LONDON, 19 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Henley & Partners, peneraju global dalam perancangan kediaman dan kerakyatan untuk individu dan keluarga berada, telah mengumumkan kewujudan perkongsian inovatif bersama Agensi Pelarian PBB untuk berganding bahu bagi menyokong mereka yang berada di hujung spektrum mobiliti global. Melalui perkongsian selama beberapa tahun, Henley & Partners akan menyokong aktiviti pendaftaran pelarian global UNHCR dengan sumbangan lebih USD 1 juta dan terus membela serta membantu segala usaha pengerahan sumber UNHCR bagi kepentingan golongan yang memerlukannya.
Konsep perancangan kediaman dan kerakyatan telah dicipta oleh Henley & Partners pada tahun 1990an. Memandangkan kesejagatan semakin berkembang, kediaman dan kerakyatan telah menjadi topik yang menarik minat tinggi dalam kalangan usahawan dan pelabur mudah alih antarabangsa yang semakin ramai. Kebebasan untuk berulang-alik antara sempadan kini dimudahkan melalui kejayaan program kediaman dan kerakyatan yang ditawarkan oleh kerajaan di seluruh dunia.
"Kami bertugas di barisan hadapan sektor ini dan berada dalam kedudukan unik untuk membela dan memudahkan Kerakyatan Global," kata Christian H. Kalin, Pengerusi Henley & Partners. "Kita memang seharusnya mengakui keadaan pahit getir jutaan keluarga yang tersingkir yang melarikan diri setiap hari daripada kedahsyatan peperangan serta konflik bagi mencari perlindungan antarabangsa di negara-negara lain, dan bergabung tenaga bersama UNHCR."
UNHCR ditubuhkan pada 1951 untuk membantu kira-kira 1 juta orang yang masih tiada penempatan selepas Perang Dunia II untuk pulang. Sejak itu, mereka telah membantu mencari penyelesaian jangka masa panjang untuk puluhan juta pelarian melalui penghantaran pulang ke negara asal, penyepaduan tempatan, atau penempatan semula jika dalam kes melampau seperti penindasan atau rasa tidak selamat. Pada awal tahun 2014, lebih 51.2 juta orang tersingkir di seluruh dunia akibat penindasan, konflik, keganasan menyeluruh, atau pelanggaran hak asasi manusia. Angka menggerunkan ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan di dunia sejak Perang Dunia Kedua.
Sokongan Henley & Partners kebanyakannya akan menumpukan kepada pembiayaan pendaftaran dokumen pendaftaran dam pengenalpastian pelarian. Sebenarnya Program Pendaftaran UNHCR merupakan titik permulaan bagi semua bantuan kemanusiaan. Pendaftaran dan dokumentasi yang teratur adalah penting bagi membenarkan pelarian mengakses perkhidmatan, bantuan, atau perlindungan di bawah undang-undang. Pendaftaran juga penting bagi mengenal pasti pelarian yang paling memerlukannya, seperti rumah tangga yang diketuai wanita, kanak-kanak terpisah, dan orang kurang upaya, serta menyediakan mereka dengan perlindungan yang sesuai. Pendaftaran UNHCR selalunya menyediakan satu-satunya bentuk dokumentasi bagi golongan seperti ini. Malangnya, langkah ini terlalu dianggap umum sebagai langkah pentadbiran semata-mata dan bukan jalan untuk menerima perlindungan dan perkhidmatan di negara-negara lain, dan jarang menerima pembiayaan daripada penderma.
Selain sokongan kewangan yang banyak, Henley & Partners juga akan menyepadukan langkah pembelaan untuk pelarian dalam program tanggungjawab sosial korporat mereka dengan menganjurkan acara mengumpul dana dan melibatkan para kakitangan, rakan kongsi, serta pelanggan mereka bagi membantu individu yang tidak mempunyai kediaman di seluruh dunia. Timbalan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Alexander Aleinikoff, dijangka akan menghadiri Forum Henley & Partners di Zurich, Switzerland pada Mei 2015, yang bakal menjadi acara pertama dalam tahun yang bakal dipenuhi aktiviti bersama sedunia bagi meningkatkan kesedaran tentang cabaran dan penyelesaian pelarian.
Satu majlis makan malam mengumpul dana khas untuk UNHCR akan turut diadakan pada 3 November 2015 di Dubai sempena pelancaran Anugerah Rakyat Global semasa Persidangan Kediaman & Kerakyatan Global ke-9 Henley & Partners, acara terkemuka seumpamanya di dunia.
Foto Akhbar
Untuk melihat dan memuat turun pelbagai imej yang berkaitan dengan siaran media ini, sila ke: https://www.henleyglobal.com/press-images
Latar Belakang UNHCR
UNHCR ditubuhkan pada 1951 untuk membantu kira-kira 1 juta orang yang masih tiada penempatan selepas Perang Dunia II untuk pulang. Sejak itu, mereka telah membantu mencari penyelesaian jangka masa panjang untuk puluhan juta pelarian melalui penghantaran pulang ke negara asal, penyepaduan tempatan, atau penempatan semula jika dalam kes melampau seperti penindasan atau rasa tidak selamat.
Pada awal tahun 2014, lebih 51.2 juta individu tidak mempunyai kediaman di seluruh dunia akibat penindasan, konflik, keganasan menyeluruh, atau pelanggaran hak asasi manusia. Kini ada lebih ramai orang yang sangat memerlukan bantuan UNHCR berbanding masa lain sejak Perang Dunia Kedua.
Latar Belakang Henley & Partners
Henley & Partners merupakan peneraju global dalam perancangan kediaman dan kerakyatan. Setiap tahun, ratusan individu, keluarga berada, dan penasihat mereka bergantung kepada kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang ini.
Konsep perancangan kediaman dan kerakyatan telah dicipta oleh Henley & Partners dalam tahun 1990an. Memandangkan kesejagatan telah berkembang, kediaman dan kerakyatan merupakan topik yang semakin menarik minat lebih ramai usahawan dan pelabur mudah alih antarabangsa yang bekerja dengan Henley & Partners.
Firma itu juga mengendalikan syarikat khidmat runding kerajaan, dan telah terlibat dalam khidmat nasihat strategik serta rekaan, penubuhan, dan pengendalian beberapa program kediaman dan kerakyatan paling berjaya di dunia yang telah mengaut pelaburan langsung asing sebanyak lebih USD4 bilion setakat ini.