehari dengan semua sistem pemesejan seluruh dunia: Lebih daripada sekadar SIM konvensional, ChatSim membenarkan penggunanya bertukar-tukar mesej ringkas dan emotikon seluruh dunia menggunakan perkhidmatan pemesejan segera yang terkenal seperti WhatsApp, Line, Tango, Messenger, WeChat, QQ Chat, iMessenger, Yahoo Messenger, Skype, Telegram, Snapchat, Hangout, Viber, Twitter, Chat dan lain-lain lagi. Dengan liputan dalam 150 buah negara dan perkongsian dengan lebih 400 pengendali telefon bimbit, ChatSim membenarkan anda benar-benar terhubung dengan liputan terbaik walau di mana anda berada.
'Bagi mencapai liputan maksimum dan keadaan terbaik, kami telah mencipta dua SIM: ChatSim dan ChatSim Plus," terang Zanella. "Kedua-dua SIM ini berbeza daripada segi liputan dalam sesetengah negara. Dengan cara ini, pengguna boleh memilih SIM yang mempunyai liputan dalam negara yang mereka ingini. Harga runcit ChatSim akan diumumkan tidak lama lagi oleh DirectD dalam masa beberapa minggu lagi."
Extrovest Group merupakan peneraju pasaran dalam industri telefon bimbit di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1999, kumpulan itu telah mengukuhkan kedudukannya dalam peruncitan telefon bimbit serta aksesori berkaitan. DirectD merupakan cabang runcit Extrovest Group dan kini mengendalikan 5 cawangan di Subang Jaya. Ia mempunyai rangkaian pilihan model telefon bimbit yang luas dengan perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh seperti pembaikan dan penyelenggaraan. DirectD merupakan syarikat yang berpacu nilai, bertujuan untuk membawakan telefon bimbit dan tablet terbaharu pada harga terbaik kepada para pelanggan.
DirectD bakal membuka Gadget Mega Store terbesar yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan konsep 'penyelesaian sehenti'. Di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan dan dibuka sepanjang tahun mulai 9 pagi hingga 10 malam, DirectD Gadget Mega Store menyediakan penyelesaian sehenti untuk para pelanggan – telefon bimbit, gajet, dan aksesori, pembayaran bil untuk Maxis, Digi, U Mobile, Celcom dan YES, penggantian kad SIM, pembaikan, penukaran, pendaftaran talian telefon, pendaftaran pakej Internet, ChatSim dan hab maklumat telefon pintar, Pelanggan kini boleh membeli-belah dengan penuh selesa dalam bilik pameran yang luas serta kaunter khusus bagi pertanyaan tertentu untuk telefon serta demonstrasi sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Baru-baru ini DirectD menerima Anugerah Jenama Terbaik 2014 BrandLaureate SME dalam Peruncitan – Peranti Komunikasi oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik. Pada 2013/2014 DirectD telah diperingkatkan sebagai pengedar/peruncit terbaik untuk Asus, Huawei, Motorola, Oppo, HTC, Blackberry, Nokia, Lenovo, Sony. Untuk pertanyaan lanjut tentang ChatSim sila hantar e-mel ke enquiry@directd-asia.com.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150318/8521501694-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150318/8521501694-b