omniture

InnoLight perkenal keluarga produk 100G QSFP28 untuk Pusat Data Awan dan 100G CFP4 untuk Rangkaian Akses dan Metro generasi seterusnya

InnoLight Technology Corporation
2015-03-23 22:54 95

SUZHOU, China, dan SANTA CLARA, California, 23 Mac 2015 /PRNewswire/ -- InnoLight Technology Corporation, pembekal utama penghantar-terima optikal berkelajuan tinggi, mengumumkan pelancaran keluarga penuh penghantar-terima 100G QSFP28 dan 100G CFP4 keluarannya.

Ketika lalu lintas pusat data dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa 5 tahun akan datang, industri komunikasi perlu menaik taraf rangkaiannya daripada 10G kepada 40G hingga kepada 100G. IEEE 802.3bm 100G QSFP28 dan CFP4 menawarkan teknologi terkini untuk membolehkan perluasan lebar jalur yang pantas ini.

Tawaran produk-produk 100G QSFP28/CFP4 InnoLight termasuk:

  • 100G QSFP28 AOC, P/N: TF-FCxxx-N00, sehingga 100 meter pemancaran OM3
  • 100G QSFP28 SR4, P/N: TR-FC85S-N00, sehingga 100 meter pemancaran OM3 
  • 100G QSFP28 LR4, P/N: TR-FC13L-N00, sehingga 10km pemancaran SMF 
  • 100G QSFP28 PSM4, P/N: TR-VC13T-N00, sehingga 2km pemancaran SMF 
  • 100G CFP4 SR4, P/N: TR-KC85S-N00, sehingga 100 meter pemancaran OM3 
  • 100G CFP4 LR4, P/N: TR-KC13L-N00, sehingga 10km pemancaran SMF 
  • 100G CFP4 ER4, P/N: TR-KC13E-N00, sehingga 30km pemancaran SMF

Selain itu, InnoLight akan memperkenalkan 25G SFP28 AOC, SR dan LR Lite pada suku kedua 2015.

"QSFP28 sedang muncul sebagai faktor bentuk pilihan bagi rangkaian pusat data dalam 100G berikutan penerimaan meluas faktor bentuk QSFP+ dalam 40G. InnoLight akan meneruskan kepimpinan prestasi harganya dalam 40G dan menyediakan penyelesaian 100G terbaik dalam jenisnya. Reka bentuk QSFP28 InnoLight adalah berasaskan platform optikal unik dan berkos rendah yang memberikan kecekapan gandingan data optikal tertinggi dalam industri. Proses pengilangan termaju InnoLight menawarkan pengeluaran besar-besaran terbaik unutk industri dan kemampuan pengurangan kos bagi modul penghantar-terima optikal tahap tinggi yang kompleks. Pelanggan InnoLight akan menikmati manfaat penuh teknologi 100G QSFP28 dan CFP4 generasi akan datang," kata Osa Mok, Ketua Pegawai Pemasaran InnoLight Technology Corporation.

Produk-produk QSFP28 dan CFP4 InnoLight kini sedia untuk pensampelan. Pengeluaran secara besar-besaran dijangka berlaku pada separuh kedua 2015. Sila hubungi wakil jualan InnoLight setempat anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Latar Belakang InnoLight

InnoLight Technology Corporation mereka bentuk, membina dan memasarkan penghantar-terima optikal berkelajuan tinggi yang terbaik untuk pasaran pengkomputeran awan. Penyelesaiannya menawarkan prestasi teknikal yang hebat, cadangan nilai yang menarik, dan kelebihan masa untuk dipasarkan yang penting bagi pertumbuhan berterusan pusat data generasi seterusnya.

InnoLight telah diasaskan pada April 2008 dengan pelaburan usaha niaga daripada firma modal usaha niaga utama di AS dan China. Beribu pejabat di Suzhou, China, InnoLight mempunyai pejabat jualan dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China, AS dan Taiwan. Para pelanggan terdiri daripada pengendali awan Web 2.0 utama, OEM kelengkapan tahap satu dan penyepadu sistem utama di Amerika Utara, Eropah serta Asia.

www.innolight.com

Source: InnoLight Technology Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electronic Components Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services