SYDNEY, 23 Mac 2015 /PRNewswire/ --
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150119/724485 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/182238LOGO )
Sirtex Medical Limited (ASX: SRX) berbesar hati melaporkan hasil awal kajian klinikal SIRFLOX.
Berdasarkan analisis awal yang baru disempurnakan, titik akhir utama kajian SIRFLOX tidak berjaya dicapai. Analisis awal menunjukkan penambahan mikrosfera resin Y-90 SIR-Spheres® kepada regimen kemoterapi sistemik barisan pertama semasa bagi rawatan barah kolorektum metastasis tidak boleh dibedah (mCRC) tidak memberikan peningkatan yang signifikan daripada segi statistik dalam Kelangsungan Hidup Tanpa Perkembangan Barah Berterusan (PFS) secara keseluruhan. PFS keseluruhan menilai perkembangan tumor sedia ada dan/atau perkembangan tumor baharu dalam sebarang organ atau bahagian badan.
Sirtex berbesar hati kerana analisis awal menunjukkan mikrosfera resin Y-90 SIR-Spheres® telah menunjukkan peningkatan yang signifikan daripada segi statistik dalam Kelangsungan Hidup Tanpa Perkembangan Barah Berterusan (PFS) di dalam hati. Titik hujung kajian sekunder ini adalah penting memandangkan tumor hati merupakan satu-satunya tapak, atau tapak dominan, bagi penyakit dalam pesakit dengan mCRC dan merupakan tapak utama penyakit yang mempengaruhi kelangsungan hidup. Sehingga 90% pesakit mCRC maut akibat kegagalan hati kerana kesan setempat tumor hati (1). Mikrosfera resin Y-90 SIR-Spheres disasarkan khususnya untuk merawat tumor hati.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini (terkini pada 9 Oktober 2014), hasil kajian dan analisis awal SIRFLOX masih memerlukan pengesahan serta pengesahsahihan melalui proses semakan setara akademik. Pembentangan di persidangan saintifik dan/atau penerbitan dalam jurnal perubatan adalah bahagian penting dalam proses ini.
Dengan itu, hasil akhir dan analisis terperinci yang berkaitan kajian SIRFLOX akan dihantar kepada Perjumpaan Tahunan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika (ASCO), yang akan diadakan pada 29 Mei – 2 Jun 2015 di Chicago, Illinois.
Latar Belakang Kajian SIRFLOX
Kajian SIRFLOX ini merupakan kajian antarabangsa, berbilang pusat dan dikawal secara rawak yang melibatkan lebih 500 pesakit dengan mCRC yang mana penyakit mereka tidak dapat dijalankan pembedahan dan telah merebak sama ada kepada hati sahaja atau hati serta sebilangan kecil tapak-tapak di luar hati, termasuk nodus limfa dan juga paru-paru. Pesakit telah ditentukan secara rawak untuk menerima sama ada regimen kemoterapi sistemik barisan pertama semasa menggunakan FOLFOX (asid folinik, 5-fluorourasil dan oksaliplatin) dengan pilihan untuk menerima bevacizumab (Avastin®) atau kemoterapi yang sama dengan penambahan pemberian tunggal mikrosfera resin Y-90 SIR-Sphere.
Kajian tersebut telah dijalankan di lebih 100 buah hospital di seluruh Australia, Eropah, Israel, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.sirflox.com, dan pengumuman ASX yang dibuat oleh Syarikat pada 9 Oktober 2014.
Latar Belakang Sirtex Medical Limited
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.sirtex.com
SIR-Spheres® adalah Tanda Dagangan Berdaftar Sirtex SIR-Spheres Pty Ltd.
Rujukan
Sumber: Sirtex Medical Limited