omniture

Ameyo Tampil dalam 'Panduan Vendor CRM Gartner, 2015' dalam Infrastruktur Pusat Hubungan dan Ruangan Pakar Perisian Aplikasi CRM Rantau Asia Pasifik

Ameyo
2015-03-20 01:38 172

GURGAON, India, 20 Mac, 2015 /PRNewswire/ --

Ameyo (www.Ameyo.com), teknologi pusat hubungan terkemuka dengan kepimpinan amalan untuk lebih dua belas industri utama, telah dipaparkan dalam 'Panduan Vendor CRM Gartner, 2015' dalam ruangan 'Infrastruktur Pusat Hubungan' dan 'Pakar Perisian Aplikasi CRM Rantau Asia/Pasifik'.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/10110170 )

Menurut Gartner, dalam Panduan Vendor CRM 2015 untuk Infrastruktur Pusat Hubungan (CCI), "Walaupun sesetengah produk terbaik dalam jenisnya akan kekal relevan, pelanggan semakin beralih kepada penyelesaian yang lebih luas daripada vendor yang mampu menyediakan portfolio aplikasi merangkumi set kefungsian yang pelbagai, termasuk agihan panggilan automatik (ACD), penghalaan multimedia, IVR, panggilan keluar berautomasi, penyepaduan telefoni komputer (CTI), dan pengoptimuman tenaga kerja."

Ameyo, sebagai suit teknologi pusat hubungan generasi baharu yang menyatukan semua aset pusat hubungan bersama, memberi tumpuan untuk membantu perniagaan mereka bentuk semula dan menjenamakan semula proses interaksi pelanggan mereka bagi tujuan mencapai Hubungan Pelanggan Pelbagai Saluran yang sebenar.

Selain muncul dalam ruangan CCI, Ameyo turut disenaraikan dalam ruangan Pakar Perisian Aplikasi CRM Rantau Asia/Pasifik sebagai salah satu pemain tempatan yang mencabar pemain-pemain global di pelbagai wilayah dan industri. Menurut Gartner, rantau Asia Pasifik terus melabur dalam CRM, dengan memberi tumpuan terhadap jualan, diikuti khidmat pelanggan, dan pemasaran dengan peningkatan disaksikan dalam pelaburan keseluruhan bagi sosial untuk CRM, automasi pemasaran serta perdagangan digital pada 2014.

Ameyo telah diiktiraf dalam bidang pengurusan pengalaman pelanggan, perangkaian, serta komunikasi dan kolaborasi bersatu. Ameyo komited untuk bekerjasama rapat dengan pakar industri dan penganalisis untuk memastikan mereka sentiasa maklum tentang setiap aspek syarikat untuk mencetuskan hubungan pelanggan yang proaktif dalam semua ruang saluran pelanggan.

En. Bishal Lachhiramka, Ketua Pegawai Eksekutif Ameyo berkata, "Hebat rasanya menerima pengiktirafan bagi segala kerja keras seluruh pasukan kami. Ini dapat memperlihatkan komitmen kami dalam membantu pelanggan kami memberi kesan kepada pengalaman pelanggan untuk komuniti pengguna. Penilaian terhadap teknologi kami ini tertumpu kepada usaha untuk menyampaikan penyelesaian berimpak tinggi kepada ruang CCI global."

Dengan pengumuman ini Ameyo terus mengukuhkan kedudukan kepimpinannya di Asia Pasifik dengan pemerolehan pelanggan utama baru-baru ini termasuk Admerex, Indovision, VADS, dll.

Ketahui bagaimana Ameyo dapat mengubah pusat hubungan anda menjadi hab hubungan pelanggan, Klik di sini untuk mengatur perundingan selama 30 minit dengan pakar CX Ameyo.

Pada asalnya diterbitkan di Bilik Berita Ameyo

Maklumat Perhubungan Media:

Kartik Kakar
pr@ameyo.com
T: +91-124-4771000

Sumber: Ameyo

Source: Ameyo
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards