SINGAPURA, 19 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Control Risks, firma khidmat runding bagi risiko perniagaan global, mengumumkan pelantikan Mavis Tan dan Simon Blade sebagai Pengarah Urusan Kanan untuk amalan penyiasatan forensik, kepatuhan dan insolvensi Control Risks di Hong Kong.
Pelantikan ini adalah hasil daripada permintaan pasaran yang meningkat terhadap pengetahuan pakar dalam kes rumit yang melibatkan penipuan, pertikaian kewangan dan rasuah, termasuk penyiasatan FCPA serta audit kepatuhan.
Antara mereka. En Blade dan Cik Tan mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan forensik, sokongan litigasi serta insolvensi. Ini termasuk memberikan testimoni pakar dalam sebilangan hal ehwal jenayah dan komersial melibatkan rasuah, penipuan, penjejakan aset dan nilaian syarikat. Sebelum menyertai Control Risks, kedua-duanya merupakan Pengarah Urusan Kanan untuk amalan perundingan forensik dan litigasi di FTI Consulting. Turut menyertai mereka adalah pasukan profesional dengan pengalaman yang luas dalam membantu pelanggan multinasional dan persendirian bagi hal ehwal ketekunan wajar pratransaksi dan isu kepatuhan pascatransaksi, perbalahan pemegang saham serta tuduhan pembocor maklumat.
Kemahiran serta pengalaman En Blade dan Cik Tan memperkukuh pasukan forensik dan kepatuhan sedia ada Control Risks di Shanghai, dan juga perniagaan e-penemuan di Hong Kong. Menerusi kerjasama dengan kemampuan pengurusan krisis dan perisikan perniagaan yang menerajui pasaran firma ini, gabungan unik kemahiran ini menyokong para eksekutif suit C dalam membuat keputusan kritikal apabila berdepan dengan isu kepatuhan serta penyiasatan yang rumit.
Kent Kedl, Pengarah Urusan Control Risks bagi Tanah Besar China dan Asia Utara, berkata:
"Hong Kong merupakan hab kritikal untuk siasatan berkaitan China dan Asia, dan kami teruja memiliki ahli profesional dengan pengalaman yang luas serta kredibiliti sedemikian dalam pasaran untuk memimpin amalan kami di sana. Situasi kawal seliaan yang mencabar di China telah menjadi semakin agresif dalam tempoh dua tahun lalu dan Mavis, Simon serta pasukan mereka akan membolehkan kami membantu pelanggan global kami mengemudi persekitaran yang semakin sukar ini dengan berkesan.
"Melalui pelantikan baharu ini, pengalaman kolektif pasukan Control Risks kini tiada tandingan dalam pasaran ini, bukan sahaja di Asia tetapi di seluruh dunia."
En Blade dan Cik Tan telah terlibat dalam beberapa kes berprofil tinggi beberapa tahun-tahun kebelakangan ini. Ini termasuklah siasatan perakaunan forensik sebuah anak syarikat yang berpangkalan di China bagi sebuah pembekal perkakas perubatan yang tersenarai di AS yang membawa kepada laporan yang dilakukan sendiri oleh pelanggan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, serta menjalankan penilaian risiko FCPA untuk sebuah syarikat peranti perubatan yang tersenarai di AS selepas pengambilalihannya, memberi nasihat bagi pengurusan pengedar pihak ketiga di rantau Tanah Besar China.
"Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada pasukan Control Risks," kata Cik Tan. "Reputasi syarikat ini untuk memahami landskap kawal seliaan yang memberi kesan kepada industri berbeza serta rekod pencapaian kejayaan mereka membawa pelanggan mereka melalui kes-kes rasuah dan kepatuhan yang rumit tiada tandingannya."
Nota kepada penyunting:
Latar Belakang Control Risks
Control Risks merupakan sebuah firma pakar runding risiko global yang mengkhusus dalam risiko politik, sekuriti dan integriti. Syarikat tersebut membolehkan para pelanggannya memahami dan mengurus risiko yang beroperasi dalam persekitaran yang kompleks atau mengancam. Melalui gabungan unik perkhidmatan, capaian geografi yang luas dan dengan menggunakan pendekatan perkongsian erat bersama pelanggan, Control Risks membantu organisasi menyelesaikan masalah dengan berkesan dan merealisasikan peluang baharu di seluruh dunia. http://www.controlrisks.com
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Angie Rayment, Pengarah Pemasaran Serantau, Asia Pasifik
Telefon: +65-9770-7201
E-mel: angie.rayment@controlrisks.com