omniture

Acision Perkasa Perkhidmatan Pengewangan Pemesejan di Claro Perú bagi Melanjutkan Penggunaan SMS dan Membina Kesetiaan Pelanggan

Acision
2015-03-20 04:35 79

READING, England, 20 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Collect SMS Acision membolehkan pengendali mengelakkan kerugian berikutan mesej ringkas yang gagal dihantar sambil memacu dialog lebih baik untuk pengguna dengan halangan perkhidmatan kerana kekurangan kredit prabayar

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan pemesejan mudah alih, hari ini mengumumkan Claro Perú telah mempertingkat perniagaan pemesejan ringkasnya (SMS) menggunakan penyelesaian Collect SMS Acision yang memenangi anugerah, membolehkannya menjana keuntungan daripada pasaran prabayar baki sifar. Collect SMS Acision, dilancarkan sebagai "SMS Cobrar" (SMS Belum Terima) oleh Claro Peru, membenarkan pelanggan untuk menghantar mesej ringkas walaupun ketiadaan kredit, dengan meminta penerima memberi kebenaran untuk dikenakan bayaran.

Dengan kumpulan perkhidmatan yang besar dan pelbagai jenis, Claro Perú, mahukan perkhidmatan baharu untuk ditambah kepada portfolionya yang meningkatkan penggunaan SMS dalam kalangan pengguna tetapnya. Dengan Collect SMS Acision, Claro Perú kini sedang menyasarkan pelanggan dengan perkhidmatan pemesejan yang sangat berkesan, yang membolehkan pengendali memaksimumkan penjanaan wang dan peluang hasil, memandangkan pengguna yang biasanya akan mengalami halangan perkhidmatan kerana kekurangan kredit, kini boleh menghantar SMS kepada penerima mesej yang meminta mereka membenarkan pengenaan bayaran untuk mesej ringkas yang bakal masuk itu.

Diminta membincangkan tentang ini, Vanessa Solis, Pengurus Perkhidmatan Tertambah Nilai, Claro Peru, mengulas, "Fokus utama kami bermatlamat untuk memperluas pilihan perkhidmatan tertambah nilai yang kami tawarkan kepada para pengguna kami dan mempertingkat pengalaman mereka. Perkhidmatan "SMS Cobrar" membenarkan pengguna kami menggunakan alat komunikasi berharga ini sebanyak mana pun yang mereka perlukan, walaupun mereka telah menghabiskan baki isian semula mereka."

Seperti perkhidmatan panggilan pindah bayaran yang terkenal, Collect SMS Acision membolehkan pelanggan terus berkomunikasi walaupun sudah tiada baki serta meningkatkan kesetiaan pelanggan dan pengalaman pengguna melalui perkhidmatan bernilai tinggi yang ringkas dan telus. Antara senario lain, ini khususnya relevan bagi pasaran remaja atau belia yang lebih berkemungkinan menjadi pelanggan "kredit sifar", dan mungkin perlu menghantar mesej yang penting atau mustahak kepada ibu bapa mereka. Contohnya, dengan perkhidmatan ini, ibu bapa boleh menerima bayaran itu dan menerima mesej yang perlu dihantar itu.

Fatima Raimondi, Presiden dan Pengurus Besar Acision menambah: "Perkhidmatan Collect SMS Acision sedang menjadi penyelesaian yang semakin bertapak kukuh dalam pasaran LATAM, dan Claro merupakan satu lagi pelanggan kami yang melancarkan serta mempromosikan penyelesaian ini bagi meningkatkan penggunaan khidmat SMS. Setakat ini kadar penyerapan perkhidmatan adalah positif, yang mana pasaran menerima perkhidmatan tertambah nilai dengan terbuka dan di mana terdapat pasaran prabayar yang signifikan. Collect SMS daripada Acision menyuai khusus dan membezakan SMS, membolehkan pengendali bersaing berdasarkan faktor-faktor selain harga dan keterhubungan, dengan alat tersendiri yang memberi kesan positif kepada pengalaman pengguna."

Pada tahun 2012 Acision berjaya memenangi "Produk Pasaran Baharu Terbaik" untuk Collect SMS menerusi Anugerah Vendor Sedunia Total Telecom. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini. Perkhidmatan inovatif Acision boleh didapati seluruh dunia, merentasi sebarang platform atau jenis rangkaian dan sangat berkesan terutamanya dalam pasaran baharu yang mana kebanyakan pengguna mudah alih menggunakan perkhidmatan prabayar.

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar, saling kendali merentasi platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna, mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Latar Belakang Claro

Claro merupakan milik Grupo América Móvil, perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Amerika Latin yang hadir di 18 buah negara. Pada Jun 2014, America Movil Group mempunyai seramai 339 juta pengguna perkhidmatan mudah alih dan talian tetap dalam rantau itu.

Sumber: Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services