MIERLO, Belanda, 23 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Kecantikan hanyalah luaran. Apa yang lebih penting adalah ciri dalaman. Kata-kata ini bukan sahaja boleh dikaitkan dengan hubungan peribadi, tetapi juga makanan. Menurut kajian pengguna global baru-baru ini yang dijalankan oleh institut penyelidikan pasaran TNS bagi pihak GNT, pembekal utama global Pewarna Makanan, 66 peratus masyarakat Eropah, Asia dan Amerika meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap produk makanan semula jadi dan sihat. Di persidangan Food Vision di Cannes, Perancis, hasil kajian itu, berdasarkan temubual dengan 5,000 pengguna di 10 negara, akan dibentangkan buat kali pertama. Kajian itu telah menerokai apa yang difahami pengguna tentang makanan semula jadi, bagaimana mereka melihat kandungan khusus – terutamanya warna makanan – dan bagaimana mereka menilai label serta dakwaan.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150323/735845-a
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150323/735845-b
Walaupun permintaan untuk produk semula jadi merupakan trend global, ia ditonjolkan secara berbeza dalam rantau berbeza. Di Asia, dua pertiga daripada pengguna mempunyai kesedaran kesihatan tetapi kekurangan masa untuk menyiasat tentang makanan mereka. Dengan menggunakan jalan pintas mental, mereka cuba mengelakkan makanan dengan bahan tambahan seperti pewarna. Di Eropah, banyak pengguna bukan sahaja mengambil berat tentang pemakanan sihat tetapi turut melaburkan sejumlah besar masa dan wang untuk memilih produk yang tepat (cth. 27 peratus rakyat Perancis). Tambahan pula, mereka secara khusus mencari warna yang semula jadi.
"Trend ke arah makanan dan bahan semula jadi telah menjadi bualan semua orang untuk beberapa tahun. Kini, kajian global kami menzahirkan skop sebenarnya. Menggabungkan dapatan kajian dengan pengalaman jangka panjang kami dalam penyelesaian warna semula jadi, kami dapat membantu pengeluar makanan untuk menerima manfaat daripada permintaan berubah pelanggan di seluruh dunia," kata Dr. Hendrik Hoeck, Pengarah Urusan GNT Group. GNT membekalkan lebih daripada 1,200 syarikat termasuk tujuh daripada sepuluh pengeluar terbesar dunia dengan Pewarna Makanan, yang dihasilkan secara eksklusif daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuhan yang boleh dimakan.
Maklumat lanjut tentang kajian tersebut: http://www.gnt-group.com/as-en/about-gnt/media-events/press-releases/brazil-indonesia-colourful-and-diverse-world
GNT
Guido de Jager
+31(0)40-7800300
gdjager@gnt-group.com
Sumber: GNT International B.V.