omniture

Satu Langkah Merentasi Dua Bandar Eropah Purba: Air China Bakal Membuka Laluan Beijing - Minsk - Budapest

Air China
2015-03-19 03:25 145

BEIJING, 19 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Air China bakal memulakan satu-satunya laluan terus dari China ke Belarus dan Hungary pada 1 Mei 2015, memenuhi keperluan lebih ramai pengembara ke Eropah dan membuka pintu kepada seni bina Rusia lama yang menarik serta 'Permata Danube' yang menawan.

Laluan Beijing-Minsk-Budapest empat kali seminggu beroperasi setiap Isnin, Rabu, Jumaat, dan Ahad, dengan penerbangan keluar bertolak dari Beijing pada pukul 13:00 waktu Beijing, tiba di Minsk pada pukul 16:50 waktu tempatan dan Budapest pada pukul 18:20 waktu tempatan. Penerbangan balik bertolak dari Budapest pada pukul 19:00 dan tiba di Beijing pada pukul 11:50 waktu Beijing pada hari keesokannya. Laluan itu akan menggunakan pesawat Airbus A330-200, yang mana semua kelas perkhidmatan di dalamnya dilengkapi sistem hiburan peribadi sementara Kelas Perniagaan pula menawarkan tempat duduk baring penuh bagi menjamin perjalanan yang selesa.

Minsk merupakan ibu negara dan pusat politik,ekonomi, teknologi, dan budaya Belarus, serta menempatkan ibu pejabat Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS).

Kini merupakan ibu negara Hungary, pada zaman dahulu Budapest terdiri daripada dua buah bandar – Bada dan Pest – yang terletak di kedua-dua belah tebing Danube. Pada tahun 1873, ia bergabung dan menjadi Budapest seperti hari ini. Dengan pertukaran antara China dan Eropah yang semakin meningkat, permintaan pasaran untuk pengangkutan udara telah meningkat pantas. Pada tahun 2014, pengendalian penumpang bagi lapangan terbang Minsk mengalami peningkatan yang tinggi sebanyak 19% sepanjang tahun sebelumnya sementara tahun 2015 menandakan ulang tahun ke-66 penetapan ikatan diplomatik antara China dan Hungary. Statistik rasmi menunjukkan, memandangkan Hungary telah dibuka secara rasmi kepada pelancong China pada tahun 2003, bilangan yang melawat negara itu telah meningkat 15% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, menjadikan Hungary salah satu destinasi Eropah Timur paling penting bagi pelancong China.

Sebagai syarikat penerbangan terbesar antara China dan Eropah, Air China menawarkan lebih 100 penerbangan antara dua benua itu, berkhidmat untuk bandar Eropah penting seperti London, Paris, Munich, Vienna dan Barcelona. Laluan Beijing - MinskBudapest baharu itu akan menjadikan bilangan destinasi Eropah yang termasuk dalam perkhidmatan Air China menjadi 18 dan bilangan laluan yang dikendalikan syarikat penerbangan itu menjadi 19. Ia akan menggalakkan pertukaran ekonomi dan budaya antara China dan Eropah serta memperluas rangkaian laluan Air China di Eropah.

Dengan jaringan laluan global Air China yang luas berpusat di Beijing dan kemasukan syarikat penerbangan itu ke dalam Star Alliance, para penumpang kini boleh memasuki 1,328 lapangan terbang di 195 buah negara di seluruh dunia dengan mudah.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services