HANNOVER, Jerman, 19 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global utama, hari ini mengadakan Forum CIO Huawei yang bertemakan "ICT Inovatif Berpandu Perniagaan, Membina Dunia Terhubung Lebih Baik" di CeBIT 2015. Forum tersebut menarik lebih 260 CIO, rakan kongsi dan penganalisis dari lebih 50 buah negara.
Forum CIO Huawei itu menyediakan platform ideal untuk CIO, rakan kongsi, dan penganalisis seluruh dunia untuk membincangkan secara mendalam tentang topik yang menjadi perhatian, mendapatkan pengetahuan lebih baik tentang industri, dan mengambil peluang baharu yang timbul daripada inovasi serta transformasi industri.
Forum tersebut telah dihoskan oleh Joerg Karpinki, Pengarah Jualan Huawei Enterprise Germany, dan terdiri daripada ucapan utama dan perbincangan panel. Wing Kin Leung (CTO Jualan Penyelesaian Huawei Enterprise BG), Ger Baron (CTO Kota Raya Amsterdam), Pierre-Yves Mutel (Ketua Jualan bagi Penyelesaian Pemeteran Pintar dengan EM SG APS SC, Siemens AG), dan Lars Gollenia (Ketua Perkhidmatan Transformasi Perniagaan, SAP) menyampaikan ucapan utama yang mengagumkan di forum tersebut.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150318/183026
Dalam ucapan "ICT Inovatif Berpandu Perniagaan, Membina Dunia Terhubung Lebih Baik," Wing Kin Leung daripada Huawei berkata, "Dunia Terhubung Lebih Baik dengan 100 bilion sambungan sedang menanti kita. ICT berasaskan keterhubungan sedang beralih daripada sebuah sistem sokongan kepada sistem produksi yang menghasilkan nilai dan memacu inovasi serta transformasi industri. Dengan strategi Infrastruktur ICT Berpandu Perniagaan (BDII), Huawei terus menumpukan terhadap infrastruktur ICT dan membina dunia terhubung lebih baik dengan anda semua di sini."
Dalam ucapan utama "Kota Raya Generasi Akan Datang: Pintar dan Sosial," Ger Baron berkongsi kefahaman dan amalan Amsterdam dalam Kota Raya Pintar selain rancangan 2020nya. Beliau menerangkan, "Bandar-bandar terkemuka ingin menjadi pintar dan sosial. Ia lebih mirip kepada hierarki keperluan Maslow berasaskan keterhubungan. ICT memainkan peranan penting dalam keselamatan awam, pengurusan sumber, dan penjagaan kesihatan, mempengaruhi kehidupan harian serta pekerjaan kita. Ia bermakna bandar-bandar perlu memikirkan semula peranan mereka dan memanfaatkan ICT inovatif untuk menyediakan penduduknya dengan perkhidmatan yang pintar serta lestari."
Lars Gollenia daripada SAP berkata, "Ini merupakan satu penghormatan besar untuk menyertai forum CIO Huawei, membincangkan peluang dan cabaran yang dibawa oleh dunia yang terhubung lebih baik, selain pengaruh ICT inovatif kepada inovasi dan transformasi industri, terutamanya model perniagaan. Setiap satu daripada gergasi digital telah melangkah ke dalam satu atau lebih industri baharu. Dalam ucapan utama "Model Perniagaan Baharu dikuasakan oleh SAP dalam Dunia Terhubung Lebih Ringkas," Lars Gollenia menyatakan bahawa "cloud + SAP HANA" merupakan strategi bagi SAP untuk membantu pelanggan meringkaskan operasi.
Ucapan utama telah diikuti dengan perbincangan panel yang mana Henk van Raan (Pengarah pembangunan dan inovasi perniagaan daripada Amsterdam ArenA), Peter Hjalmar Loop (Arkitek Teknologi Prinsipal, Infosys AVP), Dennis de Graaf (Pengarah, TenICT), Pierre-Yves Mutel, Lars Gollenia, dan Wing Kin Leung berkongsi idea tentang permintaan sistem ICT daripada perusahaan, industri, firma khidmat runding, penyepadu sistem, dan pengeluar selain model kerjasama perniagaan. Joerg Karpinski menyimpulkan dengan ringkas dan padat: Dengan kolaborasi bersungguh-sungguh di seluruh ekosistem, sistem ICT inovatif akan menjadi semakin pintar dan dunia akan menjadi terhubung lebih baik. Disebabkan oleh suasana perbincangan yang hangat, para hadirin telah meneruskan perbincangan mendalam dengan para tetamu selepas forum tersebut berakhir.
Untuk maklumat lanjut tentang Huawei di CeBIT2015, lawati:
http://enterprise.huawei.com/topic/2015Cebit/index.html
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global utama. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di www.huawei.com