omniture

Syarikat Zon Logistik Bersepadu Khas (SILZ) Mengumumkan Pecah Tanah Kemudahan Pembuatan Baharu Lenovo di Kawasan Bersepadu Riyadh

Special Integrated Logistics Zone Company (SILZ)
2025-03-06 11:25 101

RIYADH, Arab Saudi, 6 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Syarikat Zon Logistik Bersepadu Khas (SILZ) dengan bangganya mengumumkan pecah tanah kemudahan pembuatan terkini Lenovo yang baharu di Kawasan Bersepadu Riyadh bertujuan membina jutaan komputer riba dan desktop buatan Arab Saudi, serta pelayan.

Alat and Lenovo's groundbreaking moment to build a 200,000 sqm facility at Riyadh Integrated, which is operated and developed by the Special Integrated Logistics Zone (SILZ).
Alat and Lenovo's groundbreaking moment to build a 200,000 sqm facility at Riyadh Integrated, which is operated and developed by the Special Integrated Logistics Zone (SILZ).

Kemudahan pembuatan ini akan dibina di atas tapak seluas 200,000 meter persegi dan terletak secara strategik hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid dalam Zon Logistik Bersepadu Riyadh, kilang ini akan mendapat manfaat daripada logistik yang diperkemas, infrastruktur yang cekap dan ketersambungan yang lancar, serta lebih dekat dengan pelanggan di seluruh rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Inisiatif ini ialah hasil kerjasama strategik antara Alat dan Lenovo, syarikat Dana Pelaburan Awam berinovatif yang komited untuk mengubah industri global dan mewujudkan hab pembuatan bertaraf dunia di dalam Kerajaan Arab Saudi. Peranan Alat sebagai rakan kongsi pelaburan mengetengahkan dedikasi syarikat itu untuk merangsangkan keupayaan sektor teknologi di Arab Saudi, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan rantaian bekalan Lenovo, yang berada pada kedudukan #10 di dunia seperti yang dimaklumkan oleh Gartner.

Dr. Fadi Al-Buhairan, Ketua Pegawai Eksekutif SILZ, menyatakan: "Mengalu-alukan kehadiran Lenovo ke Kawasan Bersepadu Riyadh mengukuhkan kedudukan kami sebagai hab terkemuka untuk pembuatan dan teknologi canggih di rantau ini. Majlis pecah tanah itu, dengan kerjasama Alat, menandakan detik penting bagi sektor teknologi Arab Saudi. Pilihan Lenovo untuk menubuhkan pangkalan pembuatan di sini menunjukkan keyakinan syarikat itu terhadap infrastruktur bertaraf dunia Kawasan Bersepadu Riyadh dan lokasi strategik sebagai pintu masuk ke pasaran MENA. Kami yakin bahawa perkongsian ini akan menjana peluang pekerjaan yang besar, merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyumbang secara meluas kepada objektif Wawasan Saudi 2030".

Dijadualkan untuk memulakan pengeluaran pada tahun 2026, kemudahan baharu ini akan melengkapkan rangkaian pembuatan global Lenovo dan menggunakan kemudahan terkini Kawasan Bersepadu Riyadh untuk membawa produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang terkemuka industri ke pasaran dengan lebih pantas. Kerjasama antara Alat dan Lenovo ini dijangka mewujudkan hingga 15,000 pekerjaan langsung dan 45,000 pekerjaan tidak langsung, memberikan manfaat besar kepada ekonomi Arab Saudi dan sejajar dengan inisiatif lebih luas untuk membangunkan ekosistem teknologi yang berkembang maju di dalam Kerajaan Arab Saudi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2634407/SILZ_Facility_Alat_Lenovo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2634427/SILZ_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Special Integrated Logistics Zone Company (SILZ)
Keywords: Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services