XUZHOU, China, 9 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang bertemakan "Buat SEMUA wanita dan gadis: Hak. Kesamarataan. Pemerkasaan," XCMG Machinery ("XCMG", SHE: 000425) berkongsi kisah inspirasi mengenai pekerja wanita di seluruh dunia bagi memberi penghormatan dan mengangkat wanita serta gadis dalam industri yang didominasi oleh lelaki yang menghapuskan jurang jantina dengan pencapaian yang cemerlang dan semangat rintis.

IWD 2025: XCMG Celebrates Inspirational Stories of She Heroes, Confronts Gender Gap to Break Boundary
Işil Kanyilmaz, pengurus pemasaran untuk XCMG Turkey menyaksikan pertumbuhan sebuah pasukan yang kecil kepada sebuah perbadanan penuh dan ramai pekerja dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Beliau menyatakan bahawa terdapat kesukaran tertentu yang dihadapi oleh wanita dalam industri pembinaan dan jentera.
"Perjalanan saya dalam XCMG merupakan suatu perjalanan dengan ketabahan, kesungguhan dan pertumbuhan, bermula dengan menghapuskan stereotaip kepada mengemudi persekitaran kerja yang didominasi oleh lelaki. Namun begitu, menyaksikan pengaruh dan sumbangan yang boleh kita lakukan dalam bidang yang sentiasa berkembang ini juga amat mendatangkan kepuasan. Saya menggalakkan semua wanita muda yang bercita-cita untuk bekerja dalam industri yang kebanyakannya lelaki untuk mengejar impian mereka dan tidak berasa gentar untuk melakukannya," katanya.
Satu detik penting untuk XCMG Turkey ialah penampilan sulung di pameran perdagangan Komatek 2024. Kanyilmaz dan pasukannya membuat persiapan untuk acara itu selama lebih sembilan bulan dan kejayaan besar itu menetapkan penanda aras baharu untuk mencapai kecemerlangan. Beliau menggalakkan wanita dalam industri untuk mempercayai kemahiran mereka dan yakin bahawa mereka mampu menempuh halangan dan mempunyai pengaruh yang besar.
Karen Souza telah berkhidmat dengan XCMG Brazil selama lebih tiga tahun lamanya. Beliau bermula sebagai penganalisis komersial dan kini merupakan penganalisis perniagaan antarabangsa yang bertanggungjawab mengurus eksport dari Brazil ke Chile, Colombia, Guyana dan A.S. Beliau memenangi anugerah 30 pekerja terbaik pada tahun 2023 kerana mengurus rekod eksport syarikat.
"Bekerja dengan budaya lain merupakan sesuatu yang amat mencabar, bermula dengan bahasa, maka saya amat berpuas hati kerana dapat memperbaiki komunikasi bahasa Inggeris saya. Ia turut memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam XCMG Apprentice Musim 9 dan Latihan Global. Berpeluang melawat China membuatkan saya berasa gembira dengan layanan orang Cina dan saya berasa kagum dengan teknologi kilang XCMG," kata Souza.
Angela Gustiwong ialah seorang pakar cerapan pemasaran di XCMG Indonesia yang turut serta pada Julai 2024. Beliau mengambil bahagian dalam XCMG Apprentice Musim 9 dan menyatakan bahawa selain daripada ilmu pengetahuan teknikal dan pemahaman tentang produk dan teknologi XCMG, program tersebut menyediakan pertukaran budaya dan profesional yang unik.
"Di XCMG, kami mengiktiraf sumbangan pekerja wanita kami yang tidak ternilai harganya dan komited untuk memupuk persekitaran kerja yang inklusif dan memperkasakan," kata Gustiwong. "XCMG mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi tanpa mengira perbezaan budaya. Sama ada di China, Indonesia atau mana-mana negara lain, pekerja diharapkan untuk berkomunikasi dengan jelas, berkolaborasi dengan berkesan serta menjunjung etika kerja yang kukuh."
Komited untuk meraikan kepelbagaian, menggalakkan kolaborasi dan menerima perspektif budaya yang berbeza, XCMG terus menerajui industri ini dengan inovasi, kecekapan dan perpaduan global.