SINGAPURA, 4 Okt., 2012 /PRNewswire/ --
Berdasarkan kepada sumber terbuka papan Arduino Uno, kit pendidikan baharu ini, yang kini boleh didapati hanya daripada RS Components, membantu reka bentuk elektronik di tahap kemasukan
RS Components (http://uk.rs-online.com/web/) (RS), jenama perdagangan bagi Electrocomponents plc (http://www.electrocomponents.com/) (LSE: ECM), iaitu pengedar perkhidmatan tinggi terkemuka dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan stok eksklusif bagi kit baharu permulaan untuk Uno, papan prototaip elektronik sumber terbuka dan berkos rendah bagi Arduino yang terkenal, untuk jurutera, pelajar dan peminat sistem profesional yang tertanam.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2012/10/03/20121003115330164763.html )
Kit permulaan baharu itu telah dibangunkan bersama-sama dengan satu siri 10 video tutorial yang dihoskan oleh pengasas bersama Arduino Massimo Banzi, yang boleh dilihat secara percuma dari www.rs-components.com/arduino. Sebaik-baiknya digunakan bersama dengan video, kit itu menyediakan satu platform prototaip sumber terbuka elektronik yang berasaskan kepada perkakasan dan perisian yang fleksibel dan mudah untuk digunakan. Ia mengandungi kesemua komponen penting
yang diperlukan untuk memulakan pengaturcaraan dengan papan Arduino Uno, dan satu buku panduan yang memaparkan 15 projek yang berbeza, yang direka untuk mengembangkan pengguna dari tahap permulaan kepada tahap profesional. Terdiri daripada motor, servomotor dan pemacu, kit itu juga menawarkan faedah tertentu untuk pengguna yang ingin menggunakan mekatronik untuk reka bentuk mereka.
Arduino Uno adalah berdasarkan kepada mikrokawalan Atmel ATmega328 32-bit, dengan 32KB memori Flash, 2Kb SRAM dan 1KB EEPROM. Ia menyokong Windows, OS X dan sistem operasi Linux, bersama-sama dengan IDE sumber terbuka, yang boleh dimuat turun secara percuma. Uno mempunyai 14 pin digital input / output (yang mana 6 boleh digunakan sebagai output PWM), 6 input analog, 16 MHz kristal pengayun, satu penyambung USB, satu kuasa bicu, satu ICSP, dan butang reset. Terdapat tiga pilihan untuk menyalurkan kuasa kepada papan itu: melalui melalui kabel USB, penyesuai AC-DC atau bateri.
Satu siri papan periferal, yang dikenali sebagai perisai, disediakan untuk dimasukkan ke dalam PCB utama Arduino, menyediakan satu antara muka untuk komponen bagi gamut aplikasi, termasuk Perisai Motor, yang membolehkan kawalan motor DC dan membaca pengekod, dan Perisai Ethernet untuk tujuan penyambungan.
"Arduino telah menjadi perintis dalam pembangunan sumber terbuka berkos rendah, mewujudkan persekitaran yang boleh dicapai untuk kedua-dua jurutera elektronik yang mahir dan baru," kata Glenn Jarrett, Ketua Pemasaran Produk di RS Components. "Kit baharu ini, bersama-sama dengan siri video yang praktikal dan berpengetahuan ini bakal menarik minat dan memaklumkan semua lapisan pengguna, daripada jurutera yang berkelayakan kepada mereka yang baru memulakan peringkat pertama reka bentuk elektronik mereka."
Massimo Banzi, Pengasas bersama Arduino, mengulas, "RS Components dengan jelas mempamerkan, melalui inisiatif seperti DesignSpark www.designspark.com, bahawa dengan menyokong jurutera hari ini dan hari esok adalah menjadi teras kepada etos perniagaan mereka. Komitmen ini kepada reka bentuk elektronik, bersama-sama dengan kehadiran mereka di peringkat global, kecemerlangan perkhidmatan dan projek-projek yang berterusan untuk memudahkan pensumberan dalam talian dan proses pesanan, menjadikan mereka rakan kongsi pengedaran yang ideal untuk membawa kit Arduino baharu kami kepada pengguna di seluruh dunia."
Kit permulaan Arduino yang baharu ini boleh didapati secara eksklusif dari RS Components sehingga 16 Oktober, 2012, dengan ketersediaan stok RS Components secara berterusan selepas tarikh itu. Untuk memesan kit itu yang dijual dengan harga yang kompetitif daripada RS Components pada hari yang sama dengan tarikh penghantaran, sila layari laman sesawang www.rs-components.com/arduino.
Sinopsis Video:
Video 1 Kenali Peralatan Anda
Tahap kesukaran: Permulaan
Anda membuat satu litar mudah dengan beberapa suis, sebuah LED, dan perintang
boleh laras. Dengan berbuat demikian, anda akan belajar tentang asas-asas
elektrik dan bagaimana untuk menyambung wayar komponen pada papan reka.
Video 2 Antara Muka Spaceship
Tahap kesukaran: Permulaan
Arduino anda akan bertindak sebagai latar belakang untuk sebuah filem fiksyen
sains. Anda akan mendapatkan beberapa lampu berkelip, yang akan diganggu hanya
oleh suis yang akan menghidupkan cahaya yang berbeza
Video 3 Love-o-meter
Tahap kesukaran: Permulaan
Menjadikan Arduino menjadi sebuah mesin untuk menyemai cinta! Dengan
menggunakan input analog, anda akan dapat melihat betapa menarik diri anda!
Video 4 Cahaya Theremin
Tahap kesukaran: Pertengahan / Lanjut
Dengan menggunakan fotoresistor dan sebuah elemen piezo, anda dapat
menghasilkan cahaya berasaskan Theremin.
Video 5 Instrumen Papan Kekunci
Tahap kesukaran: Pertengahan / Lanjut
Masa untuk membuat bising! Dengan beberapa perintang boleh laras dan butang
anda dapat membina sebuah alat muzik yang kecil.
Video 6 Roda Pin Bermotor
Tahap kesukaran: Pertengahan
Mendapat Arduino untuk memutarkan roda pin berwarna-warni dengan menggunakan motor.
Video 7 Bola Kristal
Tahap kesukaran: Lanjut
Membuat sebuah bola kristal untuk melihat masa depan anda.
Video 8 Lampu Sensitif
Tahap kesukaran: Pertengahan / Lanjut
Dengan menggunakan perpustakaan pihak ketiga, anda akan dapat membuka atau
menutup lampu dengan hanya menyentuh beberapa bahan konduktif, tiada butang
diperlukan!
Video 9 Memulas Logo Arduino
Tahap kesukaran: Lanjut
Anda telah melakukan banyak perkara yang menarik di dunia, kini dengan hujung
kaki anda dapat mengawal komputer anda dengan Arduino.
Video 10 Mood Lampu dikawal oleh Twitter
Tahap kesukaran: Lanjut
Marilah kita mengawal warna led rgb dengan satu hashtag yang aneh. Dengan
Arduino, perisai wifi, led rgb dan perintang boleh laras 3 220 ohm kita akan
belajar bagaimana untuk menghuraikan twitter mencari # arduinoRGB dan hex warna.
Maklumat mengenai RS Components
RS Components dan Allied Electronics adalah merupakan cap dagang bagi Electrocomponents plc, iaitu pengedar perkhidmatan tinggi yang terkemuka di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Menerusi operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk menerusi internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar lebih 46,000 bungkusan pada hari yang sama ia diterima. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal terkemuka, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, elektrik dan mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan terakhir sehingga 31 Mac 2012 ia telah mencatatkan pendapatan sebanyak GBP1.27 bilion.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di alamat:
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pautan berikut:
RS Components di Linkedin ( http://www.linkedin.com/company/rs-components )
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc ( http://www.electrocomponents.com/ )
RS Components ( http://www.rs-components.com/ )
Hubungan Editorial:
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Tel: +65 6391 5745
E-mell: soochun.tan@rs-components.com
The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
Tel: +65 6361 0250
E-mel: rscomponentsteam@hoffman.com
SUMBER RS Components