omniture

Kren Rangkak Terpakai Diperakui XCMG Digunakan di Asia Tenggara Sokong Projek Infrastruktur Berskala Besar

XCMG Machinery
2025-03-11 12:30 23

NAYPYIDAW, Myanmar, 11 Mac 2025 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE: 000425), peneraju global bagi pembuatan peralatan pembinaan, menyerahkan dengan jayanya kumpulan Kren Rangkak Terpakai Diperakui XCMG, model XGC85 dan XGC55 bagi menyokong projek-projek infrastruktur yang besar di Asia Tenggara. Pencapaian ini menggariskan komitmen XCMG untuk memajukan pembangunan mampan dan menggalakkan ekonomi kitaran dalam industri pembinaan global.

XCMG Certified Pre-Owned Crawler Cranes Deployed in Southeast Asia to Support Large-Scale Infrastructure Projects
XCMG Certified Pre-Owned Crawler Cranes Deployed in Southeast Asia to Support Large-Scale Infrastructure Projects

Kren rangkak terpakai ini yang sebelum ini menjalankan perkhidmatan selama 4 hingga 7 tahun, telah menjalani proses pensijilan dan pembaikpulihan XCMG yang ketat. Ini termasuk pemeriksaan yang menyeluruh dan penyelenggaraan komponen utama seperti bum, pin, silinder dan bahagian dalam, dengan penggantian bahagian yang diperlukan.

Selain itu, sistem hidraulik, perjalanan dan fungsi luncuran telah diuji dan ditentukur semula dengan teliti untuk memastikan prestasi optimum. Pembaikpulihan telah selesai dengan pembersihan mendalam dan pengecatan semula, memulihkan kren kepada keadaan yang hampir baharu. Apabila diselenggara mengikut garis panduan XCMG, mesin ini dijangka akan beroperasi dengan cekap selama 5 hingga 7 tahun lagi.

Kren rangkak XGC85 terpakai yang diperakui menawarkan:    

  • Komponen Hidraulik Andal – Memastikan kestabilan dan kecekapan dalam operasi beban tinggi yang berterusan.
  • Gelendong Lepas Pantas dengan Brek Cakera – Meningkatkan kecekapan kerja, dengan penukaran satu sentuhan antara keadaan cangkuk utama dan tambahan untuk kemudahan operasi yang lebih baik.
  • Antara Muka Operasi Dwimod – Mencapai penyesuaian dengan pelbagai persekitaran kerja, manakala kasut trek lebar 850mm meningkatkan ketahanan dan kestabilan dalam aplikasi pembinaan

Kren rangkak XGC55 terpakai ini direka untuk kebolehangkutan dan kecekapan yang unggul:    

  • Reka Bentuk Pengangkutan Bersepadu – Mengurangkan kos pengangkutan dan pemasangan dengan ketara.
  • Teknologi Bingkai-A Tegak Sendiri Inovatif – Mendayakan pemasangan kren yang lebih pantas dan lebih cekap.
  • Sistem Hidraulik Dioptimumkan – Menampilkan reka bentuk bersepadu yang mengurangkan titik kegagalan dan meningkatkan kebolehcapaian penyelenggaraan.
  • Reka Bentuk Modular dan Sejagat – Menurunkan kos perolehan, pengangkutan dan penyelenggaraan dan dalam masa yang sama turut membolehkan penukaran lancar antara keadaan cangkuk utama dan tambahan untuk kecekapan operasi yang lebih tinggi.

Ini menandakan penghantaran pertama peralatan terpakai XCMG ke pasaran Asia Tenggara susulan pewujudan program Pensijilan Peralatan Terpakainya pada tahun 2024. Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam komitmen XCMG untuk menggalakkan pembangunan mampan dalam industri. Program Pensijilan Peralatan Terpakai yang dilancarkan oleh XCMG, bertujuan untuk memanjangkan kitaran hayat peralatan pembinaan dengan menyediakan pensijilan yang andal untuk jentera terpakai, memastikan kualiti tinggi serta kelestarian alam sekitar.

Memandang ke hadapan, XCMG menyasarkan untuk menjual 70 unit peralatan terpakai yang diperakui pada tahun 2025, seterusnya menggalakkan prinsip-prinsip ekonomi kitaran dan pembangunan mampan dalam industri pembinaan.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals