omniture

Sidang Kemuncak World Halal Summit 2015 Menggerakkan Ekosistem Halal Melalui Kepimpinan Pemikiran

Memaparkan topik penting dan penyampai pada Sidang Kemuncak World Halal Summit 2015
Shapers Malaysia Sdn Bhd
2015-03-23 20:07 590

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak World Halal Summit (WHS), yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia serta dianjurkan bersama dan juga diuruskan oleh Shapers Malaysia Sdn Bhd – terdiri daripada Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-12, dan enam forum khusus– dijadualkan berlangsung mulai 30 Mac - 4 April 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

The World Halal Summit (WHS) -- comprising of the 12th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), and six focused forums -- is scheduled to be held from 30th March to 4th April 2015 at the Kuala Lumpur Convention Centre in Malaysia.
The World Halal Summit (WHS) -- comprising of the 12th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), and six focused forums -- is scheduled to be held from 30th March to 4th April 2015 at the Kuala Lumpur Convention Centre in Malaysia.

Bertemakan "Energising the Halal Ecosystem", WHS 2015 dianjurkan untuk menggalakkan perdagangan, perangkaian dan perkongsian ilmu antara penggerak industri, ahli akademik, serta sarjana Islam, dengan tujuan untuk menyatukan pasaran Halal global.

Forum tersebut akan membincangkan, merangka dan mengatur secara kolektif hala tuju fasa pertumbuhan seterusnya dalam ekosistem Halal global, serta menghasilkan teknologi inovatif baharu untuk industri ini.

Empat forum -- Forum Badan Pensijilan (Certifiers Forum), Forum Akademik (Academics Forum), Forum Sarjana (Scholars Forum) dan Forum Perniagaan (Business Forum) – akan menangani isu yang menjadi perhatian pemegang kepentingan industri, untuk mempelajari daripada penyelidikan baharu serta data pasaran, untuk berkongsi kepakaran dan juga pengalaman, serta menyatukan antara minda yang paling bijak dan kreatif dalam industri.

Forum Badan Pensijilan akan menangani pelbagai isu berterusan dalam industri makanan Halal yang semakin kompleks, seperti mencari persamaan untuk piawaian dan akreditasi  Halal global; Forum Akademik akan menerokai cara untuk menggalakkan pertumbuhan kursus-kursus akademik baharu dan program-program untuk melengkapi generasi baharu pakar berkemahiran untuk mengembangkan asas-asas sedia ada, dan terus melangkah ke dekad akan datang; Forum Sarjana akan memanfaatkan kekayaan pengetahuan daripada ulama yang dihormati dan sarjana Islam dari seluruh dunia dengan dialog tentang topik yang relevan kepada ekonomi Islam yang lebih luas seperti spekulasi komoditi makanan; dan Forum Perniagaan membuka ufuk baharu untuk komuniti perniagaan yang terdiri daripada usahawan dan pelabur dengan menampilkan pelbagai aspek ekonomi Islam global, daripada makanan dan pertanian kepada pengurusan risiko serta pembiayaan ramai.

Lebih 70 penyampai dan ahli panel utama yang akan hadir untuk forum-forum ini termasuk Y.B. Nabil bin Ameen Molla, Setiausaha Agung Pertubuhan Pemiawaian GCC, Arab Saudi; Dr. Mustafa Ceric, Bekas Mufti Bosnia dan Herzegovina; Abdullah al-Awar, Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Islamic Economy Development Corporation; Cik Farah Al Zarooni, Pengarah Akreditasi untuk Lembaga Piawaian dan Metrologi Emirates (ESMA), Dubai; En. Ihsan Ovut, Setiausaha Agung Institut Piawaian dan Metrologi Bagi Negara-negara Islam (SMIIC), Turki; dan wakil kanan daripada syarikat dan organisasi berikut: Lembaga Halal Islam Antarabangsa, Arab Saudi, Jaringan Usahawan Dunia Islam (ISWEN), Turki; McDonald's International, Dubai; DinarStandard, AS; Ethnic Focus, UK; MasterCard Asia/Pasifik; Alchemiya Media, UK; Zilzar.com, Malaysia; Crowdcube Ltd., UK; dan banyak lagi.

Konvensyen Badan Pensijilan Halal Antarabangsa JAKIM ke-6 akan menghimpunkan lebih 70 badan pensijilan Halal dari seluruh dunia. Para penyampai daripada agensi kerajaan, syarikat dan pertubuhan berkaitan akan membincangkan isu-isu teknikal berkaitan sistem pengurusan pensijilan dan piawaian merentasi pelbagai sub sektor seperti bahan, bioteknologi makanan, serta pengujian dan analisis, antara lainnya, dengan rujukan kepada Piawaian Halal Malaysia.

Dengan penyampai dan ahli panel daripada organisasi perbankan dan kewangan, institut penyelidikan dan pembangunan, agensi kerajaan, dan syarikat berkaitan Halal, Persidangan Halal Sedunia ke-8 akan membincangkan keperluan usaha global diperbaharui untuk terus mengukuhkan penyepaduan industri dalam ekosistem Halal ke arah realisasi ekonomi Halal yang menyeluruh.

Sidang Kemuncak Halal Sedunia 2015 (World Halal Conference) terus mengembangkan lebih sedekad penganjuran acara pasaran Halal antarabangsa, dan menjangkakan untuk menyatukan semula kenalan-kenalan lama serta rakan-rakan baharu untuk menerokai ufuk seterusnya bagi pasaran global ini.

WHS 2015 merupakan usaha sama bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar  Malaysia (MATRADE), Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), diketuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Zilzar Technology, Maybank Berhad, Malaysian Airlines System Berhad dan MasterCard turut hadir sebagai rakan kongsi strategik WHS.  

Dikeluarkan oleh:

Redza Abdullah 
Komunikasi & Perhubungan Awam 
Sekretariat WHS 
Tel: +603 6203 4433 
Tel. Bimbit: +6019 273 6969 
E-mel: redza@halal.org.my

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150320/8521501790

Source: Shapers Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Food/Beverages Religion Trade show news