omniture

Tepat pada masanya untuk ulang tahun ke-10 Scent of Peace, minyak wangi pujaan ramai dan yang paling laris dijual, Bond No. 9 serta pengasas-presiden kami Laurice Rahme dengan bangganya mengumumkan kemenangan Anugerah Keamanan Persatuan Wanita PBB untuk Keamanan yang menjadi dambaan ramai

BOND NO 9 NEW YORK
2015-03-20 02:04 116

-- Ini merupakan satu kebetulan yang begitu dihargai oleh kami sebagai pembuat wangian yang cintakan keamanan

NEW YORK, 20 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Laurice Rahme, presiden Bond No.9, dengan bangganya mengumumkan beliau serta syarikat pembuat wangian global yang berpusat di New York, diasaskan di NoHo yang beliau tubuhkan pada tahun 2003 telah menerima Anugerah Keamanan yang menjadi dambaan ramai semasa Majlis Makan Tengah Hari Anugerah Tahunan Persatuan Wanita Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Keamanan, yang diadakan di ibu pejabat PBB pada 6 Mac 2015. Dianjurkan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, anugerah itu disampaikan isteri beliau, Penaung UNWFPA Ban Soon-taek, serta Pengerusi Lembaga UNWFPA Muna Rihani Al-Nasser. Anugerah itu mengiktiraf Bond No.9 dan sokongan Cik Rahme untuk UNWFPA, cita-cita mereka untuk menyebarkan keamanan di peringkat antarabangsa, serta kempen mereka untuk mengumpul dana bagi tujuan itu melalui Scent of Peace – wangian mengghairahkan yang merupakan penghormatan kepada keamanan.

Alami Siaran Berita Multimedia interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7475651-bond-no-9-scent-of-peace-award/

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150319/183221 

"Bagi saya, keamanan itu harum baunya," kata Cik Rahme selepas menerima anugerah beliau dan Bond No.9. "Dengan itu," tambah beliau, "kami berjaya membotolkan inti pati keamanan", dengan merujuk kepada Scent of Peace, wangian kami yang paling laris yang kini, secara kebetulan, sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-10. Seperti keseluruhan koleksi Bond No. 9, wangian campuran limau gedang, kismis hitam, bunga bakung, dan kayu araz yang moden dan penuh tenaga ini mendapat ilham daripada New York, bandar ibu pejabat PBB yang hebat ini – sebuah tempat dengan sifat tolak ansur dan mengatasi ketegangan, di mana kejiranan yang begitu berbeza dapat hidup dalam muhibah dan kadang-kala bercampur gaul (umpama minyak wangi yang indah). Scent of Peace terhasil daripada kesepakatan ini yang melayang umpama merpati di atas seluruh bandar kita. Cukup sesuai sekali, botol minyak wangi ini menampilkan burung merpati yang terbang dengan anggun. Kita dapat lihat utusan keamanan ini melayang melalui bandar kita, merentasi negara, menyeberangi lautan, membawakan mesejnya menerusi angkasa ke seluruh dunia.

Wangian khusus untuk wanita ini begitu berjaya hinggakan kaum lelaki meminta wangian mereka sendiri yang didedikasikan untuk keamanan, dan memandangkan kami menghargai peranan penting yang dimainkan oleh kaum lelaki terhadap keamanan dunia, pada tahun 2013 kami mewujudkan Scent of Peace for Men, dengan nota bauan kismis hitam serta kayu araz yang serupa dengan wangian asal.

www.bondno9.com

Source: BOND NO 9 NEW YORK
Keywords: Cosmetics & Personal Care Retail Awards Broadcast feed announcements