AUSTIN, Texas, 21 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan perkhidmatan penstriman muzik paling diperibadikan di dunia, MixRadio, meraikan Hari Kegembiraan Antarabangsa dan melancarkan senarai putaran lagu #HappySoundsLike berserta kejutan persembahan daripada penyanyi/penulis lagu global, Cody Simpson, di South by Southwest.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150320/183557
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150320/183556
Menamatkan kempen seminggu untuk meningkatkan kesedaran tentang Hari Kegembiraan Antarabangsa, senarai putaran lagu #HappySoundsLike yang dihasilkan oleh MixRadio, telah ditunjukkan kepada tetamu yang hadir dan sedia untuk didengari seluruh dunia melalui www.happysoundslike.com
Dengan mengiktiraf muzik mempunyai kuasa untuk menyebarkan kegembiraan dan mengilhamkan perpaduan serta harapan untuk masa depan yang lebih baik, Utusan Keamanan dan juga Duta Muhibah Bangsa-bangsa Bersatu, bersama artis-artis antarabangsa termasuk Britney Spears, Nicole Scherzinger, Ed Sheeran, Charlize Theron dan John Legend menyumbangkan lagu mereka yang paling riang untuk menghasilkan senarai putaran lagu paling gembira di dunia, #HappySoundsLike.
Cody Simpson mengulas, "Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian kempen yang begitu mengagumkan bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan MixRadio untuk meningkatkan kesedaran tentang Hari Kegembiraan Antarabangsa.
"Saya berharap semua orang dapat menyokong hari ini dan mendengar senarai putaran lagu #HappySoundsLike."
Jyrki Rosenberg, Ketua MixRadio, mengulas, "Tahun ini, bagi meraikan Hari Kegembiraan Antarabangsa, kami bertuah dapat bergandingan dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyokong dan meningkatkan kesedaran tentang suatu aspirasi yang kita kongsi di seluruh dunia: kegembiraan.
"Melalui kerjasama dengan bintang-bintang antarabangsa, kami berharap #HappySoundsLike akan memberi senyuman kepada wajah-wajah di seluruh dunia dan mengilhamkan harapan untuk masa depan yang lebih baik."
Diasaskan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 2012, Hari Kegembiraan Antarabangsa mengiktiraf "pencarian kegembiraan merupakan tujuan asas manusia." Sempena ulang tahun ke-70nya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu akan menjalankan beberapa kempen untuk mencapai tujuan ini.