omniture

MWC 2025 | Huawei Pamer Penyelesaian berasaskan-Senario di MWC Untuk Penjagaan Kesihatan Pintar

HUAWEI
2025-03-08 10:57 128

BARCELONA, Sepanyol, 8 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2025, Huawei mengadakan satu sesi industri penjagaan kesihatan global bertemakan Digital Intelligence Drives Inclusive Healthcare (Kecerdasan Digital Memacu Penjagaan Kesihatan Inklusif). Pakar berkongsi strategi dan amalan terkini mereka dalam transformasi digital serta pembangunan aplikasi AI.

Penumpuan AI Mendalam untuk Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Pintar Dipertingkat


Semasa ucapan perasmiannya, Dr. Peter Zhou, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Storan Data, menekankan bahawa berdasarkan strategi, "always-on data and value release" ("keluaran data dan nilai sentiasa aktif"), Huawei membangunkan produk inovatif seperti tasik data tertumpu berbilang mod dan DCS AI bagi meningkatkan keupayaan AI penjagaan kesihatan ke tahap yang lebih tinggi.


Wind Li, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Sektor Awam Global, berkata Huawei telahpun menyokong lebih 5,600 kemudahan penjagaan kesihatan di lebih 110 negara dan akan terus mengukuhkan asas untuk transformasi digital dan pintar, mempercepat inovasi senario dan penumpuan AI, sebagai usaha untuk menyokong perjuangan dalam penjagaan kesihatan global.

Hong-Eng Koh, Ketua Saintis Unit Perniagaan Sektor Awam Global Huawei, menyampaikan ucaptama dan membincangkan tentang potensi AI yang amat besar dalam penjagaan kesihatan, dengan menyebut ia benar-benar dapat meningkatkan ketepatan dan kecekapan diagnosis, mengurangkan beban kerja doktor dan menawarkan pilihan rawatan yang lebih diperibadikan untuk pesakit.

Kolaborasi Ekosistem Mempercepat Kecerdasan Penjagaan Kesihatan

Luis Santiago Sánchez Fernández, Ketua Pegawai Teknologi Andalusian Health Service (SAS), memperkenalkan sistem HIS/EMR terpusat, Diraya, yang membawa ekuiti dan akses penjagaan kesihatan rentas wilayah kepada hampir 9 juta penduduk. Beliau turut memperkenalkan Strategi Kesihatan Digital Andalusia 2030 (ESDA) dan program digital SAS untuk 5 tahun akan datang. Melalui pakatan bersama Huawei, SAS menyasarkan kepada perkhidmatan kesihatan yang pintar, berperikemanusiaan, cekap dan selamat.

Tsvetomir Nikolov, Pengarah IT bagi Acibadem City Clinic di Bulgaria, berkongsi amalan mereka dalam transformasi digital. Beliau percaya bahawa teknologi digital penting untuk menyampaikan perkhidmatan yang komprehensif kepada pesakit. Acibadem bekerjasama dengan Huawei untuk membina kampus hospital pintar dan pusat data aktif-aktif, meningkatkan prestasi capaian data untuk perkhidmatan HIS/PACS/EMR sebanyak 10 kali ganda.

Feng Feng, Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaan KFBIO Europe, menyebut bahawa dengan adanya algoritma pembelajaran mendalam, AI dapat membantu doktor dalam membuat diagnosis patologi dengan berkesan. KFBIO dan Huawei bergandingan dalam membangunkan penyelesaian patologi digital berasaskan AI yang dapat membantu meningkatkan ketepatan dan kecekapan diagnosis.

Pada masa depan, Huawei merancang untuk meningkatkan pelaburannya dalam inovasi teknologi, mengintegrasikan AI dalam penyelesaian senario, memajukan kecerdasan penjagaan kesihatan dan menyokong akses sejagat kepada penjagaan kesihatan.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news Artificial Intelligence