omniture

Eropah dan Asia Bakal Bertemu Dalam Projek Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan oleh Gazprom

The International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP project press center
2015-03-20 19:05 106

MOSCOW, 20 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Hari ini Gazprom, penaja utama Liga Juara-juara UEFA membuka musim ketiga projek sosial kanak-kanak antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150320/735445 )

Beberapa acara utama akan diadakan dalam projek tersebut.

Pada 25 April semua negara yang mengambil bahagian akan meraikan Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa.

Mulai 4 hingga 7 Jun Berlin akan menganjurkan kejohanan bola sepak jalanan antarabangsa dan forum kanak-kanak antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan kali ketiga. Pada penghujung acara tersebut peserta Forum akan melawat Perlawanan Akhir Liga Juara-juara UEFA 2015 di Berlin Olympiastadion.

Kawasan bagi musim ketiga Bola Sepak untuk Persahabatan ini akan diperluas. Buat kali pertama pemain bola sepak muda dari Asia akan mengambil bahagian dalam projek tersebut dan jumlah negara keseluruhan yang mengambil bahagian akan meningkat daripada 16 kepada 24, termasuk Austria, Belarus, Belgium, Bulgaria, China, Croatia,  Republik Czech, Perancis, Jerman, Hungary, Itali, Jepun, Kazakhstan, Belanda, Poland, Rusia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Turki, Ukraine dan UK.

"Bersama lain-lain inisiatif sosial Syarikat kami, Bola Sepak untuk Persahabatan bertujuan untuk menggalakkan pembangunan berharmoni bagi generasi muda. Kami ingin menggalakkan minat kanak-kanak dalam gaya hidup sihat dan cita-cita untuk mencapai keputusan dengan usaha bersama. Projek ini berpaksikan idea persahabatan dan rasa hormat terhadap budaya lain. Nilai-nilai ringkas yang teguh ini membawa erti kepada kebajikan sosial. Bagi kami, Bola Sepak untuk Persahabatan merupakan sumbangan untuk masa hadapan," kata Alexey Miller, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Gazprom.

"Ini merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi saya menyaksikan Bola Sepak untuk Persahabatan tahun ini telah mengorak langkah luar dari Eropah, dan melibatkan penyertaan China, Jepun serta Kazakhstan. Ini merupakan bukti lanjut bahawa nilai sejagat manusia tidak bersempadan dan relevan untuk sesiapa sahaja. Kanak-kanak lelaki dan perempuan, yang mengambil bahagian dalam Forum Bola Sepak untuk Persahabatan pertama dan kedua telah mendalami semangat saling menghormati dan menjadi duta bagi idea kesamarataan serta gaya hidup sihat. Mata mereka yang bersinar menyatakan lebih banyak daripada kata-kata. Saya yakin atlet muda, yang mengambil bahagian dalam projek ini, akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia yang lebih baik," kata Franz Beckenbauer, Duta global projek tersebut.

Projek ini dikendalikan di seluruh dunia oleh AGT.

Sumber: The International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP project press center

Source: The International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP project press center
Keywords: Sporting Events Sports Children-related news