omniture

Heraeus meterai perjanjian untuk ambil alih NeoMetrics

Heraeus Medical Components
2015-03-19 04:00 171

ST. PAUL, Minnesota dan PLYMOUTH, Minnesota, 19 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Heraeus Medical Components, unit perniagaan global Heraeus Holding GmbH, telah melaksanakan perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih 100% saham dalam NeoMetrics. NeoMetrics, beribu pejabat di Plymouth, Minnesota, mengkhusus dalam menghasilkan dan mengeluarkan wayar pandu serta komponen untuk peranti perubatan. Kemudahan pengeluaran syarikat tersebut, di Minnesota dan Costa Rica, termasuk pengilangan ruang bersih dan teknologi fabrikasi wayar pandu yang luas. Penyempurnaan urus niaga ini dijangka berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.

"Dengan pengambilalihan ini Heraeus Medical Components akan menambah teknologi intervensi baharu untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinan mereka sebagai penyelesaian penyumberan bagi syarikat-syarikat peranti kesihatan dunia. Kami teruja tentang peluang pertumbuhan berpotensi dalam bidang intervensi," kata Dr. Nicolas Guggenheim, Presiden Heraeus Medical Components. "Pengalaman NeoMetrics dalam pembangunan intervensi dan wayar pandu akses vaskular meningkatkan kemampuan komponen sedia ada kami dengan ketara. Kami bercadang untuk menggunakan gabungan kepakaran kami untuk membawakan penyelesaian baharu kepada pelanggan peranti perubatan kami."

"Kami teruja menjadi sebahagian daripada Heraeus Medical Components," kata Dave Liebl, Presiden, NeoMetrics. "Penyertaan Heraeus akan membolehkan kami menyokong pertumbuhan berterusan kami, termasuk peluang untuk memperkenalkan produk dan kepakaran kami kepada pasaran baharu. Kedua-dua syarikat berkongsi suatu budaya yang sentiasa melangkaui jangkaan pelanggan."

Pasukan pengurusan dan kakitangan NeoMetrics akan terus berfungsi sebagai sebahagian daripada Heraeus, menyumbangkan kepakaran domain penting dan memastikan kelangsungan untuk para pelanggan. Gene Champeau, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Neometrics akan membantu Heraeus dalam membangunkan platform perniagaan baharu serta strategi produk melalui perundingan. Heraeus berhasrat untuk meneruskan operasi kedua-dua kemudahan NeoMetrics selepas penyempurnaan urus niaga.

Latar Belakang NeoMetrics
NeoMetrics, beribu pejabat di Plymouth, Minnesota, merupakan sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan pada 2001. Syarikat tersebut beroperasi secara eksklusif sebagai rakan kongsi OEM bagi syarikat peranti perubatan. Mereka mengkhusus dalam menghasilkan, mengeluarkan dan memastikan kelulusan Kawal Seliaan untuk intervensi dan wayar pandu akses vaskular.

Latar Belakang Heraeus
Heraeus Medical Components merupakan unit perniagaan global Heraeus Holding GmbH. Heraeus, kumpulan teknologi yang beribu pejabat di Hanau, Jerman, merupakan sebuah syarikat persendirian global dengan tradisi selama lebih 160 tahun. Kami menghasilkan penyelesaian bernilai tinggi untuk pelanggan kami, mengukuhkan daya saing mereka untuk jangka masa panjang. Bidang-bidang kepakaran kami termasuk logam berharga, bahan dan teknologi, sensor, bahan bio dan produk perubatan, kaca kuarza, serta sumber cahaya khas.

Pada tahun kewangan 2013, Heraeus mencapai hasil produk sebanyak €3.6 bilion dan hasil perdagangan logam berharga sebanyak €13.5 bilion. Dengan kira-kira 12,500 kakitangan di lebih 110 buah anak syarikat seluruh dunia, Heraeus memegang kedudukan utama dalam pasaran globalnya.

Source: Heraeus Medical Components
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Acquisitions, mergers, takeovers