-- Penganalisis Gas Larut Delphi Portable Baharu Bantu Kesan Keadaan Transformer dengan Menjimatkan Kos
WATERTOWN, Massachusetts, 19 Mac, 2015 /PRNewswire/ -- Doble Engineering Company, anak syarikat ESCO Technologies Inc. (NYSE: ESE), mengumumkan hari ini pelancaran Delphi Portable™ -- penganalisis gas larut yang pantas, tepat dan andal untuk transformer kuasa, dan ahli terbaru barisan produk Doble Delphi. Delphi Portable menawarkan analisis data terperinci di lapangan, melengkapkan Delphi standard, yang merupakan pemantau dalam talian yang menyediakan pendekatan 'periksa lampu enjin'.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130912/NE78817LOGO
Bagi kegunaan dalam situasi ujian rutin dan kecemasan, Delphi Portable mengambil bacaan analisis gas larut (DGA) dalam tempoh 30 minit atau kurang, berkongsi maklumat yang dapat diambil tindakan yang melibatkan tujuh gas diagnostik penting dan kelembapan dalam minyak penebat. Peranti baharu itu menggunakan teknologi kantilever fotoakustik berpaten untuk ketepatan dan kebolehulangan, memberikan ahli profesional dengan kuasa elektrik data yang mereka perlukan untuk melakukan penyelenggaraan aset serta membuat keputusan operasi yang berkesan.
"Delphi Portable membawakan pengujian DGA yang bernilai dan andal ke lapangan," kata Dr. Tony McGrail, pengarah penyelesaian, pengurusan aset dan teknologi pemantauan di Doble Engineering Company. "Jika peranti DGA dalam talian anda mengeluarkan amaran, anda boleh terus menyiasatnya dengan Delphi Portable. Ia akan meningkatkan secara signifikan kemampuan pelanggan kami untuk menilai keadaan transformer dan kelengkapan berisi minyak yang lain, dengan keputusan yang hampir serta merta."
Delphi Portable mengenal pasti masalah dengan mengukur tahap gas komposit. Alat itu menggabungkan DGA tradisional dan sistem Indikasi Anomali Gas Larut (DG-AI) yang unik daripada Doble untuk mengenal pasti keputusan yang memerlukan perhatian lanjut. Pengguna dapat memanfaatkan antara muka yang mudah dikendalikan dalam peranti tersebut selain pencetak terbina dalamnya untuk mendapatkan keputusan bercetak.
Ciri-ciri tambahan Delphi Portable:
"Doble memahami betapa pentingnya pencegahan kegagalan dan peranan besar yang dimainkan oleh pengesanan awal dalam mencegah kemerosotan sistem," kata Don Angell, naib presiden strategi dan penyelesaian global di Doble. "Daripada alatan diagnostik baharu, seperti Delphi Portable, kepada perkhidmatan makmal dan sokongan analitik kami, Doble sentiasa mencari cara baharu untuk membantu pelanggan kami dalam program pengurusan dan penyelenggaraan aset mereka."
Untuk maklumat lanjut tentang Delphi Portable, sila lawati laman sesawang produk. Delphi Portable akan dipamerkan di Persidangan Antarabangsa Pelanggan Doble ke-82 yang akan datang.
Latar Belakang Doble Engineering Company
Kini di 110 buah negara, Doble Engineering Company telah membantu pelanggan dalam industri kuasa elektrik mempertingkat operasi dan mengoptimumkan prestasi sistem hampir seabad lamanya. Doble menawarkan peranti diagnostik, perkhidmatan, dan pustaka premier dunia bagi keputusan ujian perkakasan yang signifikan daripada segi statistik untuk manfaat penjanaan tenaga, pemindahan, syarikat-syarikat penghantaran dan pengguna kuasa industri seluruh dunia. Doble merupakan sebahagian daripada Utility Solutions Group ESCO Technologies Inc. (NYSE: ESE), St. Louis. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.doble.com