omniture

XCMG Lancar Tapak Pengeluaran Baharu dan Model Trak Berat 'HANVAN'

XCMG
2015-03-20 13:15 116

XUZHOU, China, 20 Mac 2015 /PRNewswire/ -- XCMG memulakan operasi tapak pengilangan trak berat baharu mereka pada 18 Mac, iaitu hari yang sama syarikat itu melancarkan model trak berat baharu, HANVAN yang menyediakan lebih nilai kepada industri.

XCMG, yang produknya beroperasi di 173 buah negara dan wilayah, memasuki industri trak berat pada September 2008, setelah berkembang pesat dalam tahun kebelakangan ini, mencatat pendapatan sebanyak RMB dua bilion (USD 324 juta) pada 2014 dan menjadi peneraju pasaran di China untuk trak pembuang berbadan lebar. Menurut Loh Lap Yan, Pengarah Urusan Finbond Heavy Machinery yang berpusat di Malaysia, yang telah bekerja bersama XCMG selama lebih 20 tahun, trak pembuang perlombongan XCMG memegang lebih 50% saham pasaran di Asia Tenggara.

Terletak di Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xuzhou di Daerah Jiangsu, China, tapak baharu XCMG menempati kawasan seluas 228 ekar dengan kapasiti tahunan sebanyak 60,000 trak berat dan 40,000 badan pemandu mesin pembinaan. Dengan pelaburan sebanyak RMB 2.5 bilion (USD 406 juta), tapak itu merupakan teknik pengeluaran tahap tertinggi bagi kenderaan komersial di China. Sistem pengurusannya mampu menjadi kemudahan moden kelas pertama bagi menyediakan model trak berat berkualiti tinggi, matang, dan andal yang boleh menjimatkan tenaga serta mengurangkan pembebasan gas, pada masa yang sama, mencapai kecekapan tenaga dan juga perlindungan alam sekitar. Bengkel penyalutan inovatif membenarkan XCMG mencapai pembebasan gas bukan fosforus.

XCMG menjadi peneraju dunia dalam rekaan model, penggunaan ciri ergonomik, dan standard penyempurnaan, dan trak berat yang dibuat dalam cara ini mempunyai ciri pendigitalan, kepintaran, kekuatan, dan keluwesan yang tinggi. HANVAN yang baru dilancarkan ini merupakan model berkualiti tinggi baharu yang lebih selamat, lebih selesa dan menjimatkan.

Kelebihan HANVAN yang paling berdaya saing adalah darjah keselesaannya. Pelbagai teknologi kawalan dan peranti kalis bunyi digunakan, membuatkan bunyi dalam tempat tertutup adalah empat hingga lima desibel lebih rendah berbanding paras purata industri. Sistem amaran dan pencahayaan aktif digunakan untuk keselamatan dan daripada segi langkah penjimatan kos pula, ia memperkenalkan sistem dinamik optimum rekaan khas bagi mengurangkan pekali rintangan angin. Beratnya dikurangkan lagi menggunakan bahagian alat yang ringan.

XCMG kini bukan sahaja akan menumpukan kepada pembinaan dan pengeluaran kenderaan khas, tetapi ia juga akan beralih daripada pengeluar tunggal menjadi sebuah syarikat perkhidmatan operasi yang menawarkan penyelesaian nilai tambahan kepada para pelanggan dan projek-projek penting.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmgauto.com, atau laman XCMG di FacebookTwitter dan Youtube atau Carolina Li: xcmg_media@163.com.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto New products/services